Tuesday, January 1, 2013

Transformasi Tahun 2013


Alhamdulillah salah satu azam tahun lepas yang cikgu Linda, Cikgu Zu dan Cikgu Shikin ialah untuk mendaftarkan diri sebagai Kaunselor Berdaftar. Akhirnya pada 13-14/12/2012 segalanya terlerai sudah apabila ketiga2 kami telah berjaya dalam temuduga itu.......ini gambar kenangan dgn Pendaftar Lembaga Kaunselor dan Setiuasaha Persatuan Kaunselor Profesional Berdaftar....Syukur padamu Ya Allah kau berikan kami kekuatan untuk mengambil peluang ini. Terima Kasih kepada En. Suratno Parmin PKHEM yang banyak memberikan input dan menyedarkan kami tentang kepentingan untuk berdaftar.

SELAMAT DATANG 2013


Hmmmm...kejapnya dah masuk tahun baru ya.....Apalah agaknya azam anak2 cikgu ekkk....yang tahun lepas punya dah tercapai ke.....yang penting anak2 jangan cepat putus asa ok....kehidupan mesti diteruskan....hidup suatu perjalanan....perjalanan yang jauh bermula dari langkah yang pertama.....so kita dah boleh ambil langkah baru untuk tahun baru pada kali ini.....kepada calon2 PMR syabas kerana anak2 dah berjaya melepasi satu ujian getir....dan jangan pandang belakang lagi..terus maju ke hadapan ok... 


tak sabar nak jumpa you all semua..oklah disebabkan sesi persekolahan ada sedikit perubahan, murid form akan berada di sesi pagi...so cikgu pun akan berada di dua sesi...waktu bertugas cikgu 9.30 pagi hingga 4.30 petang....so anak2 yang nak jumpa cikgu ingat waktu2 ni ya...

Apa azam tahun baru Unit Bimbingan Kaunseling.....hmmm
1) Pastinya nak mantapkan pengurusan B&K
2) Menambah jumlah klien untuk tahun 2013
3) Merekayasa PRS SMKKU biar ada yg boleh capai status Sulong dan Bestari...yang penting semua kena Bongsu dulu...
4) Memperkemas sistem pengurusan PPDa.

Ok cukuplah sampai sini je.....apa yang penting sokongan anak2 untuk Unit B&K amat cikgu hargai....bilik kaunseling dah ada TV dan DVD Player.....nanti masa rehat kita akan buat tayangan video2 motivasi...lagu2 motivasi....jom lepak UBK tau...

PEMBELIAN ID UPU 2013






SILA AMBIL PERHATIAN :

Anak2 lepasan SPM,Asasi, Matrikulasi,STPM,STAM,Diploma atau setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran bagi Sesi Akademik 2013/2014 di
-  institusi pendidikan awam antaranya

# Ipta (Asasi & Diploma & Ijazah)
# Politeknik (Sijil & Diploma)
# ILKA (ni sijil kemahiran yg dibuat di IKM, IKBN

boleh membuat permohonan yang akan dibuka pada bulan Januari 2013.

Maklumat semasa dan terkini mengenai permohonan ini sila layari laman web rasmi kemasukan IPTA di url 

www.upu.mohe.gov.my



Cara Beli Nombor Unik ID
1. Datang sendiri ke kaunter BSN
2. Harga untuk nombor unik ID tersebut adalah RM 10.60
3. Pastikan anak beli untuk permohonan lepasan SPM atau STPM
4. Kalau tak tahu nak isi datang sekolah bawa laptop dan broadband sendiri cikgu akan bantu.....

Cikgu tunggu anak2 semua ya....kejayaan anda kebanggaan kami.....