Sunday, October 30, 2011

Piala Malaysia 2011


AKHIRNYA PENANTIAN N9 UNTUK MEMBURU KEJUARAAN DALAM PIALA MALAYSIA TAHUN INI BERAKHIR DENGAN KEMENANGAN. SUDAH PASTI CIKGU DAN SEMUA PENYOKONG N9 YANG LAIN BERASA GEMBIRA DENGAN KEMENANGAN INI....
SONYUM TAK SUDAH DARI TADI BILA KONANGKAN KEMONANGAN NI..ABIH CUAK MALAM TD AKHIRNYA MONANG JUGAK..


TAPI JANGAN PLAK LAMA SANGAT SENYUM TU NANTI MACAM KERANG BUSUK PLAK JADINYA....MACAM KAT BAWAH NI...


APAPUN SEMUA TELAH TERSURAT MALAM TADI KEMENANGAN MILIK NEGERI SEMBILAN.

 INILAH WAJAH PENYUMBANG GOL N9..HEBAT...

APA YANG CIKGU NAK KONGSIKAN IALAH SEMANGAT DALAM PERMAINAN, KALAU KITA LIHAT AWAL SEPARUH MASA KEDUA NEGERI SEMBILAN SUDAH KETINGGALAN 1-0 DAN BANGKIT PADA MINIT TERAKHIR SEPARUH MASA KEDUA. HANYA TEKAD DAN AZAM JE YANG PERLU ADA PADA SETIAP PEMAIN TU. AKHIRNYA MEREKA BERJAYA. WALAUPUN ORANG KATA BOLA SEPAK NI NASIB TAPI ADA SESUATU YANG BOLEH KITA AMBIL DARI PERLAWANAN SEBEGINI. KEPADA PENYOKONG KEDUA2 NEGERI TERUS MENYOKONG DENGAN PENUH KESETIAAN DALAM PADA MENANG ATAU KALAH. HARAPAN CIKGU ANAK2 KAJANG UTAMA JUGA TERUS MEMASANG TEKAD UNTUK MENINGKATKAN MUTU BOLA SEPAK SMK KAJANG UTAMA.

AKADEMI BOLA SEPAK 
SMK KAJANG UTAMA???

APA TU? BILA NAK MULA? BOLEH SAYA MASUK? 

OK CIKGU NAK WAR2KAN PADA SEMUA MURID2 SMKKU PADA CUTI PERSEKOLAHAN NI AKAN DIMULAKAN AKADEMI BOLA SEPAK. MAKLUMAT LANJUT KAMU BOLEH DAPATKAN DAIPADA CIKGU ROSMAN YA. BEST OF LUCK TEAM BOLA SEPAK SMKKU.

PERTANDINGAN NASYID KARNIVAL BEST 2011


SEMALAM SEMPAT CIKGU MENYAKSIKAN PERTANDINGAN NASYID KARNIVAL BEST ANJURAN JAKIM..SEBAB APA PLAK CIKGU SIBUK SANGAT NAK TENGOK SEBAB NAK BAGI SOKONGAN MORAL KEPADA KUMPULAN INTERAKSEE USIM. KALAU KAMU SEMUA NAK TAHU, ABANG2 USIM NILAH YANG DAH BANYAK MENGAJAR KUMPULAN NASYID SEKOLAH KITA. SO UNTUK SAIFUL, ANIQ, AZHARI, ZIZAN DAN LAIN2 AHLI NASYID, JANGAN PUTUS HARAPAN UNTUK MENYEMARAKKAN IRAMA NASYID DALAM DIRI KORANG. ABANG2 KAMU DAH MENANG DAH MALAM NI MEREKA AKAN BERJUANG UNTUK NASYID IPT PLAK...HEBAT BETUL BUDAK2 USIM NI...JOM KITA GI RAMAI2 KE UKM MALAM NI..


INI ANTARA KUMPULAN YANG BERTANDING...


SEMOGA IRAMA NASYID TAKKAN PUPUS MALAH TERUS MEKAR..CIKGU CUBA NAK DOWLOAD VIDEO RAKAMAN JOHAN PERTANDINGAN NI TAPI ADA PROBLEM PLAK...XPE NANTI CIKGU CUBA LAGI SAMPAI DAPAT YA..

Saturday, October 29, 2011

SIAPA KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Kebolehan Intelek yang Umum  
Kanak-kanak dikatakan pintar cerdas, sekiranya mempamerkan ciri kebolehan intelek umum yang lebih tinggi atau luar biasa jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Kanak-kanak ini didapati; 
1. sangat suka membaca bahan bacaan yang lebih tinggi dari tahap usianya.  
3. mempunyai emosi yang stabil serta peramah dan mesra.  
4. seorang usahawan yang bersedia untuk melakukan aktiviti atau projek yang menghasilkan wang.  
5. mempunyai disiplin kendiri yang tinggi sehinggalah  hanya sedikit sahaja kawalan dari luar yang diperlukan. 
6. seorang yang bijak kerana menyelesaikan masalah dengan pelbagai kaedah dan menjawab soalan dengan cepat dan tangkas.  
7. sangat kreatif dalam menghasilkan idea baru, melihat hubungkait dan menjana inovasi.  
8. mempamerkan perasan ingin tahu yang tinggi serta bijak menerka tentang sesuatu objek, situasi dan peristiwa.  
9. berkebolehan untuk melihat dan mengkagumi sesuatu perkara dengan lebih mendalam. 
10. mendedahkan keaslian ekspresi secara lisan dan bertulis.  
11. mempamerkan kesediaan untuk menerima sesuatu yang kompleks.  
12. tidak hanya sekadar menghafal tetapi berkebolehan menggunakan pengetahuan dan maklumat yang diingati dalam sesuatu situasi yang bersesuaian.  
13. menunjukkan daya pertimbangan yang tinggi dalam menilai sesuatu perkara.  
14. belajar dengan pantas, senang serta lancar dan sering mendapat gred yang baik dalam kebanyakan Matapelajaran.  
15. menggunakan banyak logik minda (common sense). 
16. menggunakan bilangan perkataan yang banyak dengan mudah dan tepat ketika berbicara atau menulis.  
17. bertanya banyak soalan yang provokatif.  
18. berkebolehan memahami perkara abstrak, mengaplikasi konsep dan mensintesisnya.  
19. mempunyai minat yang tinggi terhadap hubungan kesan-akibat, struktur, susunan dan konsistensi dalam sesuatu perkara. 
20. mempunyai kebolehan menumpukan perhatian dan tumpuan yang mendalam sehingga mengabaikan yang lain di sekelilingnya.  
21. seorang yang tabah dan tidak mengalah serta sangat berdikari.  
22. mempunyai tahap tenaga yang tinggi.


Kebolehan Intelek yang Khusus 
Selain dari kebolehan intelek umum, ada juga kanak-kanak yang menunjukkan kebolehan intelek yang khusus terhadap sesuatu bidang. Kanak-kanak yang dikatakan mempunyai kebolehan intelek yang khusus ini didapati;  
1. menunjukkan ciri yang hampir sama dengan ciri keupayaan intelektual umum tetapi menumpu kepada satu atau beberapa bidang sahaja.  
2. memberikan tumpuan yang mendalam terhadap bidang yang sangat diminatinya.  
3. belajar dengan pantas, mudah dan tanpa memerlukan pengulangan dalam satu atau beberapa bidang (tidak semua bidang).  
4. sangat suka belajar mata pelajaran tertentu sahaja berbanding mata pelajaran yang lain.  
5. menghabiskan tugasan projek yang diminatinya dalam tempoh masa yang lama tanpa dipaksa.  
6. berkebolehan menunjukkan perspektif yang luas dalam satu atau lebih bidang  
7. berkebolehan menilai kebolehan diri sendiri dalam bidang yang minatnya. 8. hanya akan meminta bantuan dari orang lain yang lebih tua umurnya atau rakan sebaya yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang yang diminatinya. 
9. mempunyai kemahiran verbal yang sangat lancar serta memiliki dan sering menggunakan perbendaharaan kata yang tinggi termasuk perkataan  uang unik dan baru jika dibandingkan dengan umur atau tahap akademik di sekolah. 
10. memiliki kemahiran berfikir yang tinggi serta berkemampuan menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan.  
11. berkebolehan untuk menbentuk teori baru terhadap sesuatu perkara 
12. mudah mengenali hubung kait antara perkara-perkara yang dilihatnya. 
13. mempunyai keinginan yang amat tinggi untuk tahu dalam semua perkara seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara. 
14. menunjukkan minat mendalam sehingga menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam satu jangka masa yang lama. 
15. mempunyai daya ingatan yang tinggi dan pantas serta mampu mengingati semula pelbagai perkara dengan cepat . 


Pemikiran Kreatif 
Satu lagi domain yang dapat membantu dalam mengenali kanak-kanak pintar cerdas ini adalah pemikiran kreatif. Kanak-kanak yang dikatakan mempunyai pemikiran kreatif adalah kanak-kanak yang didapati mempamerkan ciri seperti berikut: 
1. sangat lancar dan yakin ketika menyatakan serta menjelaskan idea yang telah difikirkannya.  
2. berkebolehan membuat hubungan-kait antara dua idea terpencil yang jarang difikirkan oleh orang lain.  
3. mempunyai pola pemikiran yang luwes dan bersedia untuk meneka serta membuat hipotesis.  
4. berkebolehan meneka kewujudan sesuatu masalah dalam situasi tertentu dan bertindak secara spontan dan mengikut gerak hati dalam menyelesaikannya.  
5. dapat menerima wujudnya ketaksamaan dan ketidakpastian dalam sesuatu perkara serta sedar terhadap ketidakkonsistensian dan ketidaksinambungan.  
6. berkebolehan menimbang atau mendefinisikan semula elemen sesuatu masalah atau tugasan dengan baik.  
7. menunjukkan tumpuan yang mendalam ketika melakukan  sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya.  
8. dapat mengekalkan idea sendiri dalam sebarang perbincangan atau kolaborasi dengan orang lain. 
9. berkebolehan memberikan pelbagai penyelesaian atau respons terhadap sesuatu masalah.  
10. tidak berubah fikiran apabila mengekpreskan diri dan ada kalanya bersikap radikal.  
11. seorang yang periang dan berminat kepada cerita fantasi dan imiginasi. 
12. selalu cuba untuk mengadaptasi atau memperbaiki sesuatu perkara.  
13. tidak kisah menjadi seorang yang berbeza dari orang lain disebabkan oleh kepintaran serta kreativitinya  
14. sering membuat penilaiannya sendiri sebelum menerima sesuatu perkara yang dimaklumkan kepadanya. 
15. sering bertanya soalan provokatif, mencabar ibu bapa, guru, peraturan bertulis dan pihak berkuasa yang lain.  
16. bosan dengan penghafalan dan pembacaan lisan.  
17. mempamerkan tingkah laku yang bertenaga dan adakalanya mengganggu perjalanan pembelajaran dalam kelas.  
18. menghasilkan respons yang tidak dijangka dan adakalanya tidak munasabah pada pandangan orang lain.  
19. berkebolehan menunjukkan tahap yang mengkagumkan dalam keasliannya, tumpuan dan ketekunan menghasilkan sesuatu tugasan atau projek yang melibatkan minat dan imaginasi.  
20. sering tercabar dengan idea-idea baru dan banyak bertanya soalan yang berbentuk ‘bagaimana kalau..’.  
21. sangat sensitif terhadap ciri-ciri estetik dan menghargai objek di sekelilingnya dengan mendalam. 
22. menyukai eksperimen, mencipta kaedah baru dalam penyelesaian sesuatu tugasan dan adakalanya suka berangan, berkerja sambil lewa atau lupa perkara yang lain. 
23. mempamerkan sifat suka berjenaka, melihat sesuatu yang lucu dalam situasi yang kompleks, seorang yang kelakar dalam kelas, membuat jenaka pada situasi yang kurang sesuai. 
24. pandai berjenaka serta mampu mencipta suatu situasi jenaka yang adakalanya tidak difahami langsung oleh rakan-rakan sebayanya. 


Kepimpinan  
Memiliki ciri kepimpinan turut dilihat sebagai salah satu domain yang boleh mengenalpasti seseorang kanak-kanak pintar cerdas. Seorang kanak-kanak dikatakan pintar cerdas dalam domain kepimpinan sekiranya menonjolkan ciri kepimpinan berikut; 
1. berkebolehan merangsang dan membangkitkan semangat orang lain dalam sesuatu perkara.  
2. berkebolehan mengenal pasti kemahiran dan kebolehan yang dimiliki oleh orang lain.  
3. mudah berinteraksi dengan orang lain dan menunjukkan kemahiran sosial yang tinggi.  
4. berkebolehan mengenalpasti matlamat sesuatu perkara dan menyatakannya dengan jelas.  
5. berkebolehan menerangkan idea dengan jelas kepada pendengarnya.  
6. sangat empati terhadap perasaan orang lain seperti berkebolehan mendengar serta merasai apa yang dirasai oleh seseorang yang menghadapi masalah. 
7. berkebolehan memberi arahan dengan jelas dan berkesan terhadap orang lain.  
8. mengamalkan kepimpinan yang telus dan bertanggungjawab serta boleh mengkordinasi 
tugasan dari beberapa orang individu.  
9. berkebolehan menjana perasaan positif (mood) sesuatu kumpulan dan sangat memahami perasaan orang lain.  
10. dilihat sebagai orang yang boleh membuat keputusan  serta menyokong ahli kumpulan bila perlu sahaja.  
11. selalu diminta untuk memberi pandangan dan cadangan.  
12. seorang yang berani untuk melakukan sesuatu yang baru.  
13. ada kecenderungan untuk mengawal rakan sebaya dalam sesuatu situasi. 


Kebolehan Psikomotor  
Dalam domain psikomotor pula, kanak-kanak yang mempunyai tahap yang mengkagumkan dalam aktiviti fizikal adalah kanak-kanak yang; 
1. mampu mengikut rentak dan irama dengan mudah seperti menari. 
2. sangat suka bersukan terutama sukan yang lasak. 
3. sukakan permainan yang fizikal atau tarian yang lasak.  
4. mempunyai bentuk tubuh yang sesuai dengan aktiviti fizikal sama ada kesukanan atau tarian.  
5. sangat berkeyakinan, seimbang dan kordinasi dalam aktiviti kesukanan fizikal.  
6. sangat bijak mencipta atau mengubah sesuatu permainan atau tarian yang disertainya.  
7. sangat bertenaga apabila melakukan sesuatu aktiviti kesukanan. 
8. mampu memahami aspek intelek dalam aktiviti psikomotor yang dilakukannya.  
9. menunjukkan ketahanan, stamina dan ketekunan yang tinggi dalam aktiviti fizikal.  
10. mempamerkan kemahiran atau kebolehan yang luar biasa dalam aktiviti fizikal berbanding rakan sebayanya.  


Kesenian Visual dan Persembahan  
Dalam domain kesenian visual dan persembahan, kanak-kanak akan dilihat dari tiga sub domain iaitu muzik, drama dan seni lukisan.  


Sub Domain Muzik  
Kanak-kanak yang amat berbakat dalam bidang muzik adalah kanak-kanak yang; 
1. mempunyai kebolehan menghayati irama sesuatu lagu dengan mudah. 
2. sangat bagus dalam memahami kordinasi irama, nada dan melodi.  
3. berkebolehan membezakan muzik dengan bunyian yang lain. 
4. memahami hubung-kait yang berkaitan dengan muzik.  
5. seronok melakukan aktiviti yang berkaitan dengan muzik serta menghayati muzik sepenuh hatinya.  
6. menunjukkan ingatan kuat terhadap nada bunyi. 
7. bersedia memberikan respons terhadap irama, melodi  dan harmoni sesuatu bunyian yang didengarinya.  
8. menggunakan muzik untuk mengekspresikan perasaan atau pengalaman.  
9. mencipta nada bunyian yang asli.  
10. menggemari tarian dan aktiviti drama muzikal.  


Sub Domain Drama  
Sementara itu, kanak-kanak yang dikatakan berbakat  dalam bidang drama adalah kanak-kanak yang; 
1. menunjukkan minat yang mendalam dan sangat seronok melakukan aktiviti lakonan.  
2. berupaya menukar peranan dari satu watak ke satu watak yang lain samada sebagai manusia, binatang mahupun objek yang berbeza.  
3. menggunakan nada suaranya dengan baik untuk menggambarkan perubahan mood dalam lakonan.  
4. menunjukkan kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu  konflik bila melakonkan sesuatu adengan.  
5. berkomunikasi dengan perasaan melalui wajah dan pergerakan tubuh badan.  
6. sangat seronok dengan respons yang memberangsangkan yang diberikan oleh penonton.  
7. mempamerkan kebolehan melakonkan sesuatu perasaan atau dan peranan yang diberikan dengan mudah. 
8. mampu membawa pendengar ke klimak dengan penceritaan sesuatu cerita secara lisan sahaja. 
9. mempunyai imaginasi yang tinggi dalam membayangkan sesuatu sama ada baik atau buruk. 
10. boleh mencipta cerita yang bagus dalam menyatakan perasaan dan pengalaman yang dialaminya.  


Sub Domain Seni Lukisan 
Satu lagi bidang dalam kesenian visual ialah seni lukisan. Kanak-kanak yang berbakat dalam 
bidang ini ialah kanak-kanak yang; 
1. berkebolehan melukis pelbagai objek dengan mudah.  
2. memberikan tumpuan yang mendalam ketika menghasilkan sesuatu karya lukisannya. 
3. mempunyai perancangan teliti dan baik dalam pembahagian ruang ketika menghasilkan sesuatu lukisan.  
4. sangat serius dan seronok dalam melakukan seni lukisan.  
5. menunjukkan keaslian dalam usaha menghasilkan sesuatu hasil karya lukisan. 
6. bersedia untuk mencuba bahan-bahan baru dan juga pengalaman dalam menghasilkan sesuatu karya.  
7. menggunakan sepenuh masa lapangnya untuk melukis. 
8. menggunakan lukisan untuk mengekpresikan perasaan dan pengalamannya.  
9. berminat terhadap hasil karya lukisan orang lain termasuklah menghargai serta mengkritiknya. 
10. suka menghasilkan karya yang berbentuk tiga dimensi seperti menggunakan tanah liat, plastersin dan mengukir sabun.  


Sosial-emosi
Sosial-emosi adalah salah satu domain yang penting  dalam melihat ciri kanak-kanak pintar 
cerdas dan berbakat ini. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan dalam sosial emosi adalah 
kanak-kanak yang didapati; 
1. sangat menitikberatkan hal-hal keadilan serta mempunyai perasaan yang mendalam terhadap keadilan dan adakalanya mungkin akan menentang dengan tegas sesuatu yang dirasanya tidak adil. 
2. berkeyakinan yang tinggi, percaya dirinya dihargai kerana kebolehannya bukan kerana siapa dia. 
3. lebih gemar berkawan dengan individu yang lebih tua dari usianya. 
4. berkecenderongan menjadi seseorang yang sangat mementingkan kesempurnaan. 
5. sentiasa mengkritik diri sendiri dan orang lain sehinggakan mungkin melakukan tugasan dengan terlalu berhati-hati sehingga lewat menyempurnakannya atau menangguhkan kerja. 
6. persahabatannya berasaskan minat yang sama dikongsinya tetapi bukan kerana umur yang sebaya dengannya. 
7. mudah menyesuaikan diri dengan situasi yang baru dihadapinya. 
8. mempunyai keperihatinan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang menarik minatnya.  
9. jujur, peramah dan suka membantu. 
10. sangat sensitif dari segi emosi dan tingkah laku. 
11. sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan dan mudah kecewa walau pun dalam hal-hal yang kecil.  
12. mudah mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu yang menyentuh hatinya.  
13. sangat simpati dan menyayangi haiwan serta sanggup untuk berhenti makan daging.  
14. sangat teliti dalam hal yang berkaitan dengan peraturan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain. 
15. tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna. 
16. gemar bertanya soalan secara kritikal terhadap perkara yang serious seperti masalahmasalah berkaitan populasi dunia dan isu-isu alam sekitar. 


Rujukan 
Bee. H. L. 2000. The developing child. 9th Edition. Allyn & Bacon : New York. 


Davis, G., & Rimm, S. 1998. Education of the gifted and talented. 4th Edition. Allyn & Bacon : New 
York  


Gargiulo, R. M. 2006.  Special Education in Contemporary Society : An Introduction to 
Exceptionality. 2nd Edition. Thompson Wadsworth : USA 


Rimm, S. 2008. Why bright kids get poor grades : And what you can do about it. 3rd Edition. Great 
Potential Press Inc. : USA 


Sousa, D. A.2003. How the gifted brain learns. Corwin Press Inc. : USA 


Talay-Ongan, A. 2004. Early Development Risk and Disability : Relational Context. Pearson Prentice 


Hall: Malaysia Willis, J. A. 2009. Inspiring middle school minds : Gifted, creative and challenging. Great Potential 


Press Inc. : USA 

Sumber: Laman Web Permata Negara

Friday, October 28, 2011

PEREMPUAN PILIHAN VS PEREMPUAN MURAHAN




LUAHAN RASA GURU KAMU YANG SEMPAT CIKGU KONGSIKAN DR FB...CIKGU KONGSI NI PUN SEKADAR MEMPERINGATI DIRI KITA SEMUA....KITA NI MANUSIA MUDAH LUPA....PESANAN NI AGAK KASAR SKET TAPI RASA CIKGU SELARILAH DENGAN BAHASA YANG KAMU SEMUA GUNAKAN...BUKAN CIKGU NAK MARTABATKAN BAHASA ROJAK YANG RUDE NI TAPI NAK BAGI LARAS BAHASA TU SAMA DENGAN KAMU SEMUA....AMBIL ISINYA YANG BAIK KITA IKUT YANG TAK BAIK KITA TIMBANG BAIK2 UNTUK TINGGALKANNYA..SEBAB BANYAK BENDA YANG CIKGU TENGOK KITA SEMUA BUAT....SO INI SEKADAR PERINGATAN BUKAN NIAT NAK MEMBURUKKAN SESIAPA YA..GAMBAR KAT ATAS2 TU JUST UNTUK HIASAN SAHAJA....

KATANYA : "BACA YA SEBAB CIKGU DAH LETIH CAKAP ):"

22 CIRI PEREMPUAN M*RAH*N (COPY PASTE FROM syurgaituindah.blogspot.com)

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew'

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam bodo kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying!

6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..

9. Macam bodo bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka bodo

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau
By: Airesh WalkWay



DARI : FB KIRIMAN PN RUSHIHA


RASA CIKGU DAH BANYAK JUGA KIRIMAN NI DIHANTAR MELALUI FB, TWITTER DSB TAPI BUDAYA NI MASIH MENEBAL DIKALANGAN KITA...SO JOM KITA TRANSFORM APA YANG TAK PATUT DIBUAT KEPADA YANG LEBIH POSITIF....MARI ANAK-ANAK BERSAMA CIKGU UNTUK SAMA-SAMA KITA PERBETULKAN DIRI KITA KE ARAH GAYA HIDUP YANG LEBIH POSITIF DAN MENDAPAT KERDHAANNYA...CIKGU SENTIASA DISISI ANAK2 JIKA KAMU INGIN DIBANTU....MARI KITA BINA HIDUP BARU YANG LEBIH BERMAKNA..HIDUP BERPANDANGAN POSTIF....POSITIFKAN MINDA ANDA.....ANGGAP TEGURAN INI WALAUPUN NAMPAK KASAR TAPI PERLU DINILAI JUGA ISINYA...JANGAN TERUS MENOLAK....



Wednesday, October 26, 2011

KUASA DOA


Saban hari bertemu dengan ibu bapa klien di sekolah membuatkan hati rasa gundah dan resah melihat situasi masalah yang dihadapi oleh ibu bapa yang memiliki anak2 yang bermasalah. Bukan mudah untuk kita bercakap kerana bila mengalaminya baru kita rasa apa yang mereka rasa...ada yang kecewa namun tidak kurang juga yang seperti sudah putus asa terhadap sikap anak2 mereka...."ntahlah cikgu, saya pun tak tahu apa nak buat dah dengan anak saya ni....macam tulah dia....". Ini antara dialog yang selalu saya dan rakan2 kaunselor alami....so apa yang patut kita buat..takkan nak biarkan aje macam tu....


Berhenti setakat itu sahaja.....terus bersedih dengan ujian Allah pada kita, kalau lihat pada ayat Surah Al Imran : 139 ini ada sesuatu kekuatan sebenarnya kalau ibu2 dan bapa2 mengambil ia sebagai ujian dan tanda kasih Allah pada kita untuk diangkat darjat kita....

Ayuh semua ibu2 bapa2 di luar sana kita bangkit dari kesedihan, kekesalan kita dengan satu kaedah yang Allah berikan pada kita iaitu DOA. Sebut memang mudah...bila saya ajukan kepada ibu2 klien saya 
" tolonglah puan doakan untuk anak puan jangan sesekali memaki hamun kerana doa ibu ini selalunya termakbul".....jawab siibu " dah habis doa cikgu, memang tak tahu nak cakap apa"....Ibu jangan putus asa dari terus berdoa ya...jangan sesekali putus asa.....jika kita terus berdoa mengharapkan keredhaan Allah pada anak kita samalah kita telah berfikiran positif terhadap ujian ini. Mari kita tingkatkan skill berdoa kita dan letakkan pergantungan terus pada Allah.

Ada satu kisah benar yang saya ingin kongsikan berkaitan kosep doa dan tawakal ini. Kisah ini adalah kisah benar yang saya dapat daripada sahabat baik saya mengenai kisah kakaknya sendiri yang mendapat ujian yang agak besar iaitu anak lelakinya seorang penagih dadah dan selalu menyakitkan hati ibunya. Namun ibu ini sangat tabah sekali dan tidak pernah menyumpah anaknya walaupun ahli keluarga yang lain dah give up dengan anak lelakinya. Si ibu terus berdoa siang dan malam agar Allah berikan petunjuk kepada anaknya....katanya Allah adil takkan kejam pada hambanya. Hebat sekali ibu ini....konsep Think Positif sentiasa ada dalam diri beliau. Saya menitis air mata bila kawan saya kata setelah bertahun akhirnya doa si ibu termakbul anak yang disangka akan terus jadi sampah masyarakat akhirnya kembali bertaubat dan mula insaf serta kembali pada keluarga, mula solat dan jadi anak yang rajin....Subhanallah itulah janji Allah....kita kena sabar atas setiap ujian Allah pada kita....Inilah IBU MITHALI sebenarnya menerima anak dalam keadaan susah dan senang.....SABAR akan ujian jadi rahsia keajaiban DOA termakbul jua akhirnya....


UJIAN ALLAH PERLU SABAR





Tuesday, October 25, 2011

ORIENTASI YANG SANGAT PELIK DI SINGAPORE..MUSYKIL PUN ADA


PELIK TAPI BENAR..INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA AKTIVITI MINGGU ORIENTASI YANG DIADAKAN DI SINGAPURA....MACAM-MACAM.....


AKTIVITI INI BERLANGSUNG SEMASA MINGGU ORIENTASI DI INSTITUSI PENGURUSAN UNIVERSITI LONDON..KESAN DARIPADA AKTIVITI PUSH INI ADA DIKALANGAN GADIS YANG MENANGIS KERANA TRAUMA....TUJUAN ASAL UNTUK MENGGALAKKAN PERHUBUNGAN YANG POSITIF DAH JADI LAIN...BERSYUKURLAH KITA DI MALAYSIA TAK DE YANG PELIK2 MACAM NI...

Tuesday, October 18, 2011

JAMUAN AKHIR PRS, PENGAWAS, PPS & PENGAWAS KOPERASI TAHUN 2011


LOKASI PILIHAN JAMUAN KALI INI....BEST YA....


WAH....HEBAT PRS AYU JADI MC YA..GANTIKAN CIKGU KAUNSELINGNYA PLAK....LANCAR JE KATA CIKGU ZU..TAK SIA2 HANTAR KURSUS...


SAHABAT BAIK.....ORG KUAT PRS SMKKU DAN SIDANG REDAKSI


UCAPAN WAKIL MURID : IMRAN KETUA PENGAWAS..


SEDAPNYA DIA MAKAN...AMBOI ZAIRIL..


OH INI KE YANG MENARIK SELERA ANAK2 SEMUA


SMART BETUL PRS HAFIZ DAN IQBAR...GAYA KORPORAT..


SEKITAR MAJLIS..


NAK TAMBAH LAGI YA..AMBILLAH..


CANTIKKAN PEMANDANGAN DIA....

TERIMA KASIH BUAT SEMUA BARISAN PENTADBIR YANG HADIR PADA MAJLIS KALI INI...BAGUS SEBENARNYA IDEA MENGGABUNGKAN SEMUA BADAN INI...TAHUN DEPAN JUMPA DI MANA PULA...

TAHNIAH PARA GRADUAN SMKKU 2011


SELESAI SUDAH MAJLIS GRADUASI 2011....INI SEBAHAGIAN KOLEKSI GAMBAR YANG CIKGU AMBIL DARI ALBUM PRS HAFIZ...


PENDAFTARAN.......AMBIL DOOR GIFT


BERGAYA SAKAN SEMUA YA...


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL


GAMBAR BERAMAI2....NANTI CIKGU MASUKKAN KOLEKSI YANG LAIN LAGI...

sholatlah sebelum sholat itu yang berbicara



Siapa Diri Kita

Motivasi : Bangkit dari Kegagalan

Video Motivasi -Jangan Menyerah

Budak Perempuan Dilanggar Dibiarkan

Sunday, October 16, 2011

MAJLIS KEMUNCAK HARI HEM 2011


KEHADIRAN YANG DINANTIKAN SLOT MOTIVASI BERSAMA DR FAZLEY YAACOB. KALAU YANG TAK KENAL INILAH DIA PENYANYI LAGU ASMARA. INI GAMBAR PERTAMA YANG DITANGKAP SEJURUS BELIAU SAMPAI...

BERSAMA PN HIDAYAH MOKHTAR(PENGETUA) DAN PN.KHAIRIAH AB KARIM(PKHEM)


PERSEMBAHAN MENARIK DARIPADA MURID PENDIDIKAN KHAS....


CERAMAH MOTIVASI DARIPADA DR FAZLEY



EH...RUPANYA DR FAZLEY BAWA IMRAN AJMAIN SAMA YA...TERUJA MURID2 SMKKU BILA DAPAT JUMPA IMRAN AJMAIN...CIKGU PUN TAK KENAL ORANGNYA CUMA TAHU LAGUNYA SAHAJA....


CENDERAMATA KENANGAN DARI PIHAK SEKOLAH....JASAMU DIKENANG....
SLOT MOTIVASI YANG MENARIK DAN TAK BOSAN....


ANTARA SLIDE YANG SEMPAT DIAMBIL OLEH PRS RAIZAN