Tuesday, November 29, 2011

PENGAMBILAN NO PIN UPU 2011


TINGKATAN 5 AMANAH 
TARIKH PENGAMBILAN NO ID : 30/11/2011 (RABU)

TINGKATAN 5 ADIL, 5 ARIF, 5 AZAM, 5 AKRAB
TARIKH PENGAMBILAN NO ID : 1/12/2011 (KHAMIS)

TINGKATAN 5 AMAL
TARIKH PENGAMBILAN NO ID : 5/12/2011 (ISNIN)

MASA : 12.00 TGH HINGGA 2.00 PETANG

JUMPA PN. NORASHIKKIN DI BILIK BIMBINGAN & KAUNSELING OK..

Friday, November 25, 2011

PENUBUHAN KELAB BIMBINGAN & KERJAYA 2012


BERITA BAIK UNTUK SEMUA WARGA SMKKU. MULAI TAHUN DEPAN UNIT KOKURIKULUM TELAH MENUBUHKAN SATU LAGI KELAB BARU IAITU KELAB BIMBINGAN & KERJAYA. SEBELUM INI DI SEKOLAH ADA KELAB UBK (BIMBINGAN KAUNSELING) TAPI DIMANSUHKAN KERANA SEBELUM INI AHLI KELAB PRS KEMUDIAN DITUKAR NAMA KEPADA KELAB UBK DARIPADA PRS SAHAJA. SO SELEPAS PRS DINAIK TARAF JADI BADAN KHIDMAT SEKOLAH KELAB ITU DIMANSUHKAN MULAI 2 TAHUN LEPAS. SEMUA AKTIVITI PRS DIJALANKAN SECARA TERTUTUP TIDAK MENGIKUT JADUAL PERJUMPAAN SETIAP RABU. CIKGU TERPANGGIL UNTUK MEMPERJUANGKAN PENUBUHAN SEMULA KELAB BIMBINGAN KERJAYA INI ATAU AKAN DIKENALI SEBAGAI KELAB KBK. NAMUN PENUBUHAN KALI INI TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR SMKKU YANG BERMINAT. HARAPAN CIKGU MOGA KELAB INI AKAN MEMBANTU MELEBARLUASKAN LAGI PERKHIDMATAN KAUNSELING DIKALANGAN PELAJAR SMKKU. SO JANGAN LUPA DAFTARKAN DIRI ANDA TAHUN DEPAN. TEMPAT ADALAH TERHAD SEBAB ADA KUOTA UNTUK SETIAP KELAB DAN PERSATUAN SEBAB NAK AGIH SAMARATA NANTI ADA KELAB YANG TAKDE PENYERTAAN PLAK. 

DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN

Bila mak baca doa akhir tahun ni???? 
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah
Apa kebaikan baca doa ni???
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkataKesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakanaku satu saat jua
Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Berikut adalah Doa Akhir Tahun
doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Bila pula nak baca dia awal tahun ni??
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Berikut adalah Doa Awal Tahun
doa-awal-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
MARI KTA BANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W..SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH...
JOM HIJRAHKAN DIRI KITA SATU TURNING POINT UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK.


SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1433 H


SEDAR TAK SEDAR LAGI 2 HARI KITA AKAN SAMBUT MAAL HIRJAH. KALAU MENYAMBUT TAHUN BARU BIASANYA KITA NANTIKAN TAPI ANAK2 SAMBUTAN BULAN ISLAM INI JANGAN PULA ANAK2 LUPAKAN. AHAD INI MARI KITA SAMA-SAMA MULAKAN AZAM BARU UNTUK MENJADI INSAN YANG TERBAIK. DARI SEKARANG BUKAN NAK TUNGGU 2012 BARU NAK BERUBAH TAPI AWAL MUHARRAM NI MASA YANG SESUAI UNTUK BERUBAH. KALAU AHAD NI DAH MULA PASANG NIAT DAN AZAM BARU ALANGKAH BAHAGIANYA KAMU...MESTI DAH SEMANGAT NAK BELAJAR, NAK JADI ANAK YANG RAJIN DAN MENJADI MANUSIA YANG BERGUNA PADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. JOMLAH KITA HIJRAHKAN DIRI KITA MENJADI LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM.

Wednesday, November 23, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL, SM TEKNIK & SM VOKASIONAL 2012


ANAK-ANAK TINGKATAN 3 YANG CIKGU SAYANGI, MESEJ INI SEKADAR PERINGATAN UNTUK ANAK2. MAKLUMLAH SEKARANG NI TENGAH BEREHAT SELEPAS PMR. NAMUN CIKGU NAK INGATKAN KEPADA YANG BELUM MENGAMBIL TINDAKAN LAGI TENTANG PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL, SM TEKNIK DAN SM VOKASIONAL. BIASALAH KADANG2 BILA ADA TAKLIMAT ADA YANG TAK AMBIL PERHATIAN BILA DAH NAK ISI BORANG MULA TAK FAHAM APA YANG SAYA NAK ISI NI...

YANG PENTING ANAK2 KENA ISI PERMOHONAN ONLINE TAU JANGAN TAK ISI ONLINE LEPAS TU JUST HANTAR BORANG KAT SEKOLAH TEKNIK BERDEKATAN. KALAU DAH ISI ONLINE STILL NAK HANTAR KE SEKOLAH TEKNIK PILIHAN XDE MASALAH.


Syarat-syarat Umum: 
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
  • Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik. 
Cara Memohon:
* Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysiaatau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
  • Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
  • Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.

APA BEZA KETIGA2 NI YA...OK JOM KITA SEMAK....BAIK BILA DAH DAPAT RESULT NANTI KITA KENA UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI TAU....TAK BOLEH SILAP UKURAN TU...SEBAB SETIAP TU ADA KELAYAKANNYA....TERLEBIH KELAYAKAN PUN JANGAN SUKA2 NAK PILIH KELAYAKAN UNTUK ALIRAN YANG LEBIH BAWAH.... OK KITA SEMAK SYARAT2NYA....KLIK KAT BAWAH NI..
SESIAPA YANG PENCAPAIAN BAIK NAMUN SANGAT BERMINAT ALIRAN TEKNIKAL BOLEH LANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT KIRA MACAM DIPLOMA DI KOLEJ VOKASIONAL. SISTEM PEMBELAJARAN JUGA DIKATAKAN BERLAINAN. NAMUN KALAU RASA NAK SAMBUNG BELAJAR KE LUAR NEGARA MACAM KE JEPUN DALAM ALIRAN TEKNIKAL INI, KENALAH AMBIL SPM DI SM TEKNIK. KALAU RESULT CEMERLANG BOLEH DAPAT TAJAAN JPA DLL. LEPAS DAPAT RESULT PMR NANTI BOLEH PILIH KURSUS YANG PALING SESUAI. MINTA PENDAPAT CIKGU2. OK JOM KITA BUAT HOMEWORK SKET TENTANG PEMILIHAN KURSUS NI...


CONTOHNYA KALAU DAPAT RESULT 6A2B ATAU 8B. TEMPAT YANG PATUT DIPLIH ALIRAN TEKNIKAL. JANGAN MOHON VOKASIONAL SEBAB KAMU JAUH DARI KELAYAKAN. YANG 8B TU BOLEH MOHON KOLEJ  VOKASIONAL KALAU ANDA RASA BERAT UNTUK AMBIL SUBJEK SAINS DI ALIRAN TEKNIKAL. SEBAB KOLEJ VOKASIONAL 30% TEORI DAN 70% PRAKTIKAL. OBJEKTIFNYA UNTUK BANTU LAHIRKAN SEPARA PROFESIONAL (JURUTEKNIK / PEMBANTU TEKNIK) DALAM BIDANG KEJURUTERAAN DAN BUKAN KEJURUTERAAN. BILA DAH TAMAT BOLEH LANJUT PELAJARAN KE IPTA, IPTS DAN INSTITUT KEMAHIRAN AWAM ATAU SWASTA ATAUPUN MUNGKIN MASA PRAKTIKAL DAN TERUS DISERAP KE ALAM PEKERJAAN.

 Bidang teknikal dikhususkan kepada murid yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau Tingkatan 6. 
Pakej yang ditawarkan:
  1. Kejuruteraan Mekanikal
  2. Kejuruteraan Elektrik
  3. Kejuruteraan Awam
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian
  6. Agroteknologi
 OK KALAU DAPAT RESULT CONTOH 2B6C ATAU 6C 2D...OK ALIRAN YANG SESUAI DENGAN RESULT IALAH VOKASIONAL. SEBAB KELAYAKAN BIASANYA YANG DAPAT MINIMUM C UNTUK SEMUA MATA PELAJARAN. JANGAN PLAK CUBA PILIH ALIRAN KEMAHIRAN. ATAU MOHON ALIRAN TEKNIKAL TAU. INI SEDIKIT PENERANGAN TENTANG ALIRAN VOKASIONAL.
Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan).  Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
 Pakej yang ditawarkan: 
  1. Automotif
  2. Penyejukanbekuan & Penyamanan Udara
  3. Amalan Bengkel Mesin
  4. Kimpalan
  5. Elektrik & Elektronik
  6. Binaan Bangunan
  7. Pengurusan Teknologi Pejabat
  8. Pengurusan Perniagaan
  9. Fesyen
  10. Katering
  11. Seni Kecantikan
  12. Perkhidmatan & Perkembangan Kanak-Kanak
  13. Bakeri
  14. Pelancongan
  15. Hortikultur Hiasan & Landskap
  16. Teknologi Tanaman
  17. Agroindustri Tanaman
  18. Agroindustri Ternakan
  19. Pengaturcaraan Komputer
 OK KALAU DAPAT RESULT 8E ATAU 6E 2 D..BOLEH KE SAYA NAK MASUK SEKOLAH VOKA CIKGU...JAWABNYA BOLEH TAPI ALIRAN KEMAHIRAN.  APA DIA ALIRAN KEMAHIRAN TU...SAYA PERLU AMBIL SPM KE...PERLU TAPI TAK BANYAK SUBJEK YANG KENA AMBIL PUN SEBAB FOKUS LEBIH PADA NAK BERI KAMU KEMAHIRAN.
Bidang kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Program yang ditawarkan:
  1. Pemesin Am
  2. Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)
  3. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  4. Juruteknik Automotif
  5. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara  (Domestik)
  6. Furniture Maker
  7. Jurubina Bangunan
  8. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  9. Jurukerja Paip
  10. Pelukis Muda Pelan Senibina Bangunan
  11. Timber Processing and Finishing
  12. Juruteknik Elektrik Rendah
  13. Juruteknik Rendah Elektronik Industri - Peralatan
  14. Pembantu Penyedia Makanan
  15. Pembuat Pakaian Wanita
  16. Pendandan Rambut Muda
  17. Jurukecantikan
  18. Juruteknik Rendah Akuakultur
  19. Pekerja Ladang Pertanian
  20. Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan
OK UNTUK MAKLUMAN, SETIAP NEGERI HANYA ADA SATU SAHAJA KOLEJ VOKASIONAL KALAU DI SELANGOR NI SM VOKASIONAL SHAH ALAM AKAN JADI KOLEJ VOKASIONAL. DAN SEKOLAH TEKNIK JUGA BEGITU SEMUA AKAN TERPISAH MACAM MULA2 PENUBUHAN MAKNANYA KITA AKAN ADA SM TEKNIK DAN SM VOKASIONAL. TAPI ADA JUGA BEBERAPA SEKOLAH YANG ADA ALIRAN TEKNIK/VOKASIONAL/KEMAHIRAN. JADI TENGOK BETUL2 YA. KALAU UNTUK SELANGOR TEKNIK KAJANG, TEKNIK KLANG DAN TEKNIK SG BULOH YANG AKAN ADA ALIRAN VOKASIONAL DAN KEMAHIRAN. TEKNIK KUALA SELANGOR, GOMBAK DAN SEPANG AKAN ADA ALIRAN TEKNIKAL. NEGERI2 LAIN TENGOK LINK YANG CIKGU BAGI TU YA. 

Nidji-Laskar Pelangi with lyric


KHAS UNTUK ANAK2 SMKKU....YOU ARE THE BEST

PERMOHANAN PROGRAM MATRIKULASI 2012


MAKLUMAT TERKINI UNTUK SEMUA CALON SPM 2011 YANG BELUM MENGISI ONLINE KEMASUKAN KE MATRIKULASI, PERMOHONAN DILANJUTKAN SEHINGGA 30 NOVEMBER 2011. JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN. PILIHAN ADA DI TANGAN ANAK2 SEMUA. LAYARI LAMAN WEB


lepas tu semak bahagian e-perkhidmatan ada pasal permohonan matrikulasi

atau nak mudah lagi klik terus kat url di bawah ini.


mmg kena guna aplikasi Internet Explorer kalau nak buka laman web ni...

