Saturday, February 5, 2011

KEMPEN JOM GI KE SEKOLAH JOM MASUK KELAS

Kempen ini akan dirasmikan pada 14 Februari 2011 di SMK Kajang Utama. Objektif kempen ini ialah untuk mengurangkan peratus tidak hadir ke sekolah bagi Program Ponteng Sifar. Bagi tahun ini, kita akan memperkenalkan penghargaan berbentuk sijil kepada kelas peratus kehadiran tertinggi setiap bulan dan nama2 pelajar kehadiran penuh setiap bulan akan dipaparkan.Murid yang hadir penuh hingga akhir tahun akan dianugerahkan sijil kehadiran penuh semasa majlis anugerah kecemerlangan nanti. Kempen ini juga untuk menggalakkan murid agar sentiasa masuk kelas. Walaupun murid itu hadir penuh tetapi jika tidak masuk ke kelas murid ini tidak layak menerima pengiktirafan. Jadi ingat ya anak-anak jangan lupa masuk ke kelas. Lepas ni buku kawalan kelas kami semua di catat kehadiran individu jadi nampaklah kalau kamu selalu ponteng ya...Diharapkan kempen ini akan menyuntik motivasi murid untuk hadir ke sekolah dan belajar dengan selesa...

No comments: