Friday, September 30, 2011

PERMOHONAN KE MRSM 2012 TG 4


Syarat Kemasukan:
1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred 
C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2011. 
2. Mendapat  markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM 
(UKKM).

Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM
1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 28 Nov hingga 2 Dis 2011.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang 
permohonan secara online. 

NOTA:  
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan  rendah 
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. 
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. 
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan. 
5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama. 

Syarat Memohon
1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan 
Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) 
di Semenanjung Malaysia. 
2. Pelajar yang sedang menuntut di  Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah 
Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon 
dan tidak akan ditawarkan ke  MRSM. 
3.    Pemohon hendaklah lulus  Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah 
Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik 
dan subjek Sains.  

Cara Memohon
1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di  Pejabat MARA Negeri, 
Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 hingga 20 Oktober 
2011. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh 
tersebut.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2011
yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2011, semasa mendapatkan kata laluan.   
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang 
permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. 
4.  Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke 
alamat seperti di bawah:  
(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2012) 

Pengarah, 
Bahagian Pendidikan Menengah, 
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR. 

Tarikh Tutup Permohonan
1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 20 Oktober 2011.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewatlewatnya pada 26 Oktober 2011.
3. Pemohon  boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012.  
Sekiranya  pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga  30 April 2012  
permohonan anda dianggap tidak berjaya.  

JAMUAN AKHIR PRS, PENGAWAS DAN PPS TAHUN 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA, PENGAWAS DAN PPS
TEMPAT : SAUJANA IMPIAN GOLF RESORT
TARIKH : 15 OKT 2011 (SABTU)
MASA : 2.00 - 5.00 PTG
BAYARAN : RM 30
SILA MAKLUMKAN KEHADIRAN DAN JELASKAN BAYARAN SEBELUM 10 OKT 2011



PELAJAR SESI PETANG YANG BUAT PERSEMBAHAN TU BUAT BAIK2 TAU KASI KENANGAN TERINDAH UNTUK KAKAK DAN ABANG KAMU YANG DIRAIKAN...TAHUN NI KITA YANG INCHARGE PLAK..

MAJLIS MOHON RESTU PMR 2011

ESOK 30/9/2011 ADA MAJLIS MOHON RESTU YA..HARAPAN CIKGU SEMOGA PELUANG YANG BAIK INI DIAMBIL OLEH SEMUA CALON UNTUK MEMOHON RESTU DARI CIKGU2 KAMU SEMUA YANG TELAH BANYAK MENCURAHKAN ILMU....LERAIKAN PERSENGKETAAN YANG ADA YA....

Majlis Solat Hajat PMR , SPM dan STPM 2011


ALHAMDULILLAH SELESAI SUDAH MAJLIS SOLAT HAJAT UNTUK BAKAL CALON PMR, SPM DAN STPM SMK KAJANG UTAMA..RAMAI YANG HADIR DAN SAMBUTAN IBU BAPA PUN MENGGALAKKAN...



BACAAN YASSIN UNTUK KEBERKATAN TAPI TAK RAMAI PUN YANG CIKGU TENGOK BAWA AIR MINERAL...KAN BAIK KALAU DAPAT MINUM AIR YASSIN NI....BUAT SENDIRI JELAH YA..


SOLAT HAJAT BERJAMAAH MEMOHON RESTU SETELAH BERPENAT LELAH MENIMBA ILMU...


BACAAN YASSIN MUSLIMAT...

HARAPAN CIKGU DARI UNIT BIMBINGAN KAUNSELING MENDOAKAN KEJAYAAN SEMUA PELAJAR YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN AWAM INI. UNTUK CALON PMR DEBARAN PASTI MAKIN HAMPIR TINGGAL BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI UNTUK MENEMPUH PEPERIKSAAN PENTING INI...SEMOGA BERJAYA.....

Thursday, September 29, 2011

TAHNIAH BUAT STUDENT EX STPM 2010

RASANYA BELUM TELAMBAT CIKGU NAK UCAPKAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN KAMU SEMUA MELANJUTKAN PELAJARAN KE MENARA GADING.....SUKA BILA DENGAR CERITA PASAL KAMU SEMUA DALAM FB TINGAKATAN ENAM KAJANG UTAMA...MASING2 SERONOK MENCERITAKAN PENGALAMAN MENJADI MAHASISWA. ADA YANG TAK MENANG TANGAN JADI CALON UNTUK MEMEGANG JAWATAN...APAPUN KENA PANDAI BUAT PILIHAN YANG BIJAK..JANGAN IKUT KATA HATI NANTI BINASA....SEMOGA KALIAN TERUS BERJAYA.....

PRS SMKKU MENAWAN BUKIT BROGA..

AKHIRNYA IMPIAN NAK TENGOK BUKIT BROGA TERCAPAI..SELAMA NI DENGAR CERITA AJE TAPI SAMPAI JUGA KAMI AKHIRNYA...SERONOK WALAUPUN PENAT SKET..SORYYLAH GAMBAR CIKGU AMBIL NI TAK BANYAK SBB KAMERA BATERI DAH KONGGG..HAHA..


WAJAH2 CERIA SEBAB DAH SAMPAI DAN NAK TURUN DAH PUN..

NI MASA MENDAKI...


NI GAMBAR MASA NAK PERGI..AKMAL CUAK MAKLUMLAH SELALU MAIN INDOOR GAME JE...

BOWLING PRS DALAM KENANGAN....

TAHUN NI PRS SMK KAJANG UTAMA BERJAYA JUGA MENJAYAKAN PERTANDINGAN BOWLING ANTARA AHLI...TAHNIAH CIKGU UCAPKAN KPD JK YANG MENJAYAKANNYA....DAH NAMPAK DAH CALON2 YANG BOLEH WAKIL SEKOLAH TAHUN DEPAN UNTUK BOWLING DAERAH....WALAUPUN PROGRAM NI DAH LAMA BERLANGSUNG DAN CIKGU DAH MASUKKAN GAMBAR FB TAPI NAK JUGA KONGSI KAT SINI SEBAB NAK BAGI INGATAN YANG LEBIH SKET DAN SEMANGAT KEPADA YANG TENGOK DAN NAK BUAT LAGI TAHUN DEPAN...



INILAH AJK (ORG KUAT) YANG MENJAYAKAN PERTANDINGAN PADA KALI INI...CIKGU JADI PEMERHATI SAHAJA....

INILAH CALON PESERTA BOWLING AKAN DATANG PRS HAZMAN...


INILAH KUMPULAN JOHAN KESELURUHAN KUMPULAN PRS SHEIKH....HEBAT!!!

Wednesday, September 28, 2011

APA ITU CINTA....

CIKGU UPLOAD DR KIRIMAN PRS SHEIKH DALAM FBNYA...

Menurut hadis Nabi: Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).

Sabda Nabi: Orang juga boleh diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).

Sabda Nabi juga: ciri dari cinta sejati ada tiga -
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih walaupun ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.

Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.

Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra’fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah, iaitu cinta buta, cinta yang mendorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika,
aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, (hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi).

8. Cinta kulfah yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

KURSUS ROBOTIK 2011

TAHUN NI SEKALI LAGI UBK DENGAN KERJASAMA JK KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) TELAH BERJAYA MENJAYAKAN KURSUS INOVASI ASAS ROBOTIK. DAH MASUK PAPER KOSMO PUN....CIKGU CUMA NAK KONGSIKAN RASA SERONOK SEBAB KUMPULAN YANG BERJAYA MENJADI JOHAN KESELURUHAN DIMENANGI OLEH SHEIKH PRS TINGKATAN 4 AMANAH....CIKGU LAGI BANGGA BILA KUMPULAN TU AHLI YANG PALING SKET TAPI BERJAYA JADI JUARA.....KENAPA GROUP TU MENANG SEBAB PENILAIAN DIBUAT DARI AWAL SAMPAI AKHIR...SHEIKH BERJAYA MEMIMPIN RAKAN KUMPULANNYA SAMPAI BERJAYA DENGAN ROBOTNYA.....BERGERAK JUGA KERETA ROBOTIKNYA....





SEBAHAGIAN HASIL ROBOT YANG TELAH DIBUAT...


JOHAN YANG ADA GAMBAR DORAEMON KUMPULAN D'ART..

ANUGERAH PELAJAR BERBUDI BAHASA & BERPAKAIAN KEMAS

TAHNIAH CIKGU UCAPKAN KEPADA PRS HAZMAN DAN SITI HAJAR YANG BERJAYA TERPILIH SEBAGAI CALON ANUGERAH PELAJAR BERBUDI BAHASA BULANAN..CIKGU DIFAHAMKAN SESI PAGI ADA JUGA PRS KITA YANG MENDAPAT ANUGERAH MACAM PRS NAIMAH, HAFIZ, AISAR DAN BEBERAPA ORANG LAGI....CUMA YANG ADA GAMBAR DALAM SIMPANAN CIKGU CUMA UNTUK SESI PETANG SAHAJA SO INI JELAH YANG CIKGU DAPAT KONGSIKAN....TAHNIAH......



KURSUS ASAS PRS MUDA 2011

BARU-BARU NI UBK SMK KAJANG UTAMA TELAH MENGADAKAN KURSUS ASAS UNTUK PRS MUDA UNTUK MURID SESI PETANG. KURSUS INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA PRS SUPAYA LEBIH BERKEYAKINAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI AHLI PRS. 



SEBAHAGIAN AKTIVITI ICE BREAKING...KENA INGAT NAMA RAKAN SAMBIL PEJAM MATA...BOLEH INGAT KE....ALHAMDULILLAH SEMUA BERJAYA MEMBAYANGKAN RAKAN MASING2....


CUBA INGAT BETUL-BETUL...JAMAL JUAL JAGUNG JAMAL JERIT JAGUNG JAGUNG JAMAL JUMPA JEPUN JEPUN JOLOK JAMBUL JAMAL JAMAL JERIT JANGAN JANGAN JEPUN JOLOK JUGA.....HAHA BERBELIT LIDAH KORANG KAN...



BERATUR JANGAN TAK BERATUR...MASING2 DAH BERSEDIA DENGAN PERSEMBAHAN MASING......MACAM2 GAYA......KREATIF......SEKARANG MASING2 DAH TAHU APA KELEBIHAN RAKAN MASING2....


BERGAMBAR DI BILIK KAUNSELING....

HARAPAN CIKGU SEMOGA TAHUN DEPAN BILA DAH KE SESI PAGI SEGALANYA AKAN LEBIH MAJU....ILMU KERANA SELALU DI TAMBAH...

INGAT BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN....

AMANDA PRS ISTIMEWA.....


CIKGU NAK KONGSI CERITA KEGIGIHAN AMANDA DALAM AKADEMIK...WALAUPUN AMANDA INI TIDAK NAMPAK TETAPI ITU BUKAN HALANGAN UNTUK DIA BERJAYA...CIKGU BANGGA MELIHAT USAHANYA HATINYA TIDAK PERNAH GELAP MALAH SENTIASA CELIK...MASA PMR DIA BERJAYA DAPAT 7A PENUH..KINI SPM DIA MEMBURU 9 A..TIADA YANG MUSTAHIL UNTUK DICAPAI KERANA DIA SENTIASA MENJADI PELAJAR TERBAIK TINGKATAN 5 BAGI ALIRAN SASTERA.....DOA CIKGU SEMOGA AMANDA TERUS BERJAYA...



RAKAN-RAKAN PRS YANG SEKELAS DENGAN AMANDA SUHANA, MUSLIHA, SYAFIQAH, IZZATI DAN ASHILAH JUGA KAGUM DENGAN AMANDA....KEHEBATAN AMANDA MMG LUAR BIASA ....BEST OF LUCK AMANDA....

KEM PRS DAERAH HULU LANGAT 2011



TAHNIAH BUAT SHEIKH, SHAHRUL, NADIA DAN AYU KERANA TELAH MENUNJUKKAN KOMITMEN PADU DALAM AKTIVITI KURSUS KEJURULATIHAN PRS 2011 PERINGKAT DAERAH BARU2 INI....CIKGU TUMPANG BANGGA DENGAN PRESTASI YANG DITUNJUKKAN.....HEBAT.....MOGA PRS SMKKU JUGA AKAN LEBIH MANTAP SELEPAS INI...



SHEIKH MENJADI WAKIL PESERTA LELAKI YANG MEMBUAT RUMUSAN PADA PROGRAM KALI INI.....BANGGA CIKGU DENGAN KEBERANIAN KAMU HADIR KE DEPAN...YAKIN..



AYU JUGA MENJADI WAKIL PEREMPUAN YANG MELUAHKAN RASA PADA SESI MAJLIS SOLUSI.....CIKGU BANGGA DENGAN KAMU....