Tuesday, November 10, 2009

Hari Graduasi SMK Kajang Utama

Pada tahun ini, SMK Kajang Utama membuat perubahan tempat graduasi daripada di dewan sekolah kepada Hotel Prescott Inn, Kajang. Semua graduan begitu ceria semasa hari graduasi tersebut. Tahniah dan syabas cikgu ucapkan. Semoga ini akan menjadi titik tolak untuk menempa kejayaan seterusnya..Tahniah..

Majlis Mohon Restu Tg 5 dan 6

Pada 16.11.2009 ini akan diadakan Majlis Mohon Restu Tg 5 dan 6 untuk peperiksaan SPM dan STPM. Majlis akan diadakan ketika perhimpunan dan diharapkan semua murid yang terlibat hadir untuk sesi bersalaman dan memohon maaf.

Jamuan Candle Light Dinner PRS

Pada 30 Oktober 2009 yang lalu telah diadakan Jamuan Akhir Tahun PRS 2009. Pada tahun ini PRS telah bergabung dengan Badan Pengawas dengan mengadakan Candle Light Dinner. Terasa kemeriahan suasanan pada malam itu. Antara acara pada malam itu ialah, ucapan daripada pengerusi PRS dan Pengawas, Ucapan HEM,majlis penyampaian sijil, cabutan bertuah dan pemilihan peserta pakaian terbaik. Untuk Lelaki dimenangi oleh Hafiz Taufik dari PRS dan Perempuan Sara dari Badan Pengawas. Pada malam itu, semua tetamu dihidangkan masakan Mee Rebus, ABC, Nasi Goreng, Mee Goreng, Kambing Panggang, Kentang putar buatan sendiri, dan pelbagai jenis kuih muih. Senang kata kenyang betul pada malam itu. Diharapkan tahun depan kita buat tiga serangkai bersama PSS pula. Apapun sebelum cuti berakhir PRS akan mengadakan Pot Luck terakhir untuk raikan hari jadi rakan PRS yang lahir dari bulan 5 dan ke atas. Tarikh akan diberitahu ya.....

Program Masakan Kuih Tradisional

Satu program Post Peperiksaan PMR pada tahun ini ialah demonstrasi membuah kuih tradisional berasaskan ubi keledek. Murid-murid telah didedahkan dengan teknik-teknik membuat kuih cucur badak, keria, Cik Mek Molek, ondeh-ondeh buah melaka, dan karipap. Murid-murid nampaknya tidak melepaskan peluang untuk mempelajari teknik membuat kuih. Ada yang menumbuk, menggentel, merebus, menggoreng dan pelbagai lagi karenah boleh dilihat. Nanti cikgu akan masukkan gambar kamu semua.

PROGRAM HINDAR POST PMR

Program Hidup Indah Tanpa Rokok telah diadakan di Dewan SMK Kajang Utama sempenan Program Post Peperiksaan PMR 2009. Pn.Haslinda telah memberikan taklimat mengenai apakah kempen HINDAR, tayangan video Tak Nak Merokok, kuiz HINDAR di mana para peserta telah diberikan hadiah. Sambutan daripada para peserta amat menggalakkan.Semoga semua murid sedar akan bahaya dan kesan rokok kepada kita semua. Harapan cikgu agar murid-murid SMK Kajang Utama akan menjayakan kempen tolak perokok tegar....jangan kita menjadi perokok tegar kerana takut nanti terjerumus dengan dadah.