Sunday, February 27, 2011

Belajar dari Kesalahan

Program & Aktiviti sepanjang minggu ini 28/2-5/3/2011

2/3/2011 (Rabu): Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform
: Masa- 7.30 pagi hingga 9.30 pagi
: Lawatan (Jemputan Ke Pameran Kraf Kebangsaan 2011)
: Masa : 9.30 pagi hingga 2.00 petang

3/3/2011 (Khamis) : Lawatan Panitia Pendidikan Sivik (Muzium Negara&Pameran Kraf)
: Masa ; 7.30 pagi hingga 2.00 petang

4/3/2011 (Jumaat): Perjumpaan Pertama Kumpulan Murid Program Berfokus Bimbingan
Kaunseling dengan pengurusan sekolah.
: Masa - 11.00 pagi
: Murid Kelompok Cemerlang, HALUS, Ponteng dan Merokok (120 orang
murid)
: Tempat- Dewan SMK Kajang Utama

5/3/2011 (Sabtu) : Pertandingan Karnival Tilawah Al Quran
: Tempat : SMK Maahad Hamidiah Kajang
: Penyertaan- Sekolah kita menghantar wakil untuk acara nasyid,
Hafazan, Tilawah Al Quran dan Syarahan.

Semoga yang dirancang berjalan dengan lancar. Bagi peserta yang bertanding buat terbaik dan jangan putus asa jika tidak mencapai apa yang diharapkan pada tahun ini. Apa yang penting penglibatan kita dalam aktiviti kokurikulum ini.

Ujian Permata PINTAR UKM 2011


UJIAN UKM1
PERMATApintar BAGI TAHUN 2011 KINI BERMULA

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Feb. 2011 hingga 30 April 2011. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.

* Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
* Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8 tahun sahaja)
* PPMT PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas.

Saturday, February 26, 2011

Program Maju Diri 2011





PMD dah lama berlalu tapi ceritanya belum dimasukkan. Mesti ramai nak tengok wajah-wajah ceria murid2 ketika menjalani PMD. PMD tingkatan 4 dan 5 yang lepas telah menjemput Pn Norlina Pengetua PTPL Ampang untuk berkongsi cerita mengenai Kecemerlangan Diri.

Aktiviti Sekolah sepanjang Minggu ni 21-25/2/2011

21/2/2011- Majlis Pelantikan Watikah Pemimpin Murid Pengawas, PPS, PRS, Pengawas Surau, Pengawas Koperasi, Kelab Pencegahan Jenayah, Quarter Master(QM) dan Flying Squad

23/2/2011 - Program Berlian Tingkatan 3 Fasa II.

Aktiviti sepanjang Minggu..semua murid2 Unit Beruniform SMK Kajang Utama sibuk dengan latihan kawad kaki...hari2 mereka berlatih dengan penuh kesabaran..syabas diucapkan...

Monday, February 14, 2011

Salam MauliduRasul 1432H





Jom ramai-ramai kita ke Surau AlMuhajirin Kajang Utama pada:
Hari: Selasa
Tarikh: 15/2/2011

Mari kita imarahkan sambutan maulid nabi di sana.

Perhatian : Latihan Nasyid akan diadakan selepas acara ini.

Tempat : Surau SMK Kajang Utama
Masa : 2.30 petang

Kehadiran adalah wajib.

Vokalis:
Azhari- 5 Amanah
Saiful - 5 Amal
Aniq - 5 Amal
Azizan- 4 Amanah
Haziq - 2 Amanah
Zufri - 4 Amanah

Percussion
Arif Firdaus-5 Azam
Hazrul Shafiq - 4 Aman
Izzat - 3 Amanah
....
alamak lupa plak lagi 2 org tu...sorang akan jadi runner yang masuk bertanding 9 orang sahaja..jangan tak datang ya..

Sunday, February 13, 2011

Program sepanjang Minggu Ini (14-18/2/2011)

Pelancaran Kempen Jom Ke Sekolah Jom Masuk Kelas
Tarikh : 14/2/2011
Masa : 7.30 Pagi (Waktu Perhimpunan)
Tempat : Dataran Perhimpunan

Kempen ini akan berjalan sepanjang tahun....setiap bulan kita akan mencari pemenang untuk kelas yang mendapat % kehadiran tertinggi dan akan diberikan sijil. Rebut peluang untuk kelas hadir 100%. Untuk bulan Januari masih belum ada kelas yang layak.

Program Gaya Hidup Sihat untuk murid Tingkatan 1 dan 2
Tarikh : 16/2/2011
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Dewan SMK Kajang Utama & Surau SMK Kajang Utama

Sambutan Maulidur Rasul
Tarikh : 18/2/2011
Masa : 7.30 pagi hingga 12.15 t/hari
Tempat : Dewan SMK Kajang Utama dan Bilik Moral

Friday, February 11, 2011

Latihan Kawad Kaki untuk Pelantikan Watikah Pemimpin Murid

Hari Esok akan diadakan raptai penuh kawad kaki untuk majlis pelantikan watikah.

Tarikh : 12.2.2011
Tempat : SMK Kajang Utama
Masa : 8.00 - 10.00 pagi

Semua Pengawas, PPS, PRS, AJK tertinggi Pengawas Surau, Flying Squad, QM, Pengawas Koperasi, Kelab Pencegahan Jenayah.

Sebarang maklumat rujuk guru penasihat masing2.

SAMBUTAN HARI KEKASIH



Bila sebut Hari Kekasih pasti kita akan bayangkan kehangatan pasangan yang sedang hebat bercinta. Sedar tak sedar walaupun pelbagai artikel yang menerangkan tentang sambutan hari ini, namun masih terdapat lagi masyarakat kita yang meraikannya dengan pelbagai cara. Setiap tahun jabatan agama, NGO akan bertungkus lumus mengadakan ops untuk mencegah daripada lebih banyak maksiat berlaku pada sambutan hari kekasih. Anak-anak didik cikgu..janganlah kita cepat terpengaruh dengan sambutan ini sehingga sanggup menggadaikan maruah kita semata2 untuk buktikan cinta setia kita.Berhati-hatilah dalam pergaulan seharian.

Saturday, February 5, 2011

50 Cara Ransang Anak Jadi Bijak

Minggu ini, cikgu nak kongsi info yang di download oleh hubby cikgu di rokzen@torrenjiwang.cc. Moga bermanfaat buat semua..Rasanya semua perkara ni kita dah buat dah..cuma kalau ada yang belum mungkin boleh dipraktikkan...

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya).

50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yang disyorkan ini pasti membuahkan hasil insyaAllah.


1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil
dapat mengenal wajah pada awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali
dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba
berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanakkanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan
wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan
humor bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak
bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambargambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam
pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan
beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau
"Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda
dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita
tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Ada kajian yang mencadangkan bahawa
mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian.
Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas
dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil
bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah,
bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar
sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan.
Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat
alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan
biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar
mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai
membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa
objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda -
tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah
ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama
warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak
memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza -
termasuklah kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih
mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi,
angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan
eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastik dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu
cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di
atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di
atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika
anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak
secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke
mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia
memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar
caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap,
kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil melabel barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia
seronok.

29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang
memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu"
senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan:
mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa
keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti
seorang ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih
murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat
meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam
rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut
anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada
soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke
soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan
oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya
untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua
salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan
ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa.
Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya
menghadap ke bawah (menelangkupkannya).

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan
datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran
berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun
kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di
dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU-SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan
ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humor dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau
sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya
membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda
memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah
penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk universiti

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori
anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap
dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga
boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater
boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan
makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan
kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan
kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti
sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari
ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang
nanti

Proses mendidik anak bermula semasa ia menjadi baik lagi...jadi para ibu bapa sama2lah kita koreksi diri kita andai apa yang kita inginkan mungkin tidak sama seperti apa yang kita peroleh sekarang nmun jangan kita berputus asa..sentiasa positif pada diri dan anak2. Ucapkan dibibir kita kata2 yang baik pada anak2 kita jangan pula kita menyumpah seranah mereka kerana kesannya pada anak kita juga nanti. Banyakkan berdoa kepada Yang Esa agar permintaan kita dimakbulkan. Anak ini ujian untuk kita.

KEMPEN JOM GI KE SEKOLAH JOM MASUK KELAS

Kempen ini akan dirasmikan pada 14 Februari 2011 di SMK Kajang Utama. Objektif kempen ini ialah untuk mengurangkan peratus tidak hadir ke sekolah bagi Program Ponteng Sifar. Bagi tahun ini, kita akan memperkenalkan penghargaan berbentuk sijil kepada kelas peratus kehadiran tertinggi setiap bulan dan nama2 pelajar kehadiran penuh setiap bulan akan dipaparkan.Murid yang hadir penuh hingga akhir tahun akan dianugerahkan sijil kehadiran penuh semasa majlis anugerah kecemerlangan nanti. Kempen ini juga untuk menggalakkan murid agar sentiasa masuk kelas. Walaupun murid itu hadir penuh tetapi jika tidak masuk ke kelas murid ini tidak layak menerima pengiktirafan. Jadi ingat ya anak-anak jangan lupa masuk ke kelas. Lepas ni buku kawalan kelas kami semua di catat kehadiran individu jadi nampaklah kalau kamu selalu ponteng ya...Diharapkan kempen ini akan menyuntik motivasi murid untuk hadir ke sekolah dan belajar dengan selesa...

Tuesday, February 1, 2011

Krisis di Mesir....

http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html