Saturday, July 18, 2009

Lawatan ke Jemputan Program Hari Inovasi Nuklear

Pada hari Rabu 22 Julai ini seramai 44 orang pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) Tingkatan 1 Amanah & 2 Amanah akan melawat ke Pameran Hari Inovasi Nuklear di Agensi Nuklear Malaysia Bangi Lama. Program tersebut memberi pendedahan terhadap sumbangan bioteknologi dan nuklear kepada pembangunan negara. Harapan cikgu nanti akan lahirlah minat pelajar-pelajar yang hadir untuk menerokai dunia penyelidikan ini. Mungkin akan membuka minda anda untuk meneroka kerjaya baru yang selama ini tdak diketahui. Selamat melawat.

Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform

Pada hari Isnin 20-21 Julai 2009 ini, seramai 130 orang pelajar SMK Kajang Utama akan berkampung di Teratak Hijaz Putrajaya untuk mengikuti perkhemahan integrasi unit beruniform. Nampaknya program kali ini lebih survival sebab kena pergi Explorace satu Alamanda sebagai tugasan. Rasakanlah cabaran bila berhadapan dengan masyarakat nanti..satu Putrajaya kena ronda untuk siapkan tugasan. Bila dah nama Explorace Fear Factor ni..entah apa bendalah nanti yang mereka kena makan. Kita tunggu dan lihat jelah..apapun jadikan ini semua sebagai medan untuk mentarbiyah diri agar menjadi pemimpin yang berguna kepada masyarakat, agama dan negara.Selamat semuanya...Cikgu tidak dapat bersama-sama kamu semua kerana mengikuti Kursus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Pulau Pangkor selama 4 hari bermula 20-24 Julai 2009.

Friday, July 10, 2009

Perginya Permata SMK Kajang Utama



Sedar tak sedar minggu ini Pn.Rafidah akan meninggalkan SMK Kajang Utama kerana bertukar ke Bahagian Pendidikan Guru. Pastinya warga SMK Kajang Utama akan merindui Pn. Rafidah seorang Kaunselor yang berwibawa permata yang sukar dicari ganti. Beliau adalah ibu, kakak, teman dan konsultan kepada semua warga SMK Kajang Utama. Sukar untuk mencari pengganti Pn. Rafidah yang begitu merendah diri dan sentiasa tenang bila berhadapan dengan suasana tegang...banyak perkara yang saya pelajari dari beliua namun rasanya belum puas menimba ilmu beliau pergi meninggalkan kita semua. Apapun pengganti beliau pastinya bukan calang-calang orang dan kami warga SMK Kajang UTama menantikan kehadirannya. Terima Kasih yang tidak terhingga dari Pn. Rafidah kerana telah memberi sumbangan besar kepada kemajuan sekolah.

Wednesday, July 8, 2009

Jualan Bundle PRS Hari Terbuka SMK Kajang Utama



Pada hari terbuka Sabtu ini 11.7.2009, PRS SMK Kajang Utama akan mengadakan jualan Bundle hasil sumbangan guru-guru dan para pelajar SMK Kajang Utama untuk kutipan tabung Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Kelab PRS SMK Kajang Utama. Hasil jualan itu sebahagian akan disumbangkan kepada unit untuk Projek Bilik Bimbingan dan Kaunseling. Sebahagian lagi untuk aktiviti kelab PRS. Marilah kita beramai-ramai membeli smbil menderma. Pelbagai barang boleh didapati dengan harga serendah RM 10.00 ke bawah. Antara barang yang dijual ialah Koleksi Majalah lawak (Apo dan Ujang)- RM0.50, Majalah Remaja (RM 1.00), pakaian lelaki, perempuan, kanak-kanak berjenama, tidak berjenama, serta tudung boleh di dapati di sini. Keikhlasan membeli sambil menderma itu yang penting. Siapa cepat dia dapat.

Hari Terbuka SMK Kajang Utama

Hari Terbuka SMK Kajang Utama iaitu Perjumpaan Ibu Bapa/Penjaga untuk mengambil kad kemajuan pelajar akad diadakan pada:

Hari: Sabtu
Tarikh: 11 JULAI 2009
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Tempat perjumpaan: seperti lampiran surat siaran

Semoga pertemuan ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna buat ibu bapa dan guru yang ingin melihat anak bangsa berjaya...Buat ibu bapa beri ransangan yang lebih supaya anak tidak terlalu stress...dan buat para pelajar jangan mengambil kesempatan atas kesibukan ibu bapa untuk tidak fokus pada pelajaran..Ilmu perlu dicari itu yang penting..peperiksaan hanya ukuran dunia sahaja. apa yang penting ilmu yang dipelajari boleh dimanfaatkan untuk kehidupan mendatang.

Kaunselor anda sentiasa menunggu kehadiran anda di bilik kaunseling...