Friday, April 23, 2010

Lawatan Ke Malaysian France Institute (MFI)






Tarikh : 22.4.2010
Tempat : MFI, Teras Jernang Bangi
Sasaran : Semua murid 5 Amanah, 5 Amal dan 5 Adil

Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah & Rokok

Alhamdulillah telah berlangsung ceramah PPDA pada 21.4.2010 hari Rabu yang lalu. Kelas yang terlibat ialah kelas 3 Azam, 3 Aman, 3 Akrab, 4 Aman, 4 Azam dan 4 Akrab. Diharapkan perkongsian maklumat yang disampaikan Oleh Cikgu Hisham itu dapat menjadi panduan untuk kamu semua. Ceramah ini adalah sebahagian daripada Kempen Anti Dadah yang telah dilancarkan pada tahun ini. Memandangkan kempen ini berjalan sepanjang tahun, jadi nantikan program lain yang lebih menarik selepas ini. Kita akan adakan kuiz, Program 5 minit Anti dadah yang akan disampaikan oleh murid terpilih ditapak perhimpunan. Maklumlah mic kat perhimpunan baru jer elok so minggu depan akan dimulakan. Gambar nanti ya cikgu lom dapat lagi sebab hari tu cikgu gi seminar ESQ.

Sunday, April 18, 2010

Kami Prihatin

Jom kita fikir2kan..sekarang ni semua nak jadi prihatin..wujudlah team kami prihatin..benarkah masyarakat Malaysia benar2 prihatin?…Siti kata dia tak bersetuju jika kita ambil saje anak angkat anak tidak sah taraf ini sebab nanti mak dia akan buat lagi perkara yang sama,Alya pula sanggup ambil anak ni untuk maslahat akan datang..kita plak bagaimana…saya sendiri pernah tanya suami sanggup ke nak bimbing remaja bermasalah ini atau buat mereka jadi anak angkat…tapi tiada jawapan..kita masih jauh untuk rasa apa yang mereka perlukan..hanya simpati bukan empati…mereka perlukan sokongan bila dah silap tapi kita still blamming mereka..akhirnya tekanan mendorong mereka membuang bayi tidak berdosa..cukuplah media membesar2kan isu ini..Kami Prihatin bukan sekadar gimik perlu direalisasaikan semua pihak..tapi sanggupkah kita..saya sendiri masih tertanya2 diri saya sanggupkah aku….maybe jawapan selamat sumbangan aku dengan cara lain..akhirnya semua yang tersilap langkah ini disumbat ke rumah kebajikan dan NGO’s berkenaan…Rakan kaunselor apa pandangan anda plak..Bila Pn. Noraini Ahmad lontarkaan kepada kita soalan itu..termangu seketika.. fikirkanlah…

Saturday, April 17, 2010

LAWATAN PROGRAM BERFOKUS AKADEMIK HALUS KE PARLIMEN & TUGU NEGARA






Cikgu harap untuk semua group Berfokus Akademik Halus, yang telah cikgu bawa melawat ke Parlimen dan Tugu Negara pada 13 April yang lalu akan menjadikan pengalaman masuk Parlimen sebagai pengalaman istimewa. Bukan senang nak masuk Parlimen sedang bersidang kan..cikgu nak bagi pendedahan kepada semua murid so cikgu ambil kesempatan bila Pn Rushiha nak lagi 10 org murid untuk cukupkan 40 org murid termasuk Tg 6 terus teringat kat group kamu...so enjoy your day...

Smart and Easy Math Form 1,2,3






Alhamdulillah akhirnya program Smart & Easy Math untuk murid Form 1 Amanah, 1 Amal, 2Amal, 2Adil serta murid terpilih telah berlangsung pada 6 April 2010 yang lalu. Nampaknya murid2 begitu bersemangat hingga tak bergerak sampai ke petang. Bukan senang nak duduk lebih 5 jam untuk subjek Math. Tapi tahniah anda berjaya melakukannya. Seterusnya padaa 12 April 2010 pula telah berlangsungnya program yang sama untuk kelas 2 Amanah, 3 Amanah, 3 Amal dan murid tingkatan 3 terpilih.Harapan cikgu moga semua murid yang terlibat dapat menggunakan ilmu yang diperolehi dan menjadikan subjek Math suatu subjek yang mudah bukan untuk dijauhi.

Saturday, April 3, 2010

Gambar Kenangan Gotong Royong Bilik UBK

Pada Awal Januari 2010, PRS SMKKU telah membuat kerja amal membersihkan dan menceriakan bilik kaunseling.So nak letaklah muka you all yang rajin2 tu. Akhirnya tercapai juga ya kita nak jadikan bilik kaunseling lebih ceria. Dengan deko bersama cikgu Zu menang menjadi gabungan idea yang diberikan. Arif yang bukan PRS pun turut membantu dengan jualan deko2nya..seronok cikgu dibuatnya..masa tu cikgu Syikin blom datang lagi..lepas ni kita akan ke projek naik taraf yang lebih mantap lagi...InsyaAllah




Thursday, April 1, 2010

Lawatan Ke Akademi Kulinari Kagumas

Pada 31 Mac 2010 seramai 96 orang pelajar SMK Kajang Utama bersama 8 orang guru telah menyertai jemputan lawatan ke Wisma Kagumas Akademi. Ini adalah satu daripada pendedahan kerjaya dalam bidang kulinari yang boleh diceburi oleh pelajar dan memberi peluang pekerjaan yang luas dan lumayan pendapatannya. Diharapkan pengalaman yang diperolehi akan dikongsi bersama dengan rakan pelajar yang lain.

Program Kemahiran Belajar Kelas Rancangan Khas






Alhamdulillah hari ini 1 April telah berjalan dengan jayanya program KRK untuk pelajar Tg 1 hingga 3 SMK Kajang Utama. Seramai 70 orang pelajar KRK telah menyertai Program Motivasi pada kali ini. Cikgu percaya banyak ilmu dan manfaat yang telah kamu dipelajari pada kali ini. Syabas cikgu ucapkan atas komitmen yang diberikan.