Saturday, June 30, 2012

Good Job gais! :)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :D
hehehehe hello everybody, i'm back babehhhhhh. Lol, tak kenal ke siapa yang update post ni? Amboi, takkan dah lama saya tak buat post, terus lupa saya? :( hm sampai hati. Saya merajuk 1 minit...... Ok dah habis merajuk. Firstly, saya nak minta maaf dekat para readers yang setia dengan blog ubk ni sebab saya dah lama sangat tak menge-post. saya minta maaf sangat sangat sebab lately busy dengan aktiviti sekolah almaklumlah saya kan PMR Victim 2012 yaww :D

hehehe oh yaaaa, korang ape khabar? sihat? haa bagi yang bergelar pelajar mcm saya ni result apa cerita bro? Ehemmmmm, tahniah bagi sesiapa yang mendapat straight A's for mid term haritu. Yang kurang A or langsung takde A tu jangan putus asa tau! :) ada masa lagi kita nak struggle. Online online juga, tweet tweet juga, buku jangan lupa. Hihi itu ibu saya selalu pesan dekat saya tapi tu lah bila buka buku je mesti terbayang katil. ngeh ngeh ><''

Okay sebenarnya bukan itu topik utama kita hari ni. Hahaha, actually tadi saya ada tengok satu video yang telah dilakonkan oleh abang abang dan kakak senior saya sendiri. Hihihi first first tengok, saya tak faham jalan cerita dia. saya repeat 2 kali baru faham. well blur sikit memalam cenggini. Hihih video tentang !@#$%^&*(@#$
haaaa pasal tu la. eh tak faham apa saya cerita? Lahhhh buat habis air liur saya je. Ehehehe korang tengok lah sendiri k! and tahniah sesiapa yang terlibat dalam video ini. Moga moga video ini dapat memberi kita pengajaran atau sebagai ikhtibar. hihi thats all for today. Assalamualaikum and  bye gaissssssssssssssssssssssss :*
p/s : sorry tak update banyak , actually takde idea :)

Saturday, June 16, 2012

EURO 2012 KEMBALI


Wahhh..mesti seronok ya kepada peminat bola sepak bila teruja nak tengok bintang kesayangan beraksi dalam EURO 2012 kali ni.....sanggup semua bangun malam hingga pagi semata2 nak tengok bola punya pasal. Cikgu faham benda ni datang bukan selalu cuma...kalau nak tengok bola kena ada persiapan mental dan fizikal..janganlah lembik sangat..sampai tak boleh nak gi sekolah....saya tengok kalau gi kem ke kamu selalu gak borang sampai pagi esok ikut aktiviti ok je...cuma sorang dua je yg hanyut Subuhnya...ni ramai plak yg tak datang sekolah.....kuat semangat sket ya anak2..moga kemenangan pasukan pilihan anak2 boleh jadi inspirasi untuk kita terus berjaya....jangan gaduh2 pasal sukan sudah ya....

Friday, June 15, 2012

Jangan Ponteng Sekolah



Video sangat menyentuh perasaan cikgu..takut2 kalau ada anak2 murid cikgu yang terjadi seperti ini, mana kita nak tahukan...apapun mari kita kempen untuk Jom Ke Sekolah Jom Masuk Kelas....

Isu Pilihan Minggu Ini : Ponteng Sekolah



Hmmmm....nampaknya topik ponteng ni berjaya menarik perhatian cikgu untuk menulis pada minggu ini, bukan apa bila melihat data ponteng nampaknya peratus ponteng makin meningkat....nape ya anak2 cikgu sanggup ponteng sekolah? Berani plak tu tipu mak ayah smpi semua aktiviti berjaya ditutup hingga mak ayah terkejut bila dapat tahu daripada guru.

Ada banyak alasan dan sebab yang selalu diberikan bila dah kantoi....sakit perutlah, tak siap kerja sekolah, tak siap folio, ikut kawan, teman kawan, bosan dalam kelas, nak hisap rokok....mmg nak ponteng pun...apa2lah alasan yang boleh dijadikan mekanisme bela diri oleh anak2 ya. Rata2 bila dah ponteng yang lelaki mesti akan hisap rokok macam dah jadi irama dan lagu tak boleh dipisahkan....

Apapun ponteng bukan jalan penyelesaian yang boleh menyelesaikan semua perkara malah kalau dilihat tingkahlaku ini akan mengundang masalah2 yang lain seperti berbohong pada ibu bapa, merokok, berdating, lepak di cc, terdedah kepada perbuatan jenayah...jadi hati2 ya anak2....kalau guru tingkatan hantar surat amaran dan contact penjaga jangan pula guru itu dimarahnya.Ini semua untuk kebaikan kamu.

Cerita pasal ponteng ni mmg seronok. Maklumlah dapat bebas daripada dunia yang kamu rasa kongkong kamu...Rumah.. sekolah...semuanya menutup ruang kebebasan...tapi bila ponteng tu lepas rasanya segala perasaan ya...namun rata2 sedar seronok tu sekejap je...masa ponteng selepas kantoi....habis anganan indah dah musnah...macam2 plak masalah lain nak dihadap..mak ayah...cikgu disiplin, HEM dll.....masak juga jadinya kan bila dah kantoi ni....


Bagaimana agaknya tingkah laku ponteng ini dapat diubah....intervensi boleh dijalankan namun yang akan menentukan berjaya atau tidak sesuatu perubahan itu ialah pada diri anak2 sendiri. Apapun kami di unit kaunseling sedia membantu anak2 semua...Masih ada yang prihatin akan anak2 sekalian....Mari sama2 kita mulakan azam baru untuk menjadi murid yang lebih berdisiplin bila masuk semester baru ini....cikgu linda dan cikgu zu sentiasa ada untuk bersama kamu semua. Untuk pengetahuan cikgu shikin masih kurang sihat dan bercuti panjang untuk memulihkan masalah kesihatannya so klien2 cikgu shikin boleh jumpa cikgu atau cikgu Zu ok...

Wednesday, June 13, 2012

VIDEO & LAGU PILIHAN MINGGU INI



HMMMM...BILA CIKGU PAPARKAN LAGU INI PADA ANAK2 SEMUA SERONOK...SIAP HAFAL LAGI..YELAH LAGU NI MUZIK DIA CATCHY SANGAT MMG MENARIK HATI KALI PERTAMA DENGAR..TAPI CER HAYATI LIRIKNYA ADA YANG TERSIRAT DAN SANGAT MERBAHAYA KALAU ANAK2 AMBIL BETUL2 INTIPATI LIRIK LAGU INI. TAK KIRALAH PENULIS LIRIK LAGU NI UNTUK DIA DAN ISTERINYA...TAPI UNTUK ANAK2 KENA HATI2 OK....ADA MASALAH BAGITAU ORG YG TERDEKAT JANGAN DIRAHSIAKAN.....NAK LARI BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA TAU..SEKADAR DENGAR OKLAH TAPI JANGAN JADIKAN LAGU NI INSPIRASI NAK GI LEBIH JAUH OK....CIKGU SAYANG SEMUA ANAK2....JANGAN RASA TIADA ORANG YANG NAK SAYANG KAMU TAU....

LAGU PILIHAN MGKK HULU LANGAT 2012

VIDEO & LAGU PILIHAN : MGKK HULU LANGAT 2012

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU (18-22/6/2012)

18/6/2012 - PELANCARAN MINGGU KOPERASI DAN MINGGU INFORMASI KERJAYA
20/6/2012 - MINI HARI HEM/ PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM KERJAYA/ MELUKIS      POSTER
JUALAN KOPERASI SEPANJANG MINGGU

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU INI (11-17/6/2012)

12-14/6/2012 - SUKANTARA
16-17/6/2012 - PROGRAM KEM GENERASI Y

VIDEO & LAGU PILIHAN MINGGU INI : LASKAR PELANGI



ANAK2 SMKKU ADA TAK YANG TENGOK DRAMA LASKAR PELANGI YANG DITAYANGKAN DI TV AL HIJRAH SETIAP SELASA HINGGA KHAMIS JAM 8.30 HINGGA 9.30 MALAM. JOM ANAK2 KITA TENGOK DRAMA NI BEST SANGAT....ACTUALLY ADA NOVELNYANYA. FILEMNYA TAK BERAPA ADAPTASI DARI NOVEL TAPI KALAU DRAMA BANYAK YANG DIADAPTASI. JOM KITA HAYATI KISAH HIDUP PENUH INSPIRASI INI.....

Tuesday, June 12, 2012

MINI HARI HEM 2012

WAH HEBATNYA TAHUN NI KITA ADA MINI HARI HEM ....APA TU??? NANTIKAN PADA 20/6/2012 NANTI YA.....SEDAR TAK SEDAR DI SEKOLAH KITA ADA SEORANG NOVELIS TERKENAL YANG MENJADI PENDIDIK DI SINI..SAPE LAGI KALAU BUKAN CIKGU BAHASA MELAYU YANG DIMINATI RAMAI....JENG..JENG...


YA INI DIA PN. SHAMSIAH MOHD NOR....ANTARA NOVELIS TERKENAL TANAH AIR. OK JADI PADA HARI HEM NANTI KITA AKAN BERKONGSI RASA DENGAN SEORANG YANG SANGAT ISTIMEWA SEPERTI CIKGU SHAMSIAH INI. ADA BANYAK LAGI AKAN DIADAKAN PADA HARI ITU SO,....TUNGGU YA.....PAMERAN KERJAYA JUGA AKAN DIADAKAN PADA HARI ITU.....JADI JANGAN LEPASKAN PELUANG INI OK....NANTI CIKGU UPDATE LAGI YA. OK INI ANTARA BUKU2 KARYA CIKGU SHAMSIAH UNTUK TATAPAN ANAK2....MANALAH TAHU PUNYA MINAT KAT BUKU TU RUPANYA TAK TAHU PENULISNYA ADA DI SEKOLAH KITA.....



SATU NOVELNYA YANG SUDAH DITUKAR MENJADI DRAMA IALAH TANGISAN BULAN MADU.....LAKONAN RITA RUDAINI..

BANYAK NI ILMU PENULISAN YANG BOLEH KITA SEMUA KONGSI DENGAN IKON PILIHAN KITA KALI NI...MANALAH TAHU BOLEH DAPAT NOVEL MURAHKAN....OK SIMPAN DUIT TAU UNTUK BELI NOVEL CIKGU SHAMSIAH KITA....


KEM GENERASI Y 2012


BERSAMA USTAZ ZAMRI MARI MENGAJI TV9..DALAM PROGRAM KEM GENERASI Y DI SMK KAJANG UTAMA. SEMOGA PERTEMUAN BERSAMA USTAZ ZAMRI INI AKAN MENJADI TITIK TOLAK UNTUK KITA MEMANTAPKAN DIRI SEBAGAI PERSEDIAAN MENJADI HAMBA ALLAH YANG BERIMAN. SO JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI. BUAT ANAK2 KELAS RANCANGAN KHAS SELAMAT BERPROGRAM. JOM KITA BERKAMPUNG BERSAMA-SAMA BERMULA 16/6/2012 HINGGA 17/6/2012. HARAPAN CIKGU PROGRAM INI TERUTAMA SLOT BERSAMA IBU BAPA DAN ANAK2 AKAN DIMANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN OLEH SEMUA PIHAK. MESTI TOUCHINGKAN BILA ANAK DAN IBU BAPA BERADA BERSAMA2 DALAM SATU PROGRAM. MOGA SEMUANYA DIPERMUDAHKAN...

Wednesday, June 6, 2012

GMPK : Kisah Amanda.MP4-



Oklah anak2 dalam musim cuti ni macam2 kita nak buatkan.. ada yg kata boring cikgu dok rumah....apapun kita buat ingat pada tujuan asal kita nak menuntut ilmu....kalau amanda begitu gigih dan tak putus asa untuk berjaya...kenapa kita tidakkan..so harapan cikgu moga video ini mampu menaikkan semangat anak2 smkku untuk berjaya....untuk junior SMKKU yg masih di Form 1 harapan cikgu bila dah tengok kegigihan kakak Amanda kamu ni...xde alasan untuk kita juga tidak berjaya sepertinya ok..bila ckgu bercakap dengannya dia sangat matang..dari form 1 walaupun sesekali bertemu dengannya namun semangat dia x pernah luntur....Syukur dengan apa yang kita ada dan jadikan video ini untuk mencentus semangat baru untuk kita ya...