Monday, December 19, 2011

KEPUTUSAN PMR 2011


Anak2 yang akan ambil result PMR khamis ni harap bawa bertenang, solat hajat bebanyak ya moga Allah permudahkan segala urusan kalian..apapun jua keputusan yang kamu dapat harap berlapang dada...jangan pula ada yang kecewa hingga putus asa....gagal bukan bermakna kita tidak boleh bangkit untuk betulkan kesilapan kita..mungkin gagal itu lebih baik sebab kita akan dapat satu turning point untuk berusaha menjadi yang lebih baik...cari hikmah di sebalik kegagalan....yang berjaya pula jangan cepat lupa diri....tingkatkan usaha untuk lebih berjaya lagi...

LEPAS tu jangan excited sangat nak pilih kursus atau pakej yang glamor..walaupun result cemerlang tapi kalau rasa tak minat aliran sains tulen boleh je tukar ke perakaunan..kebanyak pelajar takut nak buat perubahan atau pengaruh rakan taknak berpisah. Apa yang cikgu lihat ada yang kelas perakaunan result lebih cemerlang walaupun masa PMR dia tak berapa cemerlang banding yang ambil aliran sains tulen dan cemerlang masa PMR tapi result SPM amat mengecewakan apabila tidak mampu menguasai subjek sains tulen dengan baik....so sila tanya minat anda bukan ikut pilihan orang lain..yang tak pasti jom kita buat ujian kerjaya...


Rancang masa depan anak2 dari sekarang...kalau berminat dengan aliran kemahiran, pergi ke aliran kemahiran sperti masuk ke SM Teknik, Kolej Vokasional atau SM Vokasional. 




Apa tunggu lagi, lepas ni terus jumpa cikgu Shikkin, Cikgu Zu atau cikgu sendiri untuk merancang masa depan kamu semua.....

atau ada yang nak jadi ahli muzik...huhu...senang je rajin2 menyanyi dan masuk dalam youtube manalah tahu tuah badan jadi macam Najwa Latif kan.....artis dah glamor macam Shila Hamzah pun makin popular bila rajin nyanyi lagu org lain dan masuk dalam youtube....


Apapun jangan segan2 untuk datang bilik kaunseling ya...kami menanti kehadiran anak2 semua..

No comments: