Sunday, November 9, 2008

Majlis Mohon Restu SPM & STPM





















Pada 7 November yang lalu telah diadakan Majlis Mohon Restu Khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas. Acara berlansung di Dataran Perhimpunan dalam suasana tenang dan penuh kesyahduan terutama apabila acara bersalam-salaman dengan semua guru-guru SMKKU. Buang yang keruh, ambil yang jernih, semoga berjaya, ampunkan saya cikgu, maafkan saya cikgu..kata-kata sinonim yang sering diungkap. Semoga restu yang diminta akan terbalas dengan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM. Pada hari itu juga acara simbolok penyerahan banner dan buku nota dari KLIUC telah diserahkan kepada Pengetua SMK Kajang Utama. Semoga ia merapatkan lagi hubungan di antara KLIUC dengan SMK Kajang Utama

Majlis Graduasi 2008







Pada 31 Oktober 2008 yang lepas telah diadakan Majlis Graduasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas. Majlis yang berlansung dalam keadaan sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran graduan dan ibu bapa yang tidak jemu memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Pada tahun ini, majlis tersebut hanya dirasmikan oleh Pengetua SMK Kajang Utama sahaja. Namun apa yang penting usaha gigih para pelajar terbalas apabila mereka berjaya melangkah ke atas pentas dengan jubah graduasi menyerlahkan keyakinan mereka untuk mencipta kejayaan pada SPM dan STPM sebenar. Cikgu tumpang gembira pada yang berjaya bergraduat, namun ada yang bersedih kerana rayuan untuk bergraduat ditolak atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Hari tu cikgu Fidah dok kat atas pentas sebab cikgu menguruskan jubah dan jadi jurugambar. Apapun tahniah kepada semua yang bergraduat terutama Wafi pelajar istimewa yang turut bergaya bersama jubahnya.

Wednesday, September 17, 2008

Terima Kasih untuk semua

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru SMK Kajang Utama yang telah membeli kuih raya dan serunding yang saya jual. InsyaAllah semua tempahan akan diedarkan pada minggu depan. Ramai yang tak nak awal ambil kuih raya takut habis dimakan sebelum raya. Asal jangan berlebih selepas raya sudahlah..Apapun Selamat Hari Raya untuk semua...Berhati-hati di jalan raya ingatlah orang yang tersayang............

Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yassin, Solat Hajat PMR, SPM dan STPM 2008

Assalamualaikum warga SMKKU sekalian, satu majlis solat hajat, berbuka puasa akan diadakan di

Tempat : Surau Al Muhajirin Taman Kajang Utama
Tarikh: 19.9.2008
Masa : Berkumpul di Surau jam 6 petang

Acara akan dimulakan dengan bacaan Yassin, tazkeerah, berbuka puasa, solat maghrib, solat hajat, solat terawikh, moreh bersama ibu bapa dan semua warga Taman Kajang Utama. So cikgu harap anka-anak semua dapat sebarkan kepada ibu bapa masing-masing melalui surat edaran yang telah diberikan. Semoga usaha terakhir kita untuk menghadapi peperiksaan mendapat keberkatan dari Allah...

Friday, September 12, 2008

Program Penampilan Anggun

Pada 5.9.2008 baru-baru ini, sebahagian pelajar perempuan SMK Kajang Utama telah mengikuti bengkel ringkas penjagaan diri dari Clean & Clear. Nampaknya semua seronok dan teruja kerana dapat cenderamata khas dari clean & clear. Kepada pelajar form 1 & 2 yang tidak dapat produk clean & clear sila ambil di bilik UBK. Hantar wakil ya...untk lelaki bylcream akan datang lepas raya kalau tida perubahan..macam biasalah mereka dtg hujung tahun..so sabar yer..nak hadiah kena jawab soalan mereka..

Majlis Graduasi 2008

InsyaAllah tahun ni majlis graduasi sekolah akan diadakan pada 10. So untuk pelajar-pelajar SPM dan STPM harap buat betul-betul untuk percubaan SPM dan STPM sebab pemilihan graduan berdasarkan keputusan percubaan. Kalau layak baru boleh bergraduat disamping tiada masalah disiplin. Jadi cikgu harap jangan sia-siakan peluang keemasan ini. Tahun ini seorang pelajar pendidikan khas Wafi pun akan bergraduat..meriah dan istimewalah graduasi kita tahun ni..InsyaAllah pelajar pendidikan khas akan buat persembahan Caklempong nanti..tunggu dan saksikan...

Kem Ihya Ramadhan

Alhamdulillah semalam 11.9.2008 jam 2.30 ptg seramai 40 pelajar puteraa dan puteri SMK Kajang Utama telah berangkat ke Kem Koko Sg Tekali untuk mengikuti Kem Ihya Ramadhan. Memang seronok pun kalau menghadiri kem tu. Macam-macam aktiviti kerohanian yang dipelajari disamping aktiviti fizikal yang sesuai untuk bulan puasa. Tahun lepas pun cikgu pergi tapi tahun ni keadaan tak mengizinkan. Antara aktiviti menarik yang ada di sana ialah peserta kem berpeluang belajar memanah, flying fox, belajar sembelihan guna burung puyuh, tahun ni ditambah dengan pengurusan jenazah dan yang lain tu tadarus sampai khatam Al-Quran. So selama 4 hari 3 malam aktiviti sungguh bermanfaat sesuai dengan bulan Ramadhan..semoga pulang nanti membawa perubahan dan hijrah buat diri pelajar-pelajar dan rakan seperjuangan yang lain..yang tak dapat pergi jangan kecewa tahun depan ada lagi. Nati gambar-gambar menarik kita akan post dlm blog ni.

Salam Ramadhan

Saturday, August 16, 2008

Sahabatku Su, Zu, As, Mag dan Is

ASSALAMUALAIKUM...

Untuk renungan para sahabat....

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang,Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu.Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat.Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun.Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macamdah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke? Menyesal aku tak siapkan awal-awalassignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni.Minta maaf, Su.Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku.Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su.

Zu pun lama aku tak jenguk.Kesian Zu. 'Sorry' bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas.Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak! Ngah. Ala, kedai nasi lemak 'power' tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku
takde masa, Zu
.

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah
mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. 'Meeting' pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua
punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diaorang ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswa la kononnya.

Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab enkau ni ganjil, kot.Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. 'Coach' nak pilih pemain-pemain handal aje untuk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi.
Lepas mandi, member-menber aku semua ajak keluar makan.

Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is,'sorry'. 'Last-last',semuanya aku tinggalkan.

Wahai sahabat2ku, untuk pengetahuai kalian nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Kalian semua janganlah jadi macam aku....

Walaupun kita telah meninggalkan alam pembelajaran, rasa yer alam pekerjaan lagi mencabar. ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal, dan yang paling penting adalah kekuatan IMAN...so, Marilah kita sama2 menjaga sahabat2 kita ini dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah 'sahabat' kita yang sebenar, yang akan "backing" kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita
semua. Wallahua'lam.

Program Lawatan untuk semester ke-2

Program Lawatan yang akan berlangsung ialah Lawatan ke Bukit Cherakah untuk pelajar Geografi Tingkatan 1 dan 2. Rasanya pelajar yang terlibat dah bayar duit rombongan pada Cikgu Aniza dan Cikgu Rohaida. Lawatan seterusnya ke Parlimen khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 pada 28.8.2008. Guru Pengiring yang akan pergi Pn.Rushiha dan beberapa guru Tg 6. Lawatan Kelab Kebudayaan ke Studio Hijazz dan Kilang Roti di Shah Alam ditangguhkan selepas PMR ya jangan risau cikgu tetap akan buat...Lawatan Persatuan Bahasa Inggeris ke Melaka pun akan diadakan tapi cikgu tak pasti bila....Jamuan akhir tahun PRS akan diadakan sejurus selepas peperiksaan PMR tamat di Hartz Chicken Buffet so prs sekalian jgn lupa simpan duit raya tu untuk bayaran jamuan.

Masih ada yang ajak cikgu buat lawatan ke Kilang Coklat, untuk makluman semua warga Kajang utama dah dua kali sekolah kita buat lawatan ke Kilang Coklat Bery's di Seri Kembangan dan Lawatan ke Karangkraf, so takkan nak buat banyak kali kot...yang tak dapat pergi jangan kecewa ya. Rasanya hujung tahjun nanti banyaklah yang akan keluar berjamuan.

Friday, August 15, 2008

Dimanakah Puasa Kita

MEREKA yang berpuasa itu dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu orang berpuasa kerana malu kepada Allah dan manusia, berpuasa kerana malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Allah dan tidak berpuasa kerana tidak malu kepada Allah dan manusia.

Mereka yang berpuasa kerana malu kepada Allah dan manusia, puasa mereka adalah berdasarkan kepada perasaan sedar dan insaf kepada perintah Allah yang mewajibkan berpuasa.

Golongan ini akan sentiasa berhati-hati dan sentiasa menjaga puasanya daripada perkara yang boleh membatalkan puasa. Oleh kerana itu, di mana juga mereka berada, tersorok atau tidak, mereka tetap memelihara puasanya.

Merek yang berpuasa kerana Allah sedar bahawa Allah tetap melihat perbuatan mereka walaupun mereka tidak dapat melihat-Nya.

Golongan kedua pula, mereka ini berpuasa semata-mata kerana malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Allah. Lantaran itu, apabila berada jauh daripada pandangan manusia, tanpa segan-silu mereka meninggalkan puasa.

Mereka ini berpuasa bukan kerana taat dan patuh kepada perintah Allah tetapi kerana malu kepada manusia lain yang berpuasa.

Biasanya orang seperti ini berpuasa kerana hendak menunjuk-nunjuk atau riak. Mereka tidak mempunyai sifat amanah kepada Allah mahupun pada diri sendiri.

Golongan ketiga ialah mereka yang langsung tidak berpuasa kerana tidak malu kepada manusia apatah lagi kepada Allah. Golongan ini dianggap paling hina di sisi Allah.

Bahkan ada ketikanya mereka ini sanggup mengaku sebagai orang bukan Islam supaya terlepas daripada hukuman dan tindakan pihak berkuasa. Mereka tidak sedar bahawa pengakuan itu boleh membatalkan syahadah.

Sebaliknya, jika mereka tahu kelebihan serta rahmat dijanjikan Allah kepada golongan yang berpuasa untuk mendapat reda Allah, pasti mereka akan ikhlas menunaikan ibadat puasa.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah menjauhkannya neraka sejauh 70,000 musim.” (Riwayat Muslim)

Ini Gambar Sekitar Program Bersama Mahasiswa UIA


Wednesday, August 13, 2008

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

Tuesday, August 12, 2008

Program Sekolah untuk Bulan 8






Pada 2.8.2008 - Program Baktisiswa oleh Mahasiswa UIA telah datang ke SMKKU dan membuat aktiviti motivasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2. Seramai 40 orang mahasiswa UIA telah meluangkan masa sepanjang hari di SMKKU. Pada sebelah pagi diadakan acara senamrobik, diikuti oleh pembahagian kumpulan, jamuan, LDK dan Forum bersama mahasiswa UIA yang telah berjaya mewakili Malaysia ke Oxford University dalam pertandingan Kehakiman. Pelajar-pelajar begitu seronok sekali bersama kakak-kakak dan abang-abang yang baru mereka temui. Pada sebelah petangnya diadakan perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring di antara pelajar-pelajar SMKKU dan Mahasiswa UIA. Sesungguhnya kenangan ini amat sukar dilupakan oleh pelajar-pelajar SMKKU. Semoga ia akan menjadi azam untuk pelajar-pelajar ke menara gading suatu hari nanti. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.....untung kamu sebelum PMR dah dapat pendedahan awal bersama mahasiswa UIA. Pelajar-pelajar Tingkatan 5 janganlah marah sebab kamu semua kan dah berkampung bersama mahasiswa UPM masa Program Kecemerlangan Akademik bulan 5 yang lepas.

Monday, August 11, 2008

Teman Sejati

Teman Sejati

c/oSelama ini Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani Perjuangan suci

c/oBersyukur kini PadaMu Illahi
Teman yang dicari Selama ini
Telah kutemui

c/0* Dengannya di sisi
Perjuangan ini Senang diharungi
Bertambah murni Kasih Illahi

KepadaMu Allah Kupanjatkan doa
Agar berkekalan Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan Segala-galanya...
ulang c/o
huuhuuu….sajak

ulang c/o*

Dengannya di sisi Perjuangan ini
Senang diharungi Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan Segala-galanya
Itulah tandanya Kejujuran kita

Selamat Datang Ke Laman Blog SMKKU

Alhamdulillah akhirnya, blog UBK SMKKU terhasil jua. Diharap semua pelajar SMKKU tidak melepaskan peluang keemasan untuk berkongsi rasa bersama kaunselor SMKKU yang anda sayangi.