Sunday, September 28, 2014

Kemenjadian Murid: Membina Menara Impian


Alhamdulillah slot Membina Menara Impian telah dijalankan untuk slot relief cikgu baru2 ni khas untuk murid Tingkatan 1. Mula2 masa diberi arahan kena buat menara menggunkan bahan straw dan salotape semua macam terkejut...semua xde idea..bila dimudahkan lagi sebab semua blur sangat..buat binaan yang boleh menampung botol air yang berisi air baru semua nampak celik sket.  


Macam2 idea timbul nak buat binaan macam mana ya? kumpulan murid lelaki nampak lebih cepat dalam memberikan idea awal...murid lelaki kebanyakannya...orang yang realistik mmg suka aktiviti binaan ni sebab berekspresi dgn alat..yang perempuan nampak macam kehilangan idea...

Kat sini muncullah karektor yang tersembunyi dalam diri anak2 cikgu...ada yang sangat berminat, pandai lead kumpulan, berkerjasama, kreatif, saling percaya mempercayai ahli kumpulan. Namun ada juga yang pasif  tidak memberi sumbangan, mengambil kesempatan, asyik kondem hasil kerja kawan, buat kacau dan nampak bosan. Ini semua bergantung personaliti masing2kan. Orang introvet memang tersiksa kalau berada dalam aktiviti berkumpulan. Tapi apa kita nak buat mmg di sekolah satu sebab kita ingin mengajar murid kemahiran bersosial. Buat aktiviti secara berkumpulan dan bersosial secara positif dengan aktiviti berfaedah. 



Apa yang membanggakan hasil kerja anak2 sangat membanggakan di sini dapat dilihat hasil kerjasama dan mempercayai rakan kumpulan, kelas depan atau kelas belakang bukan lagi ukuran. Dan terbukti murid kelas 1 Azam telah menjadi johan mengalahkan kelas yang lebih depan daripada mereka. Inilah kemenjadian yang kementerian harapkan. Hasrat kementerian untuk membongkar potensi diri murid bukan sahaja dalam akademik tetapi secara lbh holistik adalah satu usaha murni yang perlu diteruskan. Tahniah dan syabas kepada kumpulan yang menjadi juara. Lepas ni  tuntut hadiah dengan cikgu ya...love you all.

Friday, September 26, 2014

Panduan Penggunaan Sepkm

Ehem..ehem...sakit tekak cikgu linda dua tiga hari ni sbb batuk yg agak teruk..Alhamdulillah minum.madu dengan lemon kurang sket perit...semalam berpuasa mmg terasa kering tekak. Tapi cikgu tetap seronok sebab anak2 tg 1 cgu bersemangat nak tahu tafsiran berkaitan itp dan imk masing-masing. Oklah klu nak tgk sendiri markah anak2 cikgu berikan panduan di bawah ini ya..lps ni boleh print sendiri dan boleh dtg jumpa cikgu pada bila2 masa. ok mari kita lihat satu persatu

Ok sistem ini digunakan untuk anak2 yang mengambil PT3 sahaja maknanya data kita key in untuk murid form 1,2,3 tahun 2014. Tingkatan 4&5 tidak termasuk dalam sistem ini. Memang nama murid ada namun ujian ini hanya untuk murid yang menggunakan pentaksiran berasaskan sekolah

Ok bila kita pergi google searc sila taip SEPKM...akan keluar seperti di bawah..klik Aplikasi Sistem Profil Kerjaya Murid (EPKM).


Seterusnya bila dah klik, akan keluar paparan seperti di bawah. Klik ikon murid untuk langkah yang seterusnya...

Ok, cuba tengok paparan di bawah ini....apa lagi masukkan no kad pengenalan aka IC anak2..teringat masa cikgu buat dgn sebahagian rakan2 kamu...semua suspen je...macam nak dapat result je....hikhik..x perlu risau..


Jeng...jeng...jeng....ok nanti akan keluar paparan markah yang kamu dah buat dan cikgu dah key ini...kamu boleh lihat penerangan untuk Kod Holland kamu dan dipaparkan juga markah personaliti kamu... ok yang tu mmg kena jumpa cikgu secara personal...seronok tau dapat kenal diri sendiri....


walaupun ada yang bila cikgu dah nilai ada yang nampak kurang tepat...banyak faktor yang mempengaruhi dapatan. Antaranya semasa menjawab tidak fokus dan menjawab secara sambil lewa, tidak faham soalan yang diberikan, salah tanda dan lain2 faktor termasuk sikap diri yang terlalu yakin yang kita boleh lihat dari dapatan ketelusan.

Yang penting bila kita dah tahu gambaran diri serba sedikit, apa kelebihan kelemahan kekuatan dan peluang yang kita ada untuk membongkar potensi diri masing-masing. Jangan terlalu fokus pada kekurangan diri sebaliknya cari jalan untuk memperbaiki kekurangan itu. Ok anak2 selamat muncuba dan boleh tengok keputusan anak2.

Ibu bapa yang ingin mengetahui tafsiran untuk keputusan ini juga boleh mendapatkan maklumat daripada guru bimbingan kaunseling di sekolah ini. Moga dapatan yang diperolehi membawa manfaat untuk kita bersama. Dapatan ini hanya sebagai panduan dan gambaran awal sahaja. Ibu bapa juga tidak perlu terlalu risau dengan penerangan yang diberikan kerana ini satu cara untuk kita mengenal anak2 kita.

Mood : Gembira dan lucu kerana selepas bagi penerangan kepada murid, ada yang kata macam jumpa doktor. Doktor bagi ubat penyembuh jiwa ya...suka lihat anak2 belajar nak kenal diri...dan cikgu juga masih belajar.

Monday, September 22, 2014

PROGRAM MURIDKU BUAH HATIKU SMK KAJANG UTAMA



Program berbentuk gamification tidak asing lagi pada warga SMK Kajang Utama...pada tahun ini UBK SMKKU banyak membawa pendekatan belajar dalam bermain yang dilihat dekat dihati murid. Pendekatan berbentuk pembelajaran aktif ini bersesuaian untuk mempelbagaikan pendekatan selain daripada ceramah. Banyak falsafah disebalik aktiviti ini...konsep 7S, TRUST, penghargaan, penerimaan, konsep MGOC dan beberapa konsep lagi. Alhamdulillah maklumbalas aktiviti telah meningkatkan kesedaran murid untuk lebih bersemangat hadir ke sekolah..

PROGRAM JARINGAN : PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK BERRSAMA MURID TG 5 SMK BANDAR DAMAI PERDANA

ALHAMDULILLAH TAHUN NI CIKGU MELUASKAN SAYAP BERKONGSI ILMU YANG SEDIKIT UNTUK MENERIMA JEMPUTAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK DI SMK BANDAR DAMAI PERDANA. HAKIKATNYA BUKAN UNTUK BERUBAH KERANA BANYAK HALANGAN YANG AKAN KITA TEMPUHI..NAMUN UNTUK BERJAYA KITA KENA BERANI MENCUBA...BIAR GAGAL TAPI KITA TAKKAN PUTUS ASA...APA YANG MENJADI HALANGAN IALAH KITA MENYERAH KALAH SEBELUM BERJUANG...MUSUH UTAMA DALAM DIRI SEMUA ORANG...JADI ANAK2 JANGAN KITA MENYERAH KALAH JIKA KITA BELUM BERUSAHA 100%...DALAM ISLAM BUKAN KEJAYAAN SEMATA-MATA YANG KITA CARI TETAPI YANG PENTING SETIAP USAHA KITA UNTUK PERKARA YANG BAIK  TETAP DINILAI GANJARANNYA DISISI ALLAH...MOGA ANAK2 SMKKU JUGA TIDAK BERPUTUS ASA YA..

INI CIKGU SHARE PIC SEPANJANG PERKONGSIAN CIKGU BERSAMA RAKAN2 KAMU SI SMKBDP...




Sunday, September 21, 2014

Program Jaringan : PPSDM bersama PPD Hulu Langat

Alhamdulillah pada tahun ini, pada tahun ini SMK Kajang Utama terpilih untuk program kolaborasi bersama beberapa program PPSDM dalam daerah Hulu Langat. Barisan GBKSM turut menjadi jurulatih dalam menjayakan program pada kali ini...pendekatan ELAS semestinya jadi sandaran....,gamification yang mempunyai makna amat besar....



Program Jalinan : Ceramah Pergigian Bersama Kementerian Kesihatan


Program Jalinan : Eksplorasi Kerjaya bersama UNIKL Mestech Kajang.














Program Jalinan : Mahasiswa UKM bersama murid Tg 4










Program Jalinan : Program Akses Hati bersama NGO MAC


Mengimbas kembali program jalinan bersama NGO MAC untuk Program Akses Hati murid tg 1...aktiviti kolam hati banyak memberi peluang murid untuk muhasabah diri...terima kasih kepada semua barisan fasi yang terlibat.

Friday, April 18, 2014

TOT ELAS PRS

 Pertama kali anak2 PRS cikgu beraktiviti bersama Cgu Jinggo...semua berdebar jekan....ada yang macam separuh hati je...masa ni lom ramai lagi hadir sebab masing2 balik rumah tukar baju selepas pertandingan Kawad Kaki. Syabas ya kepada PRS yang unit uniformnya menang...tu baru permulaan ingatkan ceramah ekkk....rupa2nya ada macam2 aktiviti..

 Sangitha kena denda chicicha....malu tapi tetap sporting buat juga

 Aktiviti mencari tandatangan rakan

 Aktiviti Fokus : Cing Cipirit Tulang Bajiang Kacapit

 Karipa oh karipap...

Ini tandatanganku.....semangat tu gunakan je sumber yang ada..


 Nomborku Nombor mu jua....wah bersama cgu jinggo ya..

 Taliku Talimu Jua...

 Sesi Penghargaan yang mencetuskan suasana yang sangat mengharukan perasaan sehingga banyak air mata yang gugur tanpa di minta

 Kumpulan yang berjaya dengaan jumlah nombornya

 Berbelon Pelangi ...Tang..tang..tang...

 Syabas buat semua PRS....love u all....

Moga TOT kali ini akan jadi titik tolak untuk kita perbaiki kelebihan dan kelemahan yang kita ada. Hidup PRS SMK Kajang Utama

PRS ... BANTU DIRI BANTU RAKAN LAIN...