Tuesday, November 22, 2011

Goal² Penalti Malaysia Vs Indonesia


AMBIL SEMANGAT KEMENANGAN INI UNTUK ANAK2 SPM & STPM BERJUANG UNTUK MEMBURU KEJAYAAN...CIKGU SHARE NI SEBAB KAWAN CIKGU KAUNSELOR HAZITA DARI SMK JALAN 3 BAGI KAT CIKGU.....

PANDUAN MENGISI BORANG UPU 2012



ANAK-ANAK SPM & STPM 2011...
CIKGU NAK INGATKAN MENGENAI PANDUAN MENGISI BORANG UPU NI. CALON SPM KENA FAHAM DAN TAHU APA NAK PILIH. KENA BACA BETUL2 SEMUA INFO YANG DITULIS. 

BILA ANAK2 KLIK URL 

NANTI AKAN KELUAR PAUTAN SEPERTI DI BAWAH..

KALAU NAK MUDAH KLIK JE KAT PAUTAN JOM MASUK U YG CIKGU DAH LETAK KAT BLOG NI..


ADA RUANGAN INFORMASI..BUAT MASA NI, INFORMASINYA IALAH



(KAT BAWAH NI YG CIKGU DAH RINGKASKAN YA)

TARIKH BELI NO PIN PUKAL : 08.11.2011 hingga 30.11.2011 
YANG TAK BELI SECARA PUKAL BOLEH BELI NO PIN SENDIRI BERMULA 9.1.2012

TARIKH ISI ONLINE SISTEM UNTUK PELAJAR SPM :
 i. Fasa 1  : Pendaftaran Maklumat Permohonan 
    (15 November – 31 Disember 2011))
ii. Fasa 2  : Pengesahan Permohonan Dan Pilihan Kursus
    (09 Januari – 2 April 2012) 

SO UNTUK LEPASAN SPM DAPAT NO PIN DR CIKGU SHIKKIN DAH BOLEH ONLINE.

Program Sijil dan Diploma Kemasukan ke TEVT (Politeknik) dan ILKA  :
 i. Fasa 1  : Pendaftaran Maklumat Permohonan 
    (15 November – 31 Disember 2011))
ii. Fasa 2  : Pengesahan Permohonan Dan Pilihan Kursus
    (09 Januari – 2 April 2012) 
  
Permohonan Aplikasi Dalam Talian bagi calon Lepasan  STPM Tahun 
2011 dan STAM tahun 2011 dan  2010 akan dibuka mulai  jam 12.00 
tengah hari 9 Januari hingga 2 April 2012.


18 NOVEMBER 2011 : PEKELILING - Prosedur Pengurusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT (POLITEKNIK) & ILKA SESI AKADEMIK 2012/2013 








SO BACA BETUL2 ARAHAN TU OK..KALAU TAK FAHAM JANGAN LUPA CONTACT CIKGU YA....MAKLUMKAN MELALUI BLOG NI CIKGU AKAN BANTU. 


Monday, November 21, 2011

SEPETANG DI SESI PETANG 2011


SEPETANG DI SESI PETANG DAH LAMA BERLANGSUNG. TAPI CIKGU TAK BERKESEMPATAN NAK MASUKKAN GAMBAR2 NI. PROGRAM INI MERUPAKAN SATU PROGRAM UNTUK MERAIKAN PERPISAHAN SEMPENA CUTI SEKOLAH DAN PENGHARGAAN SEMUA GURU2 SESI PETANG UNTUK PARA PELAJARNYA. SEMUA AJK KELAS MENDAPAT HADIAH DARIPADA GURU TINGKATAN MASING2. ACARA DIMULAKAN DENGAN JAMUAN KELAS DAN DIAKHIRI DENGAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA SEMUA AJK KELAS, PELAJAR TERBAIK MATAPELAJARAN DAN ANUGERAH KHAS UNTUK PELAJAR SESI PETANG.


ANUGERAH KHAS GURU DIMENANGI OLEH PN HALIMAH..SEORANG GURU YANG BERDEDIKASI...


INI PULA BARISAN PENARI KOTALAM SEKOLAH


KUMPULAN PENARI TARIAN ZAPIN JUGA TURUT MEMBERIKAN PERSEMBAHAN TERBAIK


ORANG KUAT BAHAGIAN HADIAH PN.YAP SIBUK MENGATUR HADIAH.


WAH PN. ARPAH LEPAS NI DAH BOLEH GANTI CIKGU JADI MC. HARI MAJLIS TU CIKGU SIBUK JADI JURU GAMBAR PLAK..


INILAH DUA ORANG PUTERI AMANAH YANG SETIA MEMBANTU PN. YAP


PERSEMBAHAN SAJAK DARI NIVASHINI..BEGITU BERSEMANGAT SEKALI..


INI DIA AMIRAH DUERASIH MERUPAKAN CALON UNTUK PROGRAM NILAM TERBAIK DAH BANYAK BUKU YANG AMIRAH BACA...HEBAT...HOBI YANG BERMANFAAT...AMIRAH SEDANG BERCERITA NI..JANGAN TAK TAHU BERBAKAT BESAR ORANGNYA...DIAM2 UBI BERISI...


EFFA PUN MENCUBA BAKAT BERSAJAK JUGA....BUKAN SAHAJA PANDAI MENARI TAPI PANDAI BERSAJAK JUGA YA...BAGUS ...BERANI MENCUBA.


ROGHINI (1 ARIF)- ANUGERAH PELAJAR BERBUDI BAHASA SESI PETANG( BELIAU JUGA MEMENANGI ANUGERAH PELAJAR BERBUDI BAHASA KESELURUHAN HARI HEM)


YOGATHARSHINI (2 ADIL) - PELAJAR BERPAKAIAN KEMAS (SENTIASA AYU BERBAJU KURUNG DAN BERSOPAN SANTUN  ORANGNYA)


DING MIN ONN (2 ADIL)- ANUGERAH PELAJAR GIGIH SESI PETANG (BELIAU JUGA MERUPAKAN PEMENANG ANUGERAH PELAJAR GIGIH KESELURUHAN HARI HEM)

NOR AZRINA AMRI (2 ADIL) - ANUGERAH PELAJAR IMPIAN HATI ( PAKEJ YANG ADA PADA BELIAU MELAYAKKAN BELIAU MENDAPAT ANUGERAH INI, BERBUDI BAHASA, RAJIN, SOPAN, BERPAKAIAN KEMAS SERTA RINGAN TULANG)

FARAH (1 AMANAH) MEWAKILI CHEONG KEVIN (2 AMANAH) SEDANG MENGIKUTI KEM 1 MALAYSIA-ANUGERAH PEMIMPIN HARAPAN


FARAH (2 AMANAH) SELAKU PENGERUSI KELAS MENERIMA ANUGERAH KELAS PROAKTIF YANG TELAH MEMENANGI ANUGERAH KECERIAAN KELAS MELEBIHI 10 KALI


NANTHA KUMAR (1 AMAN) - PENERIMA ANUGERAH PERUBAHAN SIKAP...

TAHNIAH CIKGU UCAPKAN KEPADA SEMUA YANG BERJAYA....SEMOGA ANUGERAH YANG DIBERIKAN AKAN MEMBERIKAN SEMANGAT KEPADA PELAJAR LAIN UNTUK MEMILIKINYA PADA TAHUN HADAPAN. 

P/S: CIKGU TAK MASUKKAN GAMBAR PENYAMPAIAN HADIAH MENGIKUT KELAS SEBAB TERLALU BANYAK NANTI CIKGU UPLOAD VIDEO YA...

Saturday, November 19, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU


UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SMKKU MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA CIKGU FARAH DIANA YANG SELAMAT DIIJABKABULKAN MALAM TADI DAN MAJLIS JEMPUTAN PERKAHWINAN PADA HARI INI 19.11.2011. SEMOGA BERBAHAGIA SEPANJANG HAYAT DAN SELAMAT MELAYARI BAHTERA BERUMAHTANGGA. OPSS LUPA PLAK CIKGU NAK KENALKAN MAYBE ADA YANG BELOM BERAPA KENAL ATAU KENAL RUPA CIKGU FARAH TAPI TAK TAHU NAMA. YANG PAKAI TUDUNG MERAH SEBELAH PELAJAR PKBP BERBAJU KUNING TU. MESTI SEMUA PERASAN SEBAB CIKGU FARAH NI ANTARA GURU2 YANG SELALU MEREKA TARIAN SETIAP KALI PERSEMBAHAN PENDIDIKAN KHAS. TAHNIAH SEKALI LAGI.

Friday, November 18, 2011

NILAM OH NILAM



INI MASA PERASMIAN NILAM  SEKOLAH OLEH PN HIDAYAH MOKHTAR


OK CIKGU NAK AMBIL KESEMPATAN MUSIM CUTI SEKOLAH NI UNTUK BERKONGSI SATU HOBI YANG MUNGKIN BOLEH MEMBERI MANFAAT KEPADA KAMU SEMUA. NI CIKGU KONGSIKAN GAMBAR MASA PELANCARAN PROGRAM NILAM UNTUK TAHUN 2010 DI SEKOLAH KITA. APA KAITAN NILAM DENGAN UNIT KAUNSELING. SALAH SATU USAHA YANG KAUNSELOR PERLU BUAT IALAH MEMBERIKAN GALAKAN DAN MOTIVASI UNTUK PELAJAR2 MINAT MEMBACA.


TENGOK NI KAWAN2 KITA DALAM SKETSA NI MINAT BETUL MEMBACA TAK KIRA UMUR DAN LATAR BELAKANG PEKERJAAN. SEMUA MEMBACA. RAJIN MEMBACA MENAMBAH PENGETAHUAN SEMASA. BUKAN NAK SURUH BACA BUKU TEBAL2 KAT LIBRARY SEKOLAH ADA BANYAK BAHAN BACAAN YANG NIPIS. YANG PENTING BILA DAH BACA TULIS DALAM BUKU NILAM. KALAU BACA KAT RUMAH BUAT SINOPSIS NANTI DATANG SEKOLAH AWAL TAHUN DEPAN MINTA DARI GURU TINGKATAN SALIN JE MAKLUMAT TU. 


NI SUNANTHA YANG DAH MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH BERJAYA DAPAT TEMPAT KE-3 KEM NILAM PERINGKAT DAERAH. TAHUN DEPAN SAPELAH PELAJAR TINGKATAN EMPAT YANG NAK KE KEM NILAM. 

TENGOK HA....PAK IMAM DAN PAK BILAL PUN MEMBACA JUGA.... BANYAK ILMU MEREKA YA..



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

EH....YANG KAT BAWAH NI APA PLAK YA...INILAH HADIAH GALAKAN UNTUK PEMBACA NILAM TERBANYAK. 
 INI HADIAH UTAMA IPOD SHUFFLE....TENTU RAMAI YANG NAK KAN....APA LAGI MUNGKIN TAHUN DEPAN IA AKAN MENJADI MILIK KAMU...SIAPA TAHU..SO MULAKAN MEMBACA DARI SEKARANG.
TAKPUN DAPAT HADIAH PENDRIVE NI..BEST APA BANYAK GUNA UNTUK PELAJAR MENYIMPAN DATA....

SO APA LAGI ISI CUTI SEKOLAH ANAK2 DENGAN MEMBACA DAN MEREKOD BUKU NILAM AGAR USAHA YANG MURNI INI AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA ANAK2.....

SYABAS KEPADA PENERIMA ANUGERAH NILAM 2011.

PEMBELIAN NO ID UPU SPM & STPM 2011


PEMBERIAN NO UNIK ID UPU AKAN DIBERIKAN KEPADA PELAJAR YANG TELAH MEMBELINYA DALAM CUTI SEKOLAH INI. PN. NORASHIKKIN AKAN MENAMPAL NOTIS DI PAPAN KENYATAAN AM. JADI JENGUK2LAH YA. APA2 MAKLUMAT AKAN DIMAKLUMKAN JUGA DALAM BLOG INI. SO JANGAN LUPA AMBIL DAN SIMPAN BAIK2 NO ID TU.

INGAT YA NO ID PERLU DISALIN DI DALAM BUKU ATAU TEMPAT YANG KAMU BOLEH RUJUK BALIK KALAU KERATAN BSN TU HILANG. KALAU HILANG SUSAH NANTI KAMU NAK SEMAK ONLINE UPU KAMU. LAGI2 KALAU DAH DAPAT TAWARAN MASA NAK CETAK NO ID TU DIPERLUKAN TAU.

AGIHAN WANG BANTUAN RM100 SETIAP PELAJAR


ALHAMDULILLAH SELESAI SUDAH PEMBERIAN RM100 UNTUK PELAJAR WARGANEGARA MALAYSIA UNTUK MERINGANKAN BEBAN IBU BAPA. SEMUA PELAJAR TELAH MULA MENERIMA BERMULA HARI RABU YANG LALU. NAMUN JIKA ADA YANG BELUM AMBIL WANG BANTUAN TU SILA TUNTUT DI PEJABAT SEKOLAH. HARAPAN CIKGU AGAR DUIT ITU DIMANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK KEPERLUAN SEKOLAH.