Friday, August 26, 2011

SYAWAL BAKAL MENJELMA RAMADHAN KALI INI AKAN MENINGGALKAN KITA

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sempena cuti perayaan Hari Raya. Sesi pagi telah menamatkan sesi dan mula bergembira terkenangkan persiapan Hari Raya dan pulang ke kampung halaman masing2. Sesi petang masih ada perjuangan dan saki baki masa yang perlu dihabiskan. Alhamdulillah petang ini hujan lebat dan InsyaAllah tidaklah nanti anak2 berasa panas. Sesungguhnya pokok, gunung dan bukit sentiasa berzikir kepada Allah memohon rahmat daripadanya sepanjang masa. Moga amalan baik yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan akan berkekalan juga pada bulan2 lain. Ingat ya anak2 jangan terlalu leka berhari raya hingga terlupa menjaga kesihatan diri terutama makanan yang dihidangkan. Yang nak ambil trial SPM jangan lupa ulangkaji subjek ya. Yang nak PMR juga jangan terus lupakan buku2 dan tugasan yang cikgu kamu berikan. Manfaatkan masa cuti dengan sebaiknya. Cikgu ingin menyentuh adab ziarah ketika berhari raya...kalau boleh kita berhari raya di rumah saudara mara tu jangan pula buat tak reti aje, mak sedara pak sedara tu tegur2lah jangan diam sahaja atau paling best ibu ayah sibuk berbual kamu main PSP, ipad atau games di HP...elakkan ye....Generasi Y jangan sampai lupa adab dan sopan...kita hidup biar berbudi..atau jangan nanti bila ada sedara datang rumah kitalah yang akan lari masuk bilik...malas nak jumpa dan seronok layan FB....pupuk diri kita untuk eratkan ukhuwah persaudaraan yang ada...bersyukurlah kita ada saudara yang mengingati kita.....sisa2 akhir Ramadhan ini dapatlah kita manfaatkan sepenuhnya.....Ramadhan akan datang belum tentu milik kita.....Selamat Berhari Raya Maaf Zahir dan Batin


Thursday, July 28, 2011

Salam Ramadhan....

Marilah sama-sama kita meningkatkan amalan kita di bulan yamng mulia ini..dan hijrah untuk kita mengubah diri kita..InsyaAllah.. Antara amalan yang kita boleh amalkan ialah....
  • Menjaga ibadat puasa daripada terbatal dan kurang pahalanya kerana kelalaian dalam menjaga anggota badan.
  • Memperbanyakkan membaca al-Quran dan merenungi pengajaran di sebalik pengertian ayat yang dibaca.
  • Mengurangkan tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan.
  • Beriktikaf dalam masjid terutama pada sepuluh malam terakhir Ramadan.
  • Memperbanyakkan bersedekah terutama kepada fakir miskin kerana bersedekah akan menyucikan jiwa manusia dari sifat takbur dan kembali menyemai sensitiviti sesama umat Islam.
  • Usah terlalu boros dengan melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan.
Rasanya dah lama tak post maklumat dan perkongsian dalam blog ni...banyak perkara dah dikongsi dalam FB...InsyaAllah bulan Ramadhan ni akan di update...Salam Ramadhan buat semua..

Sunday, May 15, 2011

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN-CARA HIDUP SIHAT TANPA OBESITI

TARIKH : 13 MEI 2011
HARI : JUMAAT
TEMPAT : SMK KAJANG UTAMA
SASARAN : MURID TINGKATAN 1 DAN 2
ANJURAN : PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN, JABATAN KEJURURAWATAN, PUSAT PERUBATAN UKM

TENTATIF :

10.30 - 2.30 : PAMERAN KESIHATAN OBESITI
2.30 - 3.00   : PEMBUKAAN MAJLIS DAN BACAAN DOA
                      : UCAPAN PENGETUA SMK KAJANG UTAMA
                      : UCAPAN PN. TEOH KOI HONG -PENSYARAH JAB. KEJURURAWATAN
3.00 - 3.45   : PERSEMBAHAN SLIDE SHOW " GAYA HIDUP SIHAT TANPA OBESITI"
                      : PAMERAN DAN KUIZ
                      : SENAMAN RINGAN
                      : SESI SOAL JAWAB DAN PEMBERIAN CENDERAHATI
4.30 PETANG : TAMAT DAN MURID REHAT