Thursday, July 28, 2011

Salam Ramadhan....

Marilah sama-sama kita meningkatkan amalan kita di bulan yamng mulia ini..dan hijrah untuk kita mengubah diri kita..InsyaAllah.. Antara amalan yang kita boleh amalkan ialah....
  • Menjaga ibadat puasa daripada terbatal dan kurang pahalanya kerana kelalaian dalam menjaga anggota badan.
  • Memperbanyakkan membaca al-Quran dan merenungi pengajaran di sebalik pengertian ayat yang dibaca.
  • Mengurangkan tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan.
  • Beriktikaf dalam masjid terutama pada sepuluh malam terakhir Ramadan.
  • Memperbanyakkan bersedekah terutama kepada fakir miskin kerana bersedekah akan menyucikan jiwa manusia dari sifat takbur dan kembali menyemai sensitiviti sesama umat Islam.
  • Usah terlalu boros dengan melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan.
Rasanya dah lama tak post maklumat dan perkongsian dalam blog ni...banyak perkara dah dikongsi dalam FB...InsyaAllah bulan Ramadhan ni akan di update...Salam Ramadhan buat semua..