Thursday, February 23, 2012

ANDA BIJAK JAUHI ZINA

Assalamualaikum semuaaaaaaaa dan salam 1 Malaysia ^^
Minggu ni bukan cikgu linda yang update post tapi kami ahli prs iaitu Pembimbing Rakan Sebaya yang meng-update post ni. So hope korang  enjoy dengan post ni okayy :D


Korang mesti pelik kan kenapa tajuk post kali ni "ANDA BIJAK JAUHI ZINA" atau lebih dikenali sebagai "ABJZ". Actually skuad ABJZ telah datang ke sekolah kami pada 14 februari 2012. Ceramah ini menyentuh tentang cara-cara menjaga maruah diri dan memelihara kehormatan diri. Almaklumlah sekarang ni kan banyak remaja telah terjebak dalam gejala sosial yang kian berleluasa terutamanya kaum perempuan. Ceramahnya tak la formal sangat,  adakala kitorg gelak adakala juga kitorg berasa ngeri bila tengok slide tentang cara penguguran anak secara haram dengan menggunakan barang-barang seperti hanger besi, batang bunga ros dan lain-lain.


   *********************** gambar sedang dimuat turun ^^ *********************




















Amacam gambar ? okay tak ? hahahahah please jealous. Cehh tak de lah :) actually banyak lagi gambar yang ade tapi ini je la yang kitorg boleh upload eh. kalau kitorg rajin insyaAllah tahun depan kitorg upload lagi. hahahaha perasan tak kitorg tengah ajak bergurau ni :p hehehe apa-apa pun ceramah ni banyak memberi kesedaran yang impact kat kitorg bahawa zina itu bukan sahaja larangan Allah malah ia juga memberi kesan negatif kepada masa hadapan seseorang remaja. Melakukan zina juga akan membuat kita dijangkiti penyakit seperti penyakit HIV, AIDS, penyakit kelamin, ketuat dan lain-lain.


Okay la korang, setakat ni sajalah coretan kami berdua (prs cutie) dekat post ni. Kitorg harap korang semua mempunyai sifat iri hati dengan perkataan yang ada dalam bracket di atas :D hahaha kami bergurau lagi :3 hehee . bye semuaa , jumpe dekat next post ehh. Assalamualaikummm :)

No comments: