Wednesday, November 23, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL, SM TEKNIK & SM VOKASIONAL 2012


ANAK-ANAK TINGKATAN 3 YANG CIKGU SAYANGI, MESEJ INI SEKADAR PERINGATAN UNTUK ANAK2. MAKLUMLAH SEKARANG NI TENGAH BEREHAT SELEPAS PMR. NAMUN CIKGU NAK INGATKAN KEPADA YANG BELUM MENGAMBIL TINDAKAN LAGI TENTANG PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL, SM TEKNIK DAN SM VOKASIONAL. BIASALAH KADANG2 BILA ADA TAKLIMAT ADA YANG TAK AMBIL PERHATIAN BILA DAH NAK ISI BORANG MULA TAK FAHAM APA YANG SAYA NAK ISI NI...

YANG PENTING ANAK2 KENA ISI PERMOHONAN ONLINE TAU JANGAN TAK ISI ONLINE LEPAS TU JUST HANTAR BORANG KAT SEKOLAH TEKNIK BERDEKATAN. KALAU DAH ISI ONLINE STILL NAK HANTAR KE SEKOLAH TEKNIK PILIHAN XDE MASALAH.


Syarat-syarat Umum: 
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
  • Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik. 
Cara Memohon:
* Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysiaatau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
  • Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
  • Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.

APA BEZA KETIGA2 NI YA...OK JOM KITA SEMAK....BAIK BILA DAH DAPAT RESULT NANTI KITA KENA UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI TAU....TAK BOLEH SILAP UKURAN TU...SEBAB SETIAP TU ADA KELAYAKANNYA....TERLEBIH KELAYAKAN PUN JANGAN SUKA2 NAK PILIH KELAYAKAN UNTUK ALIRAN YANG LEBIH BAWAH.... OK KITA SEMAK SYARAT2NYA....KLIK KAT BAWAH NI..
SESIAPA YANG PENCAPAIAN BAIK NAMUN SANGAT BERMINAT ALIRAN TEKNIKAL BOLEH LANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT KIRA MACAM DIPLOMA DI KOLEJ VOKASIONAL. SISTEM PEMBELAJARAN JUGA DIKATAKAN BERLAINAN. NAMUN KALAU RASA NAK SAMBUNG BELAJAR KE LUAR NEGARA MACAM KE JEPUN DALAM ALIRAN TEKNIKAL INI, KENALAH AMBIL SPM DI SM TEKNIK. KALAU RESULT CEMERLANG BOLEH DAPAT TAJAAN JPA DLL. LEPAS DAPAT RESULT PMR NANTI BOLEH PILIH KURSUS YANG PALING SESUAI. MINTA PENDAPAT CIKGU2. OK JOM KITA BUAT HOMEWORK SKET TENTANG PEMILIHAN KURSUS NI...


CONTOHNYA KALAU DAPAT RESULT 6A2B ATAU 8B. TEMPAT YANG PATUT DIPLIH ALIRAN TEKNIKAL. JANGAN MOHON VOKASIONAL SEBAB KAMU JAUH DARI KELAYAKAN. YANG 8B TU BOLEH MOHON KOLEJ  VOKASIONAL KALAU ANDA RASA BERAT UNTUK AMBIL SUBJEK SAINS DI ALIRAN TEKNIKAL. SEBAB KOLEJ VOKASIONAL 30% TEORI DAN 70% PRAKTIKAL. OBJEKTIFNYA UNTUK BANTU LAHIRKAN SEPARA PROFESIONAL (JURUTEKNIK / PEMBANTU TEKNIK) DALAM BIDANG KEJURUTERAAN DAN BUKAN KEJURUTERAAN. BILA DAH TAMAT BOLEH LANJUT PELAJARAN KE IPTA, IPTS DAN INSTITUT KEMAHIRAN AWAM ATAU SWASTA ATAUPUN MUNGKIN MASA PRAKTIKAL DAN TERUS DISERAP KE ALAM PEKERJAAN.

 Bidang teknikal dikhususkan kepada murid yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau Tingkatan 6. 
Pakej yang ditawarkan:
  1. Kejuruteraan Mekanikal
  2. Kejuruteraan Elektrik
  3. Kejuruteraan Awam
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian
  6. Agroteknologi
 OK KALAU DAPAT RESULT CONTOH 2B6C ATAU 6C 2D...OK ALIRAN YANG SESUAI DENGAN RESULT IALAH VOKASIONAL. SEBAB KELAYAKAN BIASANYA YANG DAPAT MINIMUM C UNTUK SEMUA MATA PELAJARAN. JANGAN PLAK CUBA PILIH ALIRAN KEMAHIRAN. ATAU MOHON ALIRAN TEKNIKAL TAU. INI SEDIKIT PENERANGAN TENTANG ALIRAN VOKASIONAL.
Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan).  Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
 Pakej yang ditawarkan: 
  1. Automotif
  2. Penyejukanbekuan & Penyamanan Udara
  3. Amalan Bengkel Mesin
  4. Kimpalan
  5. Elektrik & Elektronik
  6. Binaan Bangunan
  7. Pengurusan Teknologi Pejabat
  8. Pengurusan Perniagaan
  9. Fesyen
  10. Katering
  11. Seni Kecantikan
  12. Perkhidmatan & Perkembangan Kanak-Kanak
  13. Bakeri
  14. Pelancongan
  15. Hortikultur Hiasan & Landskap
  16. Teknologi Tanaman
  17. Agroindustri Tanaman
  18. Agroindustri Ternakan
  19. Pengaturcaraan Komputer
 OK KALAU DAPAT RESULT 8E ATAU 6E 2 D..BOLEH KE SAYA NAK MASUK SEKOLAH VOKA CIKGU...JAWABNYA BOLEH TAPI ALIRAN KEMAHIRAN.  APA DIA ALIRAN KEMAHIRAN TU...SAYA PERLU AMBIL SPM KE...PERLU TAPI TAK BANYAK SUBJEK YANG KENA AMBIL PUN SEBAB FOKUS LEBIH PADA NAK BERI KAMU KEMAHIRAN.
Bidang kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Program yang ditawarkan:
  1. Pemesin Am
  2. Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)
  3. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  4. Juruteknik Automotif
  5. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara  (Domestik)
  6. Furniture Maker
  7. Jurubina Bangunan
  8. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  9. Jurukerja Paip
  10. Pelukis Muda Pelan Senibina Bangunan
  11. Timber Processing and Finishing
  12. Juruteknik Elektrik Rendah
  13. Juruteknik Rendah Elektronik Industri - Peralatan
  14. Pembantu Penyedia Makanan
  15. Pembuat Pakaian Wanita
  16. Pendandan Rambut Muda
  17. Jurukecantikan
  18. Juruteknik Rendah Akuakultur
  19. Pekerja Ladang Pertanian
  20. Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan
OK UNTUK MAKLUMAN, SETIAP NEGERI HANYA ADA SATU SAHAJA KOLEJ VOKASIONAL KALAU DI SELANGOR NI SM VOKASIONAL SHAH ALAM AKAN JADI KOLEJ VOKASIONAL. DAN SEKOLAH TEKNIK JUGA BEGITU SEMUA AKAN TERPISAH MACAM MULA2 PENUBUHAN MAKNANYA KITA AKAN ADA SM TEKNIK DAN SM VOKASIONAL. TAPI ADA JUGA BEBERAPA SEKOLAH YANG ADA ALIRAN TEKNIK/VOKASIONAL/KEMAHIRAN. JADI TENGOK BETUL2 YA. KALAU UNTUK SELANGOR TEKNIK KAJANG, TEKNIK KLANG DAN TEKNIK SG BULOH YANG AKAN ADA ALIRAN VOKASIONAL DAN KEMAHIRAN. TEKNIK KUALA SELANGOR, GOMBAK DAN SEPANG AKAN ADA ALIRAN TEKNIKAL. NEGERI2 LAIN TENGOK LINK YANG CIKGU BAGI TU YA. 

12 comments:

nabilameera said...

nak tanya sikit.. Kalau nak mohon skrg boleh lg tak? sbb dkt kpm dh tutup lah..

Karen Lee said...

Minta tanya cikgu, rakyat Malaysia bukan bumiputera dapat masuk ke sekolah reknik /sekolah vokasional tak? Bagaimana pula kepada mereka yang kini belajar di sekolah swasta, dapat masuk juga? Terimakasih

Anonymous said...

minta maaf cikgu,, boleh ker kalau periksa percubaan dah mohon?? terima kasih

Anonymous said...

Nak tanya ni . Kalau cita cita nak jadi pemain bola sepak . Kena ambik bidang apa ?

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu saya nak tanya..anak saya dapat ILP...lepas tamat di ILP sia bole sambung ke mana ye? Betul ke sijil ILP tak laku?

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu saya nak tanya..anak saya dapat ILP...lepas tamat di ILP sia bole sambung ke mana ye? Betul ke sijil ILP tak laku?

Anonymous said...

Asslmkm..nk tnya klau minat pada permainan muzik..sperti Piano..nk kne ambil bidang apa? klau xde kursus muzik?

Anonymous said...

Assalam..nk tnya,klau math dpt F dan sains dpt E boleh mohon kolj vok tak? Sya nk mntak bakeri & pastry..

Unknown said...

Assalamualaikum. Anak saya minat bidang muzik. Jadi ada tak bidang muzik?

TgNorasiah2811 said...

assalamualaikum,nak tanya klau ikutkan bidang mana yang boleh smpai ke luar negara?

TgNorasiah2811 said...

assalamualaikum,nak tanya klau ikutkan bidang mana yang boleh smpai ke luar negara?

TgNorasiah2811 said...

assalamualaikum,nak tanya klau ikutkan bidang mana yang boleh smpai ke luar negara?