Monday, January 31, 2011

Bawang..oh..Bawang...


Bawang merah....bawang putih...bawang besar..krisis bawang. Pegilah mana2 kedai sekarang ni bukan main payah cikgu tengok nak dapat bawang yang elok dan segar. Bawang besar punyalah besar..betul2 besar...bawang kecil pulak sangat2 kecil dan dan busuk pun..tadi mak suruh beli bawang kecil @ bawang merah kat pasar malam telok mas, tapi memang tak nampak langsung batang hidung si bawang kecil..yang ada si bawang besar yang terlebih besar aje...nampaknya sekarang ni masaklah guna bawang besar. Nasib baiklah minggu lepas dah beli bawang kecil kat pasar malam jaln reko di kajang..so kat rumah sendiri xdelah masalah ni timbul..itulah nikmat masakan kalau ada bawang..kalau tak letak apa rasanya..suami plak jenis tak suka bawang....ada dia kisah letak atau tidak..tapi sebab dimasukkan bawanglah makanan jadi enak dan manis. Begitulah keadaannya bila berlaku krisis sebegini..jangan harga makanan terpaksan naik plak..apa taknya bawang seguni yang dulu berharga RM22 boleh meningkat RM55. kenaikan begitu mendadak sekali..apapun moga krisis ini akan cepat pulih...susah juga bila kita banyak bergantung import dari India dan bila di sana ada masalah penanaman tempiasnya kita turut terasa..Di India isu makanan ini dah jadi agenda politik pulak...rakyat boleh jadi merusuh jika krisis ini berpanjangan..Di Malaysia harap janganlah begitu...

Sunday, January 30, 2011

MALAYSIA VS INDONESIA (COMPLETE Goal Highlights: Final 1st & 2nd Legs) -...



Anak saya hasan semangat btol tengok video ni..itulah tiada yang mustahil...usaha berganda kejayaan pasti menjelma..............

masa senang sebelum sibuk

assalamualaikum semua. dah lama cikgu tak tgk blog ni. Macam tu lah bila dah sekolah pagi. Cepat betul masa berlalu. Dari pukul 7.30pagi sampai 1.10 petang sekejap aje cikgu rasakan. Buka komputer lepas tu ada tetamu, ada pelajar, jumpa pengetua, makan jap tetiba dah tengahari. nak menulis blog pun tak berkesempatan. Nampaknya kena cari masa lain nak tulis blog.
Cuti Tahun Baru Cina dah mula. Anak2 murid yang cikgu sayangi gunakanlah maa lapang ni untuk siapkan kerja-kerja sekolah yang tertangguh. Bukalah buku 2 atau 3 jam sehari untuk melihat topik-topik baru. Kurangkan mengadap fb atau berjalan-jalan tak tentu tempat dan masa. Waktu cuti ni jugalah anak-anak boleh guna untuk menggembirakan hati ibu bapa yang kita cintai. Tolong buat kerja rumah dengan ikhlas, mendengar leteran mereka dengan senyuman dan berdoa untuk kebaikan mereka setiap kali lepas solat. Kalau ibu bapa tak bersetuju anda keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawan percayalah itu adalah kerana mereka sayangkan anda. Sayang dan mengambil berat. Bukan mengongkong ye. Brsyukurlah kerana anda masih ada ibu bapa yang mengawal anda kerana ada orang lain yang begitu sepi dan sunyi kerana telah kehilangan ibu bapa.

Bye...

Friday, January 28, 2011

Bayi diculik lagi...

Berderau darah bila baca mesej dr kaunselor Ustaz Harman pasal bayi diculik di nursery Saujana Impian sekitar kajang. Apa taknya terbayang difikiran ini kalaulah Hasan yang jadi mangsanya..katanya masa si ibu nak buka gate, kereta ditinggal bersama si anak dan terus di larikan penculik..Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan semua ibu2 yang membacanya...kalau bukan ibu pun pasti tersentuh rasa hati..bayangkan bila anak kita diculik..rasanya masa tu nak bagi tau pencuri ambillah apa sahaja asal jangan ambil anak itu.....petang tadi rakan sekerja Kak Shiha balas mesej kata kejadian tu berlaku pagi tadi...dan dikhabarkan kereta dan penculik sudah ditemui tetapi si anak tidak ditemui dan dikatakan telah dijual.....lagi terasa pilu hati ini...teringat kalau Hasanlah yang hilang.....apa taknya..selalu balik rumah ada juga tinggalkan Hasan dalam kereta sebab nak buka dan tutup gate....so lepas ni kena mati enjin kalau nak buka atau tutup gate....moga bayi itu telah dijumpai semasa mesej ini ditulis..

Thursday, January 27, 2011

Halil oh Halil..Shafiq ohh Shafiq

Tiba-tiba teringat pula perbualan dengan sorang anak murid tingkatan 3 ni..kelakar pun ada nak marah pun ada. Apa taknya dia asyik berlegar2 dalam bilik kaunseling sedangkan masa tu aktiviti koko sedang berjalan. Keinginan nak tahu makin membuak2..dia plak asyik melambai2 dari luar cermin...apa lagi panggilah dia masuk ke bilik pengurusan.

Cikgu Linda : Halil nape kamu tak join kawad tu..kamu ada unit beruniform tak..

Dengan muka selamba dia jawab

Halil: Cikgu macam mana saya nak kawad baru nak masuk group dah ada yang kata saya kena buang...

sabar jelah kau ya Halil..tanya lagi

Cikgu Linda : siapa guru kawad awak

Halil : Mana saya tahu cikgu...

Cikgu LInda : Nanti cikgu check sape cikgu kamu.. sambil melihat buku pengurusan,...
Hmmm cikgu kamu Cikgu Julainalah...Kenal tak

Halil : tak kenal nanti saya cari dia..

Cikgu Linda : Tak payah nanti saya akan tanya dia btol tak awak dibuang...

Muncul plak Shafiq

Cikgu Linda : Shafiq kamu pulak unit apa...

Shafiq : Ntah apa ya nama dia..

Cikgu Linda : KRS

Shafiq : Bukan

Halil : Pengakap

Shafiq : Bukan

Cikgu Linda: Bulan Sabit, Puteri Islam..

Halil: haha puteri islam

Cikgu Linda : Kadet Remaja Sekolah

Shafiq : Ya tulah

Halil: woi bodoh samalah macam aku...

Cikgu Lida : Halil tak baik cakap macam tu..ha kamu Shafiq nape plak tak gi koko tu

Shafiq : Mak saya tak bagi aktiviti koko cikgu..nanti balik badan penat...(sambil tersengih)

Cikgu Linda : Apa dia mak kamu tak bagi ...nanti cikgu tanya Shali (sepupu) kamu ya..atau Bella sepupu kau jugakan...nape dia boleh gi kau plak tak boleh..kalua macam tu balik jelah buat apa dok sekolah penat gak nanti

Shafiq : Saya tunggu Bella dan Shali cikgu balik sama2...

Cikgu Linda : Banyak btol alasan korang ya..dah pergi cari unit kamu jangan melepak kat sini...

Berlalulah dua orang pelajar itu...

Hmmmmm...kesian gak bila tengok murid2 kelas2 akhir ni ramai yang tertinggal dalam aktiviti koko.,.apa taknya bila tengok yang berkawad semua kelas depan....tapi mereka pun perlu diambil berat supaya masa mereka terisi dengan aktiviti berfaedah...kena ambil tindakan ni....apapun inilah antara cerita2 yang menghibur hari2 pada petang Rabu kelmarin..

Kursus Kepemimpinan Pengawas Sekolah 2011







Alhamdulillah hari ini telah berlangsung dengan jayanya Kursus Kepemimpinan Pengawas 2011. Nampaknya semua pengawas memberikan kerjasama yang baik dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Acara dimulakan dengan senaman 1 Malaysia diikuti Ice Breaking, macam2 benda baru yang kamu belajar. Yang pasti kenangan manis pada hari ni dapat jadi duta produk topi ajaib buatan kamu sendiri. Kreatif betul topi2 yang dihasilkan. Acara bawa belon air pasti menguji kesabaran dan semangat kerjasama antara kamu semua. Cikgu rasa kamu sangat beruntung kerana didedahkan dengan macam2 teori dan kaedah untuk menjadi pengawas yang hebat. Diharapkan usaha yang sedikit ini akan menjadi titik tolak untuk perubahan sikap di masa akan datang.Be positif andalah pengawas yang berjaya...jalankan amanah yang diberikan dengan penuh kecekalan dan kesabaran pasti ganjaran pahala akan menanti kamu semua..oklah cikgu rehat jap sebab komputer asyik hang je..

Wednesday, January 26, 2011

Latihan Kawad Kaki untuk Pelantikan Watikah Pemimpin Murid

Hari ni semua Badan Khidmat sekolah PRS, Pengawas dan PPS bergabung tenaga untuk latihan kawad. Semua berjalan lancar walaupun tadi berlaku sedikit kekeliruan di kalangan ketua pengawas dalam menjalankan aktiviti. Ingat nak balik awal tengok macam susah je sebab takde cikgu so tak jadi balik rumah dulu dan stay sampai petang kat sekolah. Cikgu Julaina bersama-sama membantu...terima kasih pada kamarul yang membantu meredakan suasana...apapun ahli yang lain still sabar walaupun masing2 dah tarik muka sebab isu kecil ni lambat diselesaikan..itulah adat dalam berorganisasi kena banyak bersabar dan bertolak ansur....apapun kita perbaiki lagi untuk latihan seterusnya...latihan nanti bolehlah buat sendiri2....

HATI KE HATI DI SMK SAUJANA IMPIAN

Hari ni menghadiri program anjuran unit disiplin PPD dan MAPAN KPM. Ingatkan pergi program ni kena buat modul sebab ada tulis bengkel dan mesyuarat. Rupanya mesyuarat dan juga bengkel yang perlu disertai oleh semua kaunselor Hulu Langat sebagai Fasi jemputan.Alhamdulilah hari ni dapat 10 orang anak buah baru yang menjadi ahli kumpulan 16. Bnyk perkongsian yang dapat dari mereka..tapi tulah murid SMK Saujana Impian ni baik2 budaknya...so Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Tuesday, January 25, 2011

Relief Petang ni..

Petang tadi relief 3 kelas..rutin harian bermula..masuk kelas 2 Amanah, 2 Amal dan 2 Adil untuk budak Moral..tanya mereka pasal nilai2 moral yang ada memang hebat masing2 memberikan jawapan..lepas tu termasuklah sesi luahan rasa mengenai pelajaran..ajar mereka lagu Bangau Oh Bangau..banyak pengajaran dari lagu tu..nampaknya generasi sekarang banyak tak tahu pasal lagu tu....dulu pengalaman mengajar kelas moral memang menyeronokkan...moral ni subjek yang kita ajar tentang nilai banyak benda boleh jadi bahan bantu mengajar...apapun cikgu suka masuk kelas moral ni...

Lepas tu relief Kelas 2 Amal..masuk2 je ramai btol budak PRS dalam kelas ni..tapi kejap je kat kelas ni sebab bawa murid untuk solat bila naik tengok cikgu subjek dah masuk so lain kalilah berkongsi cerita dgn mereka...

Waktu akhir bantu Cikgu Shikkin relief kelas 1 Azam..cikgu Shikkin ambil kelas 1 Amal. Happening btol kelas ni semua melayu..boleh tahan bising mereka..tapi memberikan kerjasama....sikap nakal sekolah rendah masih tak berubah..budak perempuan dia cool...hari ni ramai dapat hadiah ya....paling suka bila buat ujian mengingat cerita ramai yang dapat ...apapun bila suruh nyanyi lagu Atas Bukit bersemangat semua..sampai bergegar bangunan sekolah....kringgg dah habis waktu sekolah..suruh tutup tingkap dan angkat kerusi atas meja....budaya yang dah jarang dibuat tapi cikgu still pentingkan perkara itu..

Buat Aktiviti Rekreasi..Hmmmm


Hmm... aktiviti apa nak buat..nak bagi stamina makin meningkat..huhu..rasanya banyak cara bergantung pada usaha kita je....Kak Zu..Shikkin Cikgu Yusof ajak semua kaunselor dan family kita mendaki gunung..dia bagi masa 2 minggu untuk kumpul stamina..dia beria ni nak ajak team kita buat aktiviti lasak ni..semua yang dia ajak tu suami Kak Zu tengah minat plak tu..panjat gunung, berbasikal...huhu...siap suruh saya dan Shikkin beli basikal..katanya RM400 aje..terkulat2 Shikkin mendengarnya..nak belanja baby je dah 3-4 ratus...so kami kata panjat Bukit Broga jelah..bila dah check Internet oklah..Shikkin pun nak kembalikan tenaga dia lepas bersalin..Jom sekali lagi kak jadi leader suruh En Khairul jadi ketua kontijen....

Tusyen....Perlukah kita????

Tahniah Cikgu LInda ucapkan buat PRS SMKKU yang begitu bersemangat sekali nak kumpul dana untuk tabung PRS..apapun jangan sampai kelas atau kerja rumah sampai tak siap nak buat kerja PRS. Tahun ni cikgu harap semua PRS menunjukkan komitmen terhadap akademik ya..korang bukan tak pandai tapi usaha tu sket sangat..baguslah ada yang dah ke tusyen..tapi cikgu rasa kadang2 tusyen tu memenatkan badan aje..terutama yang naik bas..jangan smpi keje sekolah cikgu bagi tak siap sudahlah ya..zaman cikgu sekolah dulu gi tusyen ni sebab kita tak berapa pandai so nak tumpuan lebih..tapi zaman sekarang ni sebab nak tambahkan ilmu lagi ya..ntahlah bila tengok muka yang ke tusyen bedrdekatan rumah pengasuh anak cikgu..nampak yang lebih bersantai dr niat nak tusyen..sebab kat sekolah tengok mereka tak perform pun..ada yang ke tusyen sebab bosan dok rumah..dan ada yang cakap buat tusyen bukan belajar pun cikgu...murid ramai gak...apapun bergantung pada niat kamu..kalau kamu ikhlas pasti semuanya berjalan baik tapi kalau ada udang sebalik mee...sendiri mau jawablah...kepada para ibu bapa awasilah perkembangan tusyen anak anda. Jangan dibiarkan sahaja mereka dan melepaskan tanpa pengawasan...pastikan setipa pelaburan yang kita lakukan membuahkan hasil kalau tak banyak pun at least adalah sedikit peningkatan....Dayana...best student cikgu rasa dia npun takde gi tusyen..just buat apa yang gurunya beri sahaja..yang penting kita buat latih tubi selalu..maybe kalau tusyen ada pengawasan guru ya..kalau buat sendiri kat rumah dah tidur dulukannn...apapun jangan kita meleburkan duit ibu bapa kita dengan sikap malas dan berputus asa.....

Thursday, January 20, 2011

Warkah Untuk Ibu

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni
Sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk,
tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat
gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak
seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu Siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet...
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak
bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB..... ada kat
dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam
gulung tikar..... masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer...
eemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak
tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah
pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..
kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr..... Lepas tu bila kereta kiter sampai.....mak buat kenduri kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden
Terlanggar orang naik motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan Sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak Tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan...ampon kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn
Mak tau tak.... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi
kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
disebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....
terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..... Dia kata..."
dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik Atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kiter sedih...kiter rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin
untuk mak.mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya....
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali
terakhir.... Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam.... Mak tauu...cuma akak sorang
saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung... Mak tauu...kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan..???? Dan akhirnya dalam sedu sedan
itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis
lagi... Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis..... Agaknya mak nampak adegan tu... sebab
malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya...

Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk
sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....


Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan...
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan
jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... memberi seluruh kasih
sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk universiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara
orang... Sampai akhir hayat
ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih.
Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil

p/s: sekadar perkongsian sahaja. artikel ini diambil dari kiriman email dari rakan 5 tahun lalu.

Program Motivasi Keibubapaan






Alhamdulillah tahun ini, sekali Unit Kaunseling berjaya berkerjasama menganjurkan program perjumpaan ibu bapa kelas peperiksaan. Program dah lama habis pada 15 hb yang lalu dan akan datang 22hb untuk kelas KRK pula. Biasalah sambutan yang diberikan ibu bapa tidaklah seramai anak yang terlibat. Apapun ada peningkatan untuk tahun kedua program perjumpaan seperti ini diadakan. Sekalung tahniah kepada YDP PIBG En. Rostam kerana bersama-sama menghadirkan diri sebagai tanda sokongan kepada pihak sekolah. Acara motivasi keibubaapan, taklimat untuk kelas peperiksaan merupakan acara wajib yang biasa diadakan. Pihak sekolah memohon ampun dan maaf jika ada kekurangan sepanjang perjalanan program ini. Diharapkan segala kekurangan itu akan menjadi titik mula untuk kita mempertingkatkan usaha untuk melihat anak-anak kita permata yang hendak digilap ini terus bersinar. Buat ibu bapa usah bersedih jika anak kita tidak seperti anak orang lain jaguh dalam akademik, setiap anak itu ada kelebihan yang kita tidak nampak atau mungkin sirnanya belum menyerlah lagi. Apapun doa kita perlu berterusan dan jangan kita pula yang berputus harap terhadap anak sendiri. Jika kita sudah ke tahap sedemikian amatlah sukar untuk kita melihat kejayaan anak2 kita sendiri. Manusia dicipta dengan penuh keunikan..para ibu bapa kami sentiasa berusaha untuk mendidik agar anak didik kami menjadi insan yang berjaya buka hanya dalam bidang akademik tetapi lebih kepada menjadi modal insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Saya kagum melihat masih ada ibu bapa yang gigih dan bersangka baik terhadap anaknya walaupun anak itu sudah menconteng arang ke muka mereka. Ada suatu kisah yang saya ingin kongsi, di mana seorang ibu ini begitu redha dengan ujian Allah padanya. Si Ibu tetap ingin menjaga anaknya walaupun si anak telah menconteng arang ke mukanya. Si Ibu masih berbaik sangka dengan Allah(penciptanya), kata si ibu alhamdulillah kalau tak jadi begini mungkin anaknya akan pergi lebih jauh lagi, tapi sekarang anaknya sudah menunjukkan perubahan pada dirinya. Walaupun pahit untuk ditelan, namun dia still positif dan tidak mempedulikan apa orang lain kata. Rasanya pasti ada segelintir dari kita akan menghukum anak yang telah membuat silap dengan menghalau dari rumah atau sebagainya. Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah keikhlasan si ibu dalam mendidik anak dan redha ujian Allah, bersangka baik dengan Allah (pencipta) bukan sesuatu yang mudah dilakukan mungkin mudah untuk dilafazkan. Jika kita sebagai ibu bapa tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pencipta bagaimana kita hendak mendidik anak kita. Semua ujian datangnya dari pencipta kita...so sama-samalah kita meningkatkan kemahiran kita untuk menjadi ibu bapa, penjaga yang terbaik dan diredhaiNya.

Saturday, January 15, 2011

Belajar seumur hidup

Assalamualaikum...

Cemburu, iri hati, tumpang gembira dan cemburu lagi...
Pada usia memasuki pertengahan zohor ni cikgu rasa sangat cemburu melihat rakan-rakan seangkatan yang telah pun menamatkan pengajian pada peringkat master dan phd. Tekun dan begitu bersemangat untuk belajar. Cikgu guna perkataan tekun kerana pada pandangan cikgu tekun tu menggambarkan kerajinan yang tidak mengenal waktu. Sentiasa rajin. Cikgu kagum dengan mereka walaupun dah berkahwin dan beranak tapi masih mencari waktu untuk memajukan diri. Kita? Cikgu sendiri macam mana? Bukan nak membela diri tapi setiap hari setiap masa manusia itu belajar. sama ada secara formal atau tidak. Mungkin dengan segala kekangan yang cikgu hadapi maka cikgu belajar secara tak formal. Menghadiri kuliah dhuha di surau, kuliah maghrib di masjid, mendengar tazkirah dan ceramah melalui blog dan youtube. buat masa ini itu saja pilihan yang cikgu ada. Dan cikgu terima dengan lapang dada. Moga di situ juga ada keberkatannya.
Itu perihal orang tua. Orang muda di luar sana macam mana? Tekun? Usaha? Cikgu harap dalam hati maing-masing ada satu ruang untuk diletakkan kecintaan pada ilmu. Cintakanlah ilmu, bak kata Saidina ALi bin Abi Talib carilah ilmu kerana ilmu akan menjaga kita. Ank-anak murid cikgu carilah ilmu, cintakanlah ilmu, ilmu itu luas, ilmu itu banyak, ilmu itu penyuluh hidup, ilmu membantu di waktu bila pun.

Anak-anak murid cikgu... cubalah berusaha menjadi umat terbaik ye...cikgu sentiasa ada untuk membantu kamu. marilah kita sama-sama membaiki diri.
Jumpa lagi...

Monday, January 10, 2011

Saya Murid Baru

Assalamualaikum semua... cikgu happy cikgu sayang kamu...

Siapa murid baru? Dari tadika ke darjah 1, dari darjah 6 ke tingkatan 1 dan dari sekolah lama ke sekolah baru...suasana baru cikgu baru murid baru.
Sebenarnya cikgu ada cerita pasal murid baru. Baru-baru ni cikgu ke sekolah rendah tempat anak cikgu belajar. Waktu tu pukul 3.30 petang. Murid balik pukul 4.00 petang. Sedang cikgu menanti anak cikgu habis kelas cikgu perhatikan...jeng...jeng..jeng..ada seorang murid yang cikgu agaklah murid tahun 1 berkeliaran seorang diri dari kantin ke kawasan kelas beberapa kali. Jadi dengan perasaan busy body yang amat tinggi cikgu pun bertanya " dari mana nak ke mana ni?" murid ni dgn muka takut pun menjawab "nama makcik apa?" eh! kita tanya dia dia tanya balik kat kita. dah la tu makcik pulak tu. kalau cik adik takpe lagi. "makcik boleh tak ambik kan beg kita kat kelas. kelas 1 tutttt...mama kita dah dtg. keta dia warna putih." Eh! bertambah heran cikgu. ada ke cikgu disuruh ambik beg dia. apa kes? Cikgu paksa dia ke kelas sama-sama. Setelah dipaksa dia ikut ke kelas dan bila cikgu kelas dia nampak..."Ya Allah Ib....mana kamu pergi dari pagi tak masuk kelas"...
Tu dia. Rupanya si kecik ni menurut cikgunya dah 2 3 hari tak nak masuk kelas. kisahnya. nak balik taknak sekolah.

Darjah satu takpe lagi. tapi kalau perangai macam ni di bawa sampai tingkatan 5 memang parah. Jadi pada anak-anak cikgu di SMKKU khususnya. rajin-rajin datang sekolah dan jangan ponteng. tanam azam tahun ni nak dapat kedatangan penuh. InsyaAllah ada banyak baiknya orang yang rajin ke sekolah. Dan bila dah ada kat sekolah pulak rajin-rajin belajar. Insya Allah...berjaya (nyanyi lagu insyaAllah Maher Zain)

Ok. Kita sambung lain kali...cikgu mintak diri.

Friday, January 7, 2011

Selamat Datang 2011 dan Selamat Datang CINTA

Assalamualaikum...

Tahun baru 2011 dah masuk hari ke 7 hari ini. Macam mana? Masih teringat-ingat tahun 2010 atau berusaha melupakan peristiwa lalu?
Anyway...tahun 2011 ni saya dan guru-guru kaunseling SMK Kajang Utama telah merancang pelbagai program menarik. Apa yang menariknya? Macam-macam ada!!! Pertama sekali untuk makluman semua... guru kaunseling di SMKKU kini berjumlah 3 orang. 3 orang emak dara. Pn. Haslinda, Pn. Zuriyati (saya) dan Pn. Norashikkin.

Saya nak bercerita lanjut lagi pasal 3 orang guru kaunselor ni. Saya dan Pn. Haslinda ni dah lama kenal sebab kami ni coursemate masa kat UPM manakala Pn. Norashikkin pula junior kami. Jadi bila junior dan senior dah ada dalam satu bilik memang best lah nak buat kerja. Walaupun kami ni menuntut dari guru yang sama di universiti tapi bila bekerja personalitinye berbeza. Pn. Haslinda ni sangatttt rajin. Banyak berkorban untuk para pelajar. Saya pulak...'rajin' juga. Tapi saya lebih minat berjumpa dengan murid-murid dan bercakap. Pn. Norashikkin pulak gabungan kedua-duanya. tu lah dia ceritanya.

Jadinya... anak-anak warga SMKKU sekalian...dengan adanya 3 emak dara pingitan ni maka sudi-sudikanlah ke bilik kaunseling selalu untuk apa-apa rujukan. terutamanya yang rasa nak bercinta dan dicintai. Kami akan memberi tips dan panduan berguna bagaimana nak uruskan perasaan unik kurniaan ALLAH ini. Percayalah... kami tidak menentang cinta.

Ok. Kami tunggu anda. Dan nantikan info-info terkini dari cikgu...
tata titi tutu...
assalamualaikum