Wednesday, August 1, 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2012

HARI NI PERCUBAAN PMR DAH BERMULA....MACAM MANA AMBIL EXAM DALAM BULAN PUASA. BERUNTUNGLAH KEPADA YG ADA SEMANGAT NAK BUAT ULANGKAJI MASA BANGUN SAHUR....YELAH KALAU DAPAT BANGUN SEAWAL PUKUL 4 PAGI KEMUDIAN BUAT SOLAT SUNAT DAN BERSAHUR SEMENTARA TUNGGU SUBUH TERUS BACA APA YANG PATUT...SUBHANALLAH MESTI BERKAT. TU KALAU YANG KUAT SEMANGAT...TAPI ADA YANG TAK LARAT NAK SAHUR...BANGUN SAHUR DAH NAK HUJUNG....PASTU SAMBUNG TIDO YA....DAH NAK PUKUL 6.30 BARU MAK KEJUT SUH BANGUN SOLAT SUBUH DAN PERGI SEKOLAH. KALAU MACAM TU PUN STILL OK....TAPI RUGINYA YANG TAK BANGUN SAHUR LANGSUNG SEBAB DAH TAK DAPAT PAHALA BERSAHUR..

CIKGU PUN TAK DAPAT TENGOK AKSI KORANG DALAM DEWAN MAKLUMLAH CIKGU DI SESI PETANG...APAPUN YANG PENTING JANGAN PUTUS ASA. BANYAKKAN AMALAN DI BULAN PUASA NI MOGA DAPAT MEMBANTU KAMU KETIKA MENJAWAB SOALAN. ALANGKAH BAGUSNYA KALAU SEMANGAT RAMADHAN INI DIHAYATI MESTI RESULT PERCUBAAN GEMPAK TAHUN NI. SEMALAM DAH ADA SLOT MOHON RESTU YA...BILA DAH MINTA MAAF KAT GURU2 TU JANGAN PLAK LUPA NAK MOHON RESTU KAT MAK AYAH KAMU...KALAU LOM  BUAT LAGI MASIH ADA MASA TAU..

OKLAH SELAMAT MENJAWAB DENGAN TENANG DAN JANGAN GOPOH GAPAH OK...
YANG PENTING ANAK2 JANGAN PANIK OK....CARILAH VIDEO2 MOTIVASI KALAU DAH STRESS SANGAT..SEMPENA BULAN RAMADHAN NI UNTUK YG ISLAM PERBANYAKKAN BACA AL QURAN OK....

"YA ALLAH KAU RESTUILAH ANAK-ANAK DIDIKKU DALAM MENJAWAB SOALAN PERCUBAAN INI, TERANGILAH HATI MEREKA DENGAN KEIKHLASAN DAN KEIMANAN KEPADAMU, KAU KUATKAN HATI ANAK2 INI UNTUK BERSYUKUR AKAN NIKMATMU DAN SENTIASA MEMPERELOKKAN AMAL IBADAT KEPADAMU."

No comments: