Friday, June 15, 2012

Isu Pilihan Minggu Ini : Ponteng Sekolah



Hmmmm....nampaknya topik ponteng ni berjaya menarik perhatian cikgu untuk menulis pada minggu ini, bukan apa bila melihat data ponteng nampaknya peratus ponteng makin meningkat....nape ya anak2 cikgu sanggup ponteng sekolah? Berani plak tu tipu mak ayah smpi semua aktiviti berjaya ditutup hingga mak ayah terkejut bila dapat tahu daripada guru.

Ada banyak alasan dan sebab yang selalu diberikan bila dah kantoi....sakit perutlah, tak siap kerja sekolah, tak siap folio, ikut kawan, teman kawan, bosan dalam kelas, nak hisap rokok....mmg nak ponteng pun...apa2lah alasan yang boleh dijadikan mekanisme bela diri oleh anak2 ya. Rata2 bila dah ponteng yang lelaki mesti akan hisap rokok macam dah jadi irama dan lagu tak boleh dipisahkan....

Apapun ponteng bukan jalan penyelesaian yang boleh menyelesaikan semua perkara malah kalau dilihat tingkahlaku ini akan mengundang masalah2 yang lain seperti berbohong pada ibu bapa, merokok, berdating, lepak di cc, terdedah kepada perbuatan jenayah...jadi hati2 ya anak2....kalau guru tingkatan hantar surat amaran dan contact penjaga jangan pula guru itu dimarahnya.Ini semua untuk kebaikan kamu.

Cerita pasal ponteng ni mmg seronok. Maklumlah dapat bebas daripada dunia yang kamu rasa kongkong kamu...Rumah.. sekolah...semuanya menutup ruang kebebasan...tapi bila ponteng tu lepas rasanya segala perasaan ya...namun rata2 sedar seronok tu sekejap je...masa ponteng selepas kantoi....habis anganan indah dah musnah...macam2 plak masalah lain nak dihadap..mak ayah...cikgu disiplin, HEM dll.....masak juga jadinya kan bila dah kantoi ni....


Bagaimana agaknya tingkah laku ponteng ini dapat diubah....intervensi boleh dijalankan namun yang akan menentukan berjaya atau tidak sesuatu perubahan itu ialah pada diri anak2 sendiri. Apapun kami di unit kaunseling sedia membantu anak2 semua...Masih ada yang prihatin akan anak2 sekalian....Mari sama2 kita mulakan azam baru untuk menjadi murid yang lebih berdisiplin bila masuk semester baru ini....cikgu linda dan cikgu zu sentiasa ada untuk bersama kamu semua. Untuk pengetahuan cikgu shikin masih kurang sihat dan bercuti panjang untuk memulihkan masalah kesihatannya so klien2 cikgu shikin boleh jumpa cikgu atau cikgu Zu ok...

No comments: