Tuesday, November 10, 2009

Hari Graduasi SMK Kajang Utama

Pada tahun ini, SMK Kajang Utama membuat perubahan tempat graduasi daripada di dewan sekolah kepada Hotel Prescott Inn, Kajang. Semua graduan begitu ceria semasa hari graduasi tersebut. Tahniah dan syabas cikgu ucapkan. Semoga ini akan menjadi titik tolak untuk menempa kejayaan seterusnya..Tahniah..

Majlis Mohon Restu Tg 5 dan 6

Pada 16.11.2009 ini akan diadakan Majlis Mohon Restu Tg 5 dan 6 untuk peperiksaan SPM dan STPM. Majlis akan diadakan ketika perhimpunan dan diharapkan semua murid yang terlibat hadir untuk sesi bersalaman dan memohon maaf.

Jamuan Candle Light Dinner PRS

Pada 30 Oktober 2009 yang lalu telah diadakan Jamuan Akhir Tahun PRS 2009. Pada tahun ini PRS telah bergabung dengan Badan Pengawas dengan mengadakan Candle Light Dinner. Terasa kemeriahan suasanan pada malam itu. Antara acara pada malam itu ialah, ucapan daripada pengerusi PRS dan Pengawas, Ucapan HEM,majlis penyampaian sijil, cabutan bertuah dan pemilihan peserta pakaian terbaik. Untuk Lelaki dimenangi oleh Hafiz Taufik dari PRS dan Perempuan Sara dari Badan Pengawas. Pada malam itu, semua tetamu dihidangkan masakan Mee Rebus, ABC, Nasi Goreng, Mee Goreng, Kambing Panggang, Kentang putar buatan sendiri, dan pelbagai jenis kuih muih. Senang kata kenyang betul pada malam itu. Diharapkan tahun depan kita buat tiga serangkai bersama PSS pula. Apapun sebelum cuti berakhir PRS akan mengadakan Pot Luck terakhir untuk raikan hari jadi rakan PRS yang lahir dari bulan 5 dan ke atas. Tarikh akan diberitahu ya.....

Program Masakan Kuih Tradisional

Satu program Post Peperiksaan PMR pada tahun ini ialah demonstrasi membuah kuih tradisional berasaskan ubi keledek. Murid-murid telah didedahkan dengan teknik-teknik membuat kuih cucur badak, keria, Cik Mek Molek, ondeh-ondeh buah melaka, dan karipap. Murid-murid nampaknya tidak melepaskan peluang untuk mempelajari teknik membuat kuih. Ada yang menumbuk, menggentel, merebus, menggoreng dan pelbagai lagi karenah boleh dilihat. Nanti cikgu akan masukkan gambar kamu semua.

PROGRAM HINDAR POST PMR

Program Hidup Indah Tanpa Rokok telah diadakan di Dewan SMK Kajang Utama sempenan Program Post Peperiksaan PMR 2009. Pn.Haslinda telah memberikan taklimat mengenai apakah kempen HINDAR, tayangan video Tak Nak Merokok, kuiz HINDAR di mana para peserta telah diberikan hadiah. Sambutan daripada para peserta amat menggalakkan.Semoga semua murid sedar akan bahaya dan kesan rokok kepada kita semua. Harapan cikgu agar murid-murid SMK Kajang Utama akan menjayakan kempen tolak perokok tegar....jangan kita menjadi perokok tegar kerana takut nanti terjerumus dengan dadah.

Sunday, October 25, 2009

ONLINE KEMASUKAN TEKNIK

Perhatian untuk semua pelajar Tingkatan 3 online ke SM Teknik telah dibuka dan ditutup sehingga 4 Januari 2010. Sila layari laman web ini untuk online

http://apps.emoe.gov.my/esptv/sptv2009/login.cfm

Tuesday, September 29, 2009

Program Mohon Restu 2009

Kepada semua pelajar Tingkatan 3, Majlis Mohon Restu akan diadakan pada 5 Oktober 2009 di Tapak Perhimpunan. Acara akan dimulakan dengan perhimpunan rasmi dan diikuti Majlis Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang PMR serta majlis bersalam-salaman dan pemberian cenderamata kepada semua pelajar yang mengambil peperiksaan. Semoga akan terlerai segala kekusutan dan meleraikan kesumat yang ada dalam di ri antara pelajar dan guru. Restu guru amat penting untuk keberkatan semua. Tahniah kepada Syazana, Amanda, Farah dan Tunesh kerana mendapat keputusan cemerlang 8A dan 7A dalam peperiksaan Percubaan yang lalu.

Program Pecutan Akhir SPM 2009

Makluman kepada semua pelajar, program Pecutan Akhir untuk peperiksaan SPM akan diadakan pada 1 Oktober 2009 di Dewan SMK Kajang Utama. Sila bawa pen dan buku catatan. Kita akan bersama penceramah dari Kolej YPC En.Hisham yang cukup istimewa orangnya. Pastikan temumjanji anda bersama En Hisham pada hari tersebut.

Saturday, August 29, 2009

Pertandingan Bowling PRS Hulu Langat

Pada 18 Ogos 2009, PRS SMK Kajang Utama trelah menghantar satu pasukan bowling yang di sertai oleh Mohd Zulharie, Kamarul, Darshini dan Divesha bersama guru bimbingan Pn.Arbaeyah yang menggantikan cikgu kerana kurang sihat. Apapun tahniah cikgu ucapkan kepada Zuhairie yang telah mengarumkan nama sekolah kerana telah berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori individu. Kalau dikira untuk kategori pelajar kira Zuhairie adalah juara sebab johan individu dikira keseluruhan dimenangi oleh Cikgu Basarudin. Takpe lepas ni PRS SMK Kajang Utama kena banyakkan latihan untuk menghantar team terbaik tahun depan. Semoga PRS SMK Kajang Utama terus maju. Salam Ramadhan..

Wednesday, August 19, 2009

HARI UNIT HEM

Pada 21 hb Ogos 2009 (Jumaat) ini, akan diadakan Hari Unit HEM yang akan menyediakan beberapa aktiviti menarik. Bermula dengan perhimpunan Di Ambang Kemerdekaan, Sambut Majlis Perpisahan Pn.Rafidah, Pameran Unit HEM berkaitan Program Pendidikan Dadah, Sekolah Selamat(Pameran TNB & Keselamatan Internet), Pameran Hidup Indah Tanpa Rokok, Pameran Kemerdekaan,Pameran Denggi. Selepas rehat pasti semua tak sabar-sabar nak jumpa Dr. Sheikh Muzaffar Angkasawan Negara untuk sesi Motivasi. Pelajar-pelajar yang telah membeli buku beliau boleh mendapatkan tandatangan dan bergambar bersama beliau. So jangan lupa kunjungi gerai pameran cikgu untuk dapatkan pelbagai hadiah menarik untuk kuiz spontan nanti...

Sunday, August 9, 2009

PERMOHONAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

Perhatian untuk semua pelajar Tingkatan 3, permohonan untuk ke SBP telah dibuka sekarang. Pelajar yang telah mendapat keputusan percubaan PMR dan memenuhi syarat minimum iaitu memperolehi B dalam Subjek Sains dan Matematik untuk mendapatkan borang manual di Bilik Bimbingan & Kaunseling. Selepas 1 September 2009, online akan dibuka di alamat http://moe.gov.my. Setelah online diisi sila print salinan dan dihantar kepada cikgu untuk simpanan sekolah dan dihantar ke PPD.

Saturday, August 8, 2009

ONLINE MATRIKULASI 2009

Perhatian kepada pelajar2 Tingkatan 5 yang telah membeli nombor ID anda boleh datang ke bilik kaunseling untuk online Matrikulasi pada waktu rehat dan balik sekolah. Cikgu akan memberi panduan terutama ketika mengisi borang. Buat masa ini telah ada sekumpulan pelajar yang telah datang untuk online...

Pengalaman orang yang ade family dijangkiti H1N1.Untuk panduan bersama..

Pengalaman orang yang ade family dijangkiti H1N1.Untuk panduan bersama..

Based on my colleague experience.. Please spread the story...

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin... at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin... Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin... Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulill ah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya... All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa...very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...

DMU tak best lah lepas nie....sunyi sepi. Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.

Thursday, August 6, 2009

PROGRAM RIMUP KEMERDEKAAN

Seramai 40 orang pelajar SMK Kajang Utama akan berkampung di SMK Jalan Empat untuk menghadiri Program RIMUP sambutan Di Ambang Kemerdekaan. Beberapa acara akan disertai oleh 4 orang pelajar SMK Kajang Utama antaranya acara pakaian beragam dan menghias basikal. Tahun lepas kita telah memenangi acara Menghias Basikal dan tahun ni kena dapat kemenangan berganda ni..apapun semangat menghayati erti kemerdekaan ini penting bukan hanya sekadar laungan sahaja tetapi pengisian jiwa anak merdeka perlu dihayati

Saturday, July 18, 2009

Lawatan ke Jemputan Program Hari Inovasi Nuklear

Pada hari Rabu 22 Julai ini seramai 44 orang pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) Tingkatan 1 Amanah & 2 Amanah akan melawat ke Pameran Hari Inovasi Nuklear di Agensi Nuklear Malaysia Bangi Lama. Program tersebut memberi pendedahan terhadap sumbangan bioteknologi dan nuklear kepada pembangunan negara. Harapan cikgu nanti akan lahirlah minat pelajar-pelajar yang hadir untuk menerokai dunia penyelidikan ini. Mungkin akan membuka minda anda untuk meneroka kerjaya baru yang selama ini tdak diketahui. Selamat melawat.

Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform

Pada hari Isnin 20-21 Julai 2009 ini, seramai 130 orang pelajar SMK Kajang Utama akan berkampung di Teratak Hijaz Putrajaya untuk mengikuti perkhemahan integrasi unit beruniform. Nampaknya program kali ini lebih survival sebab kena pergi Explorace satu Alamanda sebagai tugasan. Rasakanlah cabaran bila berhadapan dengan masyarakat nanti..satu Putrajaya kena ronda untuk siapkan tugasan. Bila dah nama Explorace Fear Factor ni..entah apa bendalah nanti yang mereka kena makan. Kita tunggu dan lihat jelah..apapun jadikan ini semua sebagai medan untuk mentarbiyah diri agar menjadi pemimpin yang berguna kepada masyarakat, agama dan negara.Selamat semuanya...Cikgu tidak dapat bersama-sama kamu semua kerana mengikuti Kursus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Pulau Pangkor selama 4 hari bermula 20-24 Julai 2009.

Friday, July 10, 2009

Perginya Permata SMK Kajang Utama



Sedar tak sedar minggu ini Pn.Rafidah akan meninggalkan SMK Kajang Utama kerana bertukar ke Bahagian Pendidikan Guru. Pastinya warga SMK Kajang Utama akan merindui Pn. Rafidah seorang Kaunselor yang berwibawa permata yang sukar dicari ganti. Beliau adalah ibu, kakak, teman dan konsultan kepada semua warga SMK Kajang Utama. Sukar untuk mencari pengganti Pn. Rafidah yang begitu merendah diri dan sentiasa tenang bila berhadapan dengan suasana tegang...banyak perkara yang saya pelajari dari beliua namun rasanya belum puas menimba ilmu beliau pergi meninggalkan kita semua. Apapun pengganti beliau pastinya bukan calang-calang orang dan kami warga SMK Kajang UTama menantikan kehadirannya. Terima Kasih yang tidak terhingga dari Pn. Rafidah kerana telah memberi sumbangan besar kepada kemajuan sekolah.

Wednesday, July 8, 2009

Jualan Bundle PRS Hari Terbuka SMK Kajang Utama



Pada hari terbuka Sabtu ini 11.7.2009, PRS SMK Kajang Utama akan mengadakan jualan Bundle hasil sumbangan guru-guru dan para pelajar SMK Kajang Utama untuk kutipan tabung Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Kelab PRS SMK Kajang Utama. Hasil jualan itu sebahagian akan disumbangkan kepada unit untuk Projek Bilik Bimbingan dan Kaunseling. Sebahagian lagi untuk aktiviti kelab PRS. Marilah kita beramai-ramai membeli smbil menderma. Pelbagai barang boleh didapati dengan harga serendah RM 10.00 ke bawah. Antara barang yang dijual ialah Koleksi Majalah lawak (Apo dan Ujang)- RM0.50, Majalah Remaja (RM 1.00), pakaian lelaki, perempuan, kanak-kanak berjenama, tidak berjenama, serta tudung boleh di dapati di sini. Keikhlasan membeli sambil menderma itu yang penting. Siapa cepat dia dapat.

Hari Terbuka SMK Kajang Utama

Hari Terbuka SMK Kajang Utama iaitu Perjumpaan Ibu Bapa/Penjaga untuk mengambil kad kemajuan pelajar akad diadakan pada:

Hari: Sabtu
Tarikh: 11 JULAI 2009
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Tempat perjumpaan: seperti lampiran surat siaran

Semoga pertemuan ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna buat ibu bapa dan guru yang ingin melihat anak bangsa berjaya...Buat ibu bapa beri ransangan yang lebih supaya anak tidak terlalu stress...dan buat para pelajar jangan mengambil kesempatan atas kesibukan ibu bapa untuk tidak fokus pada pelajaran..Ilmu perlu dicari itu yang penting..peperiksaan hanya ukuran dunia sahaja. apa yang penting ilmu yang dipelajari boleh dimanfaatkan untuk kehidupan mendatang.

Kaunselor anda sentiasa menunggu kehadiran anda di bilik kaunseling...

Tuesday, June 23, 2009

Sekolah Ganti Cuti Hari raya

Dimaklumkan bahawa hari Sabtu ini 27.6.2009 adalah sekolah ganti untuk cuti hari raya nanti dan mengikut jadual hari Jumaat. Bagi sesi petang kelas akan bermula pada pukul 12.30 hingga 4.30 petang. Surat edaran akan diedarkan untuk makluman ibu bapa penjaga. So cikgu harap jangan tak datang pula. Semoga menjadi pelajar cemerlang dan gemilang yang sentiasa bersemangat apabila menerima arahan. InsyaAllah Allah menjanjikan kejayaan buat orang-orang yang ikhlas dan beriman.

Monday, June 22, 2009

Majlis Pelantikan Watikah PRS 2009






Hari ini dalam sejarah, majlis Watikah PRS SMK Kajang Utama telah berlangsung secara tertutup di Dewan SMK Kajang Utama yang hanya dihadiri Pihak pentadbir dan barisan PRS yang dilantik sahaja.Acara ini ditukar tempat kerana hujan dan perhimpunan rasmi pagi dibatalkan. Namun ini tidak mematahkan semangat 42 PRS yang akan dilantik dan secara spontan dengan kecekapan PRS SMK kajang Utama diadakan persiapan adhoc di dewan dan berlangsung dengan penuh simbolik dengan iringan lagu Mohram semasa penerimaan watikah. Tahniah dan syabas diucapkan.

Tuesday, June 16, 2009

Bengkel Digital WEB Blog & Macromedia ICT

Alhamdulillah seronoknya hari ni belajar buat Skype. Selalu guna YM jer..baru hari pertama, banyak belajar benda baru. berkampung sampai esok.Ok nak sambung belajar guna Skype.

LADAP terakhir Fasa 1

LADAP terakhir Fasa pertama akan berlangsung pada 20hb JUN 2009 Sabtu ini di KLIUC. Kali ini kita akan berkampung bersama2 dengan guru-guru SMK Jalan 4. So diharapkan pertemuan nanti akan berlaku perkongsian ilmu dan percambahan minda untuk kita sama-sama memartabatkan profesionalisme perguruan kita. Jangan lupa untuk memantau pelajar menanda ATR2 untuk Graf Diri Murid. Lepas tu cikgu rujuklah pelajar2 mana yang patut untuk kami pantau pula.

Larangan Penggunaan Handphone

Perhimpunan hari ni telah dinyatakan tentang pekeliling larangan penggunaan hp di sekolah. Di harapkan pelajar-pelajar akan mendisiplinkan diri untuk mematuhi arahan ini. X perlulah menyusahkan ibu bapa untuk mengambilnya. Cikgu yakin anda semua pelajar yang cemerlang dan pro aktif dalam bertindak. Kita ada cara jika kamu perlu bawa ke sekolah bukan dengan kamu menyorokkannya..lama-lama akan kantoi dan masa tu kamu akan buat kesalahan lain iaitu belajar menipu untuk elak daripada di denda. Mungkin juga akan bercakap kasar dan melawan guru. So elakkan daripada berlaku perkara sedemikian.

Cuti Sekolah telah berlalu

Alhamdulillah sedar x sedar cuti sekolah dah berlalu. Masa awal cuti semua berkampung di sekolah untuk kelas tambahan. Satu perngorbanan yang mesti dilakukan. Nampaknya bila nak masuk semester 2 ni semua dah berlainan mood..yang kelas exam pasti sudah mula menghitung hari untuk planning strategi belajar, atau masih ada yang tidak sedar peperiksaan besar makin hampir. Selepas ni Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Bahagian Akademik akan merancang Teknik Menjawab soalan untuk PMR, SPM dan STPM. Diharapkan pelajar2 tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertukar2 maklumat dengan penceramah yang dijemput.Ada banyak lagi program yang akan diadakan. InsyaAllah kita maklumkan dari semasa ke semasa. Bercakap tentang akademik teringat cikgu akan keputusan peperiksaan kamu semua. Pasti ramai yang dah dapat markah exam hari ni.. so camner?puas hati? sedih? apapun keputusannya ini bukan pengakhiran untuk segalanya. masih ada masa untuk kita membetulkan kesilapan. Lepas ni rujuk balik graf prestasi diri ikut subjek yang telah kamu buat sebelum ini. Ada peningkatan atau tidak. kalau tiada jangan putus asa tingkatkan usaha apa yang penting usaha kamu untuk berjaya.oklah nanti cikgu akan beri tips untuk menjadi orang yang berjaya..apapun kamu perlu memiliki Buku Catatan Nik Normadihah yang pastinya akan menyuntik semangat anda. InsyaAllah...

Thursday, March 26, 2009

Kursus Pengurusan Blog di KLIUC

Hari ni 26 Mac 2009, cikgu menghadiri kursus pengurusan blog di KLIUC. Harap-harap ilmu ni dapat digunakan untuk mengembangkan lagi blog UBK SMK Kajang Utama. Hari ni juga anak0anak didik nasyid cikgu kumpulan Narawastu akan bertanding di SAM 10. Semoga you all buat yang terbaik. Doa cikgu sentiasa untuk kalian.Sedih juga tak dapat hantar you all macam sebelum ni..apa nak buat.. x der kesempatan..menang kalah bukan ukuran kerana you all adalah wira SMKKU.....oklah dah nak mula ni....