Sunday, September 28, 2014

Kemenjadian Murid: Membina Menara Impian


Alhamdulillah slot Membina Menara Impian telah dijalankan untuk slot relief cikgu baru2 ni khas untuk murid Tingkatan 1. Mula2 masa diberi arahan kena buat menara menggunkan bahan straw dan salotape semua macam terkejut...semua xde idea..bila dimudahkan lagi sebab semua blur sangat..buat binaan yang boleh menampung botol air yang berisi air baru semua nampak celik sket.  


Macam2 idea timbul nak buat binaan macam mana ya? kumpulan murid lelaki nampak lebih cepat dalam memberikan idea awal...murid lelaki kebanyakannya...orang yang realistik mmg suka aktiviti binaan ni sebab berekspresi dgn alat..yang perempuan nampak macam kehilangan idea...

Kat sini muncullah karektor yang tersembunyi dalam diri anak2 cikgu...ada yang sangat berminat, pandai lead kumpulan, berkerjasama, kreatif, saling percaya mempercayai ahli kumpulan. Namun ada juga yang pasif  tidak memberi sumbangan, mengambil kesempatan, asyik kondem hasil kerja kawan, buat kacau dan nampak bosan. Ini semua bergantung personaliti masing2kan. Orang introvet memang tersiksa kalau berada dalam aktiviti berkumpulan. Tapi apa kita nak buat mmg di sekolah satu sebab kita ingin mengajar murid kemahiran bersosial. Buat aktiviti secara berkumpulan dan bersosial secara positif dengan aktiviti berfaedah. 



Apa yang membanggakan hasil kerja anak2 sangat membanggakan di sini dapat dilihat hasil kerjasama dan mempercayai rakan kumpulan, kelas depan atau kelas belakang bukan lagi ukuran. Dan terbukti murid kelas 1 Azam telah menjadi johan mengalahkan kelas yang lebih depan daripada mereka. Inilah kemenjadian yang kementerian harapkan. Hasrat kementerian untuk membongkar potensi diri murid bukan sahaja dalam akademik tetapi secara lbh holistik adalah satu usaha murni yang perlu diteruskan. Tahniah dan syabas kepada kumpulan yang menjadi juara. Lepas ni  tuntut hadiah dengan cikgu ya...love you all.

No comments: