Saturday, March 27, 2010

Mesyuarat Agung PIBG & Hari Anugerah Cemerlang 2010

Majlis ini akan berlansung pada 27 Mac 2010 bertempat di Dewan SMK Kajang Utama. Majlis akan dimulai dengan mesyuarat PIBG jam 8.30 pagi dan berhenti rehat pada jam 10.00 sebelum acara diteruskan lagi pada jam 10.30 untuk Majlis Anugerah Cemerlang. Pastinya anugerah kali ini merupakan sesuatu kenangan yang manis untuk semua murid kerana menerima hadiah dan penghargaan atas kejayaan akademik yang dicapai. Tahun ini penerima anugerah cemerlang PMR juga agak ramai lebih kurang 27 orang yang mendapat 6A hingga 8A. STPM juga keputusan 100% adalah sesuatu yang membanggakan. Tahniah dan syabas buat semua.

Wednesday, March 10, 2010

UJIAN BULANAN

Sekarang sibuk musim ujian. Murid pagi baru habis ujian. Murid petang baru nak mula ujian dan sedang berlansung sekarang. Jadikan keputusan ujian anda sebagai pemangkin untuk meningkatkan prestasi diri. Jangan diukur kecemerlangan ujian dengan nilai gred A,B,C,D yang anda dapat. Tapi nilai dengan peningkatan markah dari keputusan yang diperolehi. Misalnya kalau dulu marlah BM ialah 45 dan sekarang meningkat kepada 52. Walaupun tidak membanggakan dari segi gred tapi berilah penghargaan untuk diri sendiri dengan peningkatan markah diperolehi. Di sinilah perlu dilihat graf prestasi diri murid-murid yang telah anda buat. So, harapan cikgu jangan putus asa. Kami di unit kaunseling sentiasa menanti kehadiran anda.

Tuesday, March 9, 2010

Kursus Kepemimpinan Bestari Peringkat Kebangsaan






Alhamdulillah..kita telah selamat menghadiri Kursus Kepemimpinan Bestari Peringkat Kebangsaan di Port Dickson minggu lepas. Cikgu percaya semua peserta dapat merasai keseronokan dan kepenatan sepanjang melakukan aktiviti. Apapun cikgu puji sikap pemimpin yang kamu semua tunjukkan. Semangat kerjasama penting dalam sesebuah pasukan dan ini perlu diterap dalam organisasi masing-masing. Cikgu bangga kerana kamu juga tidak cepat putus asa untuk bersaing dengan murid- murid dr SMART Kuantan walaupun mereka dari sekolah Kluster...kenangan terindah...Tahniah..jgn sedih ya walaupun tak dapat buat flying fox dan kembara halangan. Kita merancang tetapi keselamatan kamun semua lebih penting. Terima Kasih kepada En.Isma Saring dari Fais Excellence kerana telah berusaha dan merancang program ini sehingga berjaya. Lepas ni jangan lupa masukkan markah koko bila hujung tahun. Ini sijil peringkat Kebangsaan....Lepas ni Program KRK akan menyusul pula, Program Kecemerlangan Akademik di UPM untuk murid PMR dan SPM. So tunggu ya...

Tuesday, March 2, 2010

Kursus Kepemimpinan Bestari Peringkat Kebangsaan




Kursus Kepemimpinan Bestari Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 6 hingga 7 Mac 2010 di Akademi Pembangunan Belia Pasir Panjang Port Dickson. Kursus pada kali ini melibatkan 160 orang pelajar terdiri dari pengawas sekolah, PRS, PSS, Majlis Perwakilan Pelajar Tg 6, Pengerusi & JK Kelab Persatuan.

Salam Untuk semua

Rasanya dah lama tak update blog ni..maklumlah Tahun ni jadi susah sket nak update maklumat sebab internet di bilik kaunseling rosak sambungannya..so bila dah balik rumah asyik layan FB jer..nampaknya majoriti warga SMKKU dah ada FB sendiri..cuma harapan cikgu gunakan kemudahan yang ada untuk tujuan kebaikan bukan disalahgunakan. Tahun ni bilik kaunseling dah ada 2 org kaunselor baru Pn Zuriyati dan Pn. Norashikin.So gunakan perkhidmatan yang ada ini untuk kemajuan diri. Pelajar Form 6 semakin ramai datang mencari maklumat untuk kerjaya masa depan...tahniah cikgu ucapkan.