Wednesday, December 28, 2011

WAJAH2 CERIA SEKITAR KEPUTUSAN PMR 2011

Suasana di bilik peperiksaan..semua guru sudah selesai membuat pembahagian keputusan. Alhamdulillah jumlah pelajar yang dapat 8A meningkat daripada tahun lepas. Seramai 21 orang berjaya mendapat straight A's. 

 Tenang melihat keputusan masing-masing

 Ini antara detik manis dan gembira yang sempat cikgu rakamkan...

 Bangga Shali menunjukkan keputusan PMRnya 8A cikgu....Alhamdulillah ..Tahniah....teringat masa mula2 cikgu berkelompok dengan kamu dulu masa form 1..akhirnya doa cikgu nak tengok group kelompok cikgu berjaya termakbul.

 
Terima Kasih pada cikgu Razalina kerana mengajar dan mendoakan  saya akhirnya saya pun dapat 8A..untung Pn Razalina kelas dia 16 orang dapat Straight A's.

 Detik manis calon 8A bersama ayahnya...

 Tidak dapat menahan sebak Izzafran terus menangis dan memeluk ayahnya..

 Berdebar menanti keputusan... 

 Akhirnya dapat juga apa yang diimpikan..oklah tu Annette dan Vanessa

 Syukur Alhamdulillah 8A...Tahniah PRS Dalilah

 Berapalah agaknya aku dapat ya..yang penting dah usaha ya Bul..

 Ceria wajah Farisha lepas dapat 8A..

 Inilah wajah paling cool Arif Duerasih calon terbaik PMR dapat 9A...hebat belajar bahasa Arab atas inisiatif sendiri....legasi yang hebat dari kakak hingga ke adik2 yang lain tetap mengharumkan nama sekolah..

 PRS Izzat tidak dapat menahan sebak bila lihat keputusan 7A1B...Tahniah..

 Kejayaan Chang diiringi oleh ahli keluarga...7A tahniah..

 Wajah gembira ibu ayah PRS Alyasyafwam yang juga mendapat 8A

 oklah tu..terima keputusan seadanya...perlu berusaha lagi tahun depan...SPM ada lagi..

Terima Kasih cikgu...cikgu dah didik saya....

Apapun  keputusan yang anak2 dapat yang penting kita mesti jadi orang yang bersyukur. Usaha tu penting dan kita jangan cepat berputus asa kalau apa yang kita target tak tercapai. Sekarang ni just fokus pada aliran apa yang nak ambil untuk pakej tg 4. Ingat jangan ambil aliran sebab nak glamor. Itu nanti kita akan bincang kemudian ya.

No comments: