Thursday, December 23, 2010

Selamat Tinggal 2010

Sedar tak sedar 2010 bakal meninggalkan kita. 2011 akan menjelma. Banyak yang perlu diperbaiki supaya hari esok kita lebih baik dari hari semalam. Apapun kita manusia biasa tidak akan lari dari kesilapan. Dikesempatan ini cikgu mewakili Unit Bimbingan Kaunseling memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkhidmatan kami sepanjang tahun ini berlaku kelemahan dan kekurangan. InsyaAllah kami akan cuba mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan unit ini.

Friday, May 28, 2010

Gambar Sekitar Sambutan Hari Guru

SEBAHAGIAN PERSEMBAHAN MURID-MURID SMK KAJANG UTAMA
JUALAN BUNGA ROS OLEH PRS SMKKU










Gambar Sekitar Minggu Jalinan Mesra Tg 6











Program yang telah berlansung selama seminggu pada 10 hingga 14 Mei 2010. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Ice Breaking, penerangan subjek, Majlis bersama bekas pelajar Tg 6 yang berjaya, Ceramah dari Pendaftar UKM,Team Building bersama MSU, Slot Motivasi, bacaan Yassin,persembahan hari guru dan jamuan penutupan.

Gambar Sekitar Perhimpunan Kokurikulum





Program Kecemerlangan Akademik PMR & SPM 2010






Alhamdulillah pada 8 hingga 9 Mei yang lalu telah berlansung Program Kecemerlangan Akademik 2010 di Fakulti Pengajian Pendidikan dan Kolej Canselor UPM. Apa yang membanggakan kali ini penceramah hebat untuk subjek Sejarah dan Bahasa Melayu SPM telah datang memberikan perkongsian Teknik Menjawab soalan. En Khairudin Ayip dan En Muslimin Fadhil..semuanya penulis buku. Pasti anak-anak sekalian berpuas hati dengan program ini. Penceramah lain pun tak kurang hebatnya. Apapun tahniah buat semua yang berjaya menghadirkan diri untuk program kali ini. Pengalaman belajar di kampus tinggal di asrama sesuatu yang manis untuk dilupakan.

Gambar Kenangan PMD form 6 2010-Persediaan Menghadapi Temuduga





Gambar Sekitar Program Penerangan Kerjaya Automotif Bersama I System





Friday, April 23, 2010

Lawatan Ke Malaysian France Institute (MFI)






Tarikh : 22.4.2010
Tempat : MFI, Teras Jernang Bangi
Sasaran : Semua murid 5 Amanah, 5 Amal dan 5 Adil

Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah & Rokok

Alhamdulillah telah berlangsung ceramah PPDA pada 21.4.2010 hari Rabu yang lalu. Kelas yang terlibat ialah kelas 3 Azam, 3 Aman, 3 Akrab, 4 Aman, 4 Azam dan 4 Akrab. Diharapkan perkongsian maklumat yang disampaikan Oleh Cikgu Hisham itu dapat menjadi panduan untuk kamu semua. Ceramah ini adalah sebahagian daripada Kempen Anti Dadah yang telah dilancarkan pada tahun ini. Memandangkan kempen ini berjalan sepanjang tahun, jadi nantikan program lain yang lebih menarik selepas ini. Kita akan adakan kuiz, Program 5 minit Anti dadah yang akan disampaikan oleh murid terpilih ditapak perhimpunan. Maklumlah mic kat perhimpunan baru jer elok so minggu depan akan dimulakan. Gambar nanti ya cikgu lom dapat lagi sebab hari tu cikgu gi seminar ESQ.

Sunday, April 18, 2010

Kami Prihatin

Jom kita fikir2kan..sekarang ni semua nak jadi prihatin..wujudlah team kami prihatin..benarkah masyarakat Malaysia benar2 prihatin?…Siti kata dia tak bersetuju jika kita ambil saje anak angkat anak tidak sah taraf ini sebab nanti mak dia akan buat lagi perkara yang sama,Alya pula sanggup ambil anak ni untuk maslahat akan datang..kita plak bagaimana…saya sendiri pernah tanya suami sanggup ke nak bimbing remaja bermasalah ini atau buat mereka jadi anak angkat…tapi tiada jawapan..kita masih jauh untuk rasa apa yang mereka perlukan..hanya simpati bukan empati…mereka perlukan sokongan bila dah silap tapi kita still blamming mereka..akhirnya tekanan mendorong mereka membuang bayi tidak berdosa..cukuplah media membesar2kan isu ini..Kami Prihatin bukan sekadar gimik perlu direalisasaikan semua pihak..tapi sanggupkah kita..saya sendiri masih tertanya2 diri saya sanggupkah aku….maybe jawapan selamat sumbangan aku dengan cara lain..akhirnya semua yang tersilap langkah ini disumbat ke rumah kebajikan dan NGO’s berkenaan…Rakan kaunselor apa pandangan anda plak..Bila Pn. Noraini Ahmad lontarkaan kepada kita soalan itu..termangu seketika.. fikirkanlah…

Saturday, April 17, 2010

LAWATAN PROGRAM BERFOKUS AKADEMIK HALUS KE PARLIMEN & TUGU NEGARA






Cikgu harap untuk semua group Berfokus Akademik Halus, yang telah cikgu bawa melawat ke Parlimen dan Tugu Negara pada 13 April yang lalu akan menjadikan pengalaman masuk Parlimen sebagai pengalaman istimewa. Bukan senang nak masuk Parlimen sedang bersidang kan..cikgu nak bagi pendedahan kepada semua murid so cikgu ambil kesempatan bila Pn Rushiha nak lagi 10 org murid untuk cukupkan 40 org murid termasuk Tg 6 terus teringat kat group kamu...so enjoy your day...