Saturday, November 12, 2011

SPM : FAILURE VS SUCCESS



CUBA TENGOK GAMBAR DI ATAS ANAK2...ADAKAH INI YANG ANDA BAYANGKAN BILA MENGENANG SPM & STPM YANG MAKIN HAMPIR? TINGGAL BEBERAPA HARI SAJE LAGI NAK HITUNG DETIK2 YANG MENCEMASKAN ATAU MENENANGKAN....SYABAS KALAU ANDA BERADA DALAM KELOMPOK INI...INI BERMAKNA ANAK2 DAH BERSEDIA UNTUK BERTEMU KEKASIH HATI ANAK2 IAITU SEMUA SUBJEK YANG ANAK2 AKAN AMBIL...SELAMAT BERTEMU KEKASIH HATI....


ATAUPUN INI YANG KAMU RASA SEPERTI GAMBAR DI ATAS. TAKUT NAK JUMPA KEKASIH HATI...TAK BERSEDIA NAK JAWAB SOALAN2 DARI KEKASIH HATI...SEBAB TAK CUKUP KENAL KEKASIH HATI...MASA TERLALU CEMBURU DENGAN KITA KEJAP JE SEHARI BERLALU.....ARGHHH TIDAK !!! CIKGU BANYAKNYA AKU TAK STUDY LAGI....APA AKU NAK BUAT NI...KESALNYA NAPE DARI DULU AKU TAK BOLEH FOKUS MACAM HARI NI....

MULALAH KELUAR TANDA2 KERISAUAN....KALAU IKUT SIGMUND FREUD SEORANG PAKAR PSIKONALATIK RISAU NI BERPUNCA KERANA RASA KETAKUTAN DIHUKUM


APA YANG ANAK2 TAKUTKAN...TAKUT DAPAT BALASAN MENJADI ORANG YANG GAGAL SEBAB KURANG USAHA ATAU SEBAB2 LAIN. KERISAUAN INI YANG KERAP MENGHUKUM ANAK2 SEMUA. TERLALU MEMIKIRKAN SANGAT PERKARA2 YANG TAK PATUT DIFIKIRKAN HINGGA HILANG FOKUS UNTUK BELAJAR DI SAAT AKHIR. 

INGAT TAK PESAN MOTIVATOR PADA MALAM SOLAT HAJAT SEBELUM INI, INGAT ANAK2 BUKAN KEJAYAAN MENDAPAT 10 A YANG TERLALU KITA AMBIL PERHATIAN TAP YANG PENTING SETIAP USAHA KITA UNTUK MEMBURU KEJAYAAN. SETIAP USAHA KITA ITU ALLAH AKAN BERI GANJARAN. SAMA ADA KITA LULUS CEMERLANG ATAU LULUS BIASA ATAU BENAR2 GAGAL ITU BUKAN PENGAKHIRAN HIDUP KITA. ISTILAH GAGAL TELAH MENJERAT HIDUP KITA SENDIRI.


CUBA TENGOK RAJAH INI.....SATU JALAN MENUJU KEJAYAAN DAN SATU LAGI JALAN KEGAGALAN. DI MANA KITA PERLU BERADA...SIAPA YANG NAK MENENTUKAN ARAH KITA....DIRI KITA SENDIRI ANAK2.. CARA KITA BERFIKIR MAMPU MENGUBAH JALAN HIDUP KITA....BE POSITIF (BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH) BAHAWA SETIAP USAHA YANG KITA LAKUKAN DENGAN PENUH KEIKHLASAN AKAN ADA GANJARANNYA. INGAT ANAK2 AMALAN YANG KITA BUAT WALAUPUN SEDIKIT JIKA DIKURNIAKAN KEBERKATAN INSYAALLAH ADA FAEDAHNYA DAN ADA BALASAN BAIKNYA. SO JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA...


KALAU MASA NI PERLU KITA MENGUBAH CARA HIDUP KITA ATAU AMALAN KITA UBAHLAH.....BILA TAKUT DEKATKAN DIRI DENGAN PENCIPTA MOHON PENGAMPUNAN PADANYA AGAR HATI KITA JUGA TENTERAM TIDAK TERLALU BERDEBAR2..


LUAHKAN PERASAAN TAKUT PADA SESEORANG YANG ANAK2 RASA BOLEH KONGSIKAN PERASAAN TAKUT ANAK2 ITU....TAK KIRA SIAPA SAHAJA SAMA ADA KAUNSELOR, RAKAN2, GURU2, IBU BAPA, ATAU ADIK BERADIK. INI ANTARA KAEDAH PALING BERKESAN UNTUK MENGURANGKAN RASA TAKUT ITU. NAMUN KALAU KITA BERCERITA BERSAMA RAKAN2 MUNGKIN ADA YANG TIDAK MEMBERI SOKONGAN KEPADA KITA...JALAN YANG PALING SELAMAT BERKONGSI BERSAMA KAUNSELOR SEKOLAH KERANA GURU2 INI TELAH DILATIH UNTUK MENDENGAR PERASAAN ANAK2...JANGAN TAKUT UNTUK BERKONGSI RASA.



INGAT ANAK2 MARI KITA UBAH CARA BERFIKIR KITA.....YAKIN PADA DIRI SENDIRI UNTUK BERJAYA INSYAALLAH KEJAYAAN ITU AKAN JADI MILIK KITA WALAUPUN BUKAN UNTUK PEPERIKSAAN SPM..MUNGKIN MASA KITA DAH BEKERJA NANTI, ATAU BILA SUDAH BERKELUARGA. JANGAN SEMPITKAN JALAN HIDUP KITA AKAN BERAKHIR KALAU KITA GAGAL SPM ATAU STPM. KITA BUKAN GAGAL TETAPI TELAH MELAKUKAN KESILAPAN...SO BETULKAN KESILAPAN YANG KITA ALAMI UNTUK TERUS BERJAYA....



MARILAH KITA JADI ORANG2 YANG LUAR BIASA......MOGA KEJAYAAN AKAN MENGIRINGI KITA SUATU HARI NANTI.....SELAMAT MAJU JAYA UNTUK SEMUA CALON2 PEPERIKSAAN SPM & STPM 2011

No comments: