Saturday, October 29, 2011

SIAPA KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Kebolehan Intelek yang Umum  
Kanak-kanak dikatakan pintar cerdas, sekiranya mempamerkan ciri kebolehan intelek umum yang lebih tinggi atau luar biasa jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Kanak-kanak ini didapati; 
1. sangat suka membaca bahan bacaan yang lebih tinggi dari tahap usianya.  
3. mempunyai emosi yang stabil serta peramah dan mesra.  
4. seorang usahawan yang bersedia untuk melakukan aktiviti atau projek yang menghasilkan wang.  
5. mempunyai disiplin kendiri yang tinggi sehinggalah  hanya sedikit sahaja kawalan dari luar yang diperlukan. 
6. seorang yang bijak kerana menyelesaikan masalah dengan pelbagai kaedah dan menjawab soalan dengan cepat dan tangkas.  
7. sangat kreatif dalam menghasilkan idea baru, melihat hubungkait dan menjana inovasi.  
8. mempamerkan perasan ingin tahu yang tinggi serta bijak menerka tentang sesuatu objek, situasi dan peristiwa.  
9. berkebolehan untuk melihat dan mengkagumi sesuatu perkara dengan lebih mendalam. 
10. mendedahkan keaslian ekspresi secara lisan dan bertulis.  
11. mempamerkan kesediaan untuk menerima sesuatu yang kompleks.  
12. tidak hanya sekadar menghafal tetapi berkebolehan menggunakan pengetahuan dan maklumat yang diingati dalam sesuatu situasi yang bersesuaian.  
13. menunjukkan daya pertimbangan yang tinggi dalam menilai sesuatu perkara.  
14. belajar dengan pantas, senang serta lancar dan sering mendapat gred yang baik dalam kebanyakan Matapelajaran.  
15. menggunakan banyak logik minda (common sense). 
16. menggunakan bilangan perkataan yang banyak dengan mudah dan tepat ketika berbicara atau menulis.  
17. bertanya banyak soalan yang provokatif.  
18. berkebolehan memahami perkara abstrak, mengaplikasi konsep dan mensintesisnya.  
19. mempunyai minat yang tinggi terhadap hubungan kesan-akibat, struktur, susunan dan konsistensi dalam sesuatu perkara. 
20. mempunyai kebolehan menumpukan perhatian dan tumpuan yang mendalam sehingga mengabaikan yang lain di sekelilingnya.  
21. seorang yang tabah dan tidak mengalah serta sangat berdikari.  
22. mempunyai tahap tenaga yang tinggi.


Kebolehan Intelek yang Khusus 
Selain dari kebolehan intelek umum, ada juga kanak-kanak yang menunjukkan kebolehan intelek yang khusus terhadap sesuatu bidang. Kanak-kanak yang dikatakan mempunyai kebolehan intelek yang khusus ini didapati;  
1. menunjukkan ciri yang hampir sama dengan ciri keupayaan intelektual umum tetapi menumpu kepada satu atau beberapa bidang sahaja.  
2. memberikan tumpuan yang mendalam terhadap bidang yang sangat diminatinya.  
3. belajar dengan pantas, mudah dan tanpa memerlukan pengulangan dalam satu atau beberapa bidang (tidak semua bidang).  
4. sangat suka belajar mata pelajaran tertentu sahaja berbanding mata pelajaran yang lain.  
5. menghabiskan tugasan projek yang diminatinya dalam tempoh masa yang lama tanpa dipaksa.  
6. berkebolehan menunjukkan perspektif yang luas dalam satu atau lebih bidang  
7. berkebolehan menilai kebolehan diri sendiri dalam bidang yang minatnya. 8. hanya akan meminta bantuan dari orang lain yang lebih tua umurnya atau rakan sebaya yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang yang diminatinya. 
9. mempunyai kemahiran verbal yang sangat lancar serta memiliki dan sering menggunakan perbendaharaan kata yang tinggi termasuk perkataan  uang unik dan baru jika dibandingkan dengan umur atau tahap akademik di sekolah. 
10. memiliki kemahiran berfikir yang tinggi serta berkemampuan menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan.  
11. berkebolehan untuk menbentuk teori baru terhadap sesuatu perkara 
12. mudah mengenali hubung kait antara perkara-perkara yang dilihatnya. 
13. mempunyai keinginan yang amat tinggi untuk tahu dalam semua perkara seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara. 
14. menunjukkan minat mendalam sehingga menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam satu jangka masa yang lama. 
15. mempunyai daya ingatan yang tinggi dan pantas serta mampu mengingati semula pelbagai perkara dengan cepat . 


Pemikiran Kreatif 
Satu lagi domain yang dapat membantu dalam mengenali kanak-kanak pintar cerdas ini adalah pemikiran kreatif. Kanak-kanak yang dikatakan mempunyai pemikiran kreatif adalah kanak-kanak yang didapati mempamerkan ciri seperti berikut: 
1. sangat lancar dan yakin ketika menyatakan serta menjelaskan idea yang telah difikirkannya.  
2. berkebolehan membuat hubungan-kait antara dua idea terpencil yang jarang difikirkan oleh orang lain.  
3. mempunyai pola pemikiran yang luwes dan bersedia untuk meneka serta membuat hipotesis.  
4. berkebolehan meneka kewujudan sesuatu masalah dalam situasi tertentu dan bertindak secara spontan dan mengikut gerak hati dalam menyelesaikannya.  
5. dapat menerima wujudnya ketaksamaan dan ketidakpastian dalam sesuatu perkara serta sedar terhadap ketidakkonsistensian dan ketidaksinambungan.  
6. berkebolehan menimbang atau mendefinisikan semula elemen sesuatu masalah atau tugasan dengan baik.  
7. menunjukkan tumpuan yang mendalam ketika melakukan  sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya.  
8. dapat mengekalkan idea sendiri dalam sebarang perbincangan atau kolaborasi dengan orang lain. 
9. berkebolehan memberikan pelbagai penyelesaian atau respons terhadap sesuatu masalah.  
10. tidak berubah fikiran apabila mengekpreskan diri dan ada kalanya bersikap radikal.  
11. seorang yang periang dan berminat kepada cerita fantasi dan imiginasi. 
12. selalu cuba untuk mengadaptasi atau memperbaiki sesuatu perkara.  
13. tidak kisah menjadi seorang yang berbeza dari orang lain disebabkan oleh kepintaran serta kreativitinya  
14. sering membuat penilaiannya sendiri sebelum menerima sesuatu perkara yang dimaklumkan kepadanya. 
15. sering bertanya soalan provokatif, mencabar ibu bapa, guru, peraturan bertulis dan pihak berkuasa yang lain.  
16. bosan dengan penghafalan dan pembacaan lisan.  
17. mempamerkan tingkah laku yang bertenaga dan adakalanya mengganggu perjalanan pembelajaran dalam kelas.  
18. menghasilkan respons yang tidak dijangka dan adakalanya tidak munasabah pada pandangan orang lain.  
19. berkebolehan menunjukkan tahap yang mengkagumkan dalam keasliannya, tumpuan dan ketekunan menghasilkan sesuatu tugasan atau projek yang melibatkan minat dan imaginasi.  
20. sering tercabar dengan idea-idea baru dan banyak bertanya soalan yang berbentuk ‘bagaimana kalau..’.  
21. sangat sensitif terhadap ciri-ciri estetik dan menghargai objek di sekelilingnya dengan mendalam. 
22. menyukai eksperimen, mencipta kaedah baru dalam penyelesaian sesuatu tugasan dan adakalanya suka berangan, berkerja sambil lewa atau lupa perkara yang lain. 
23. mempamerkan sifat suka berjenaka, melihat sesuatu yang lucu dalam situasi yang kompleks, seorang yang kelakar dalam kelas, membuat jenaka pada situasi yang kurang sesuai. 
24. pandai berjenaka serta mampu mencipta suatu situasi jenaka yang adakalanya tidak difahami langsung oleh rakan-rakan sebayanya. 


Kepimpinan  
Memiliki ciri kepimpinan turut dilihat sebagai salah satu domain yang boleh mengenalpasti seseorang kanak-kanak pintar cerdas. Seorang kanak-kanak dikatakan pintar cerdas dalam domain kepimpinan sekiranya menonjolkan ciri kepimpinan berikut; 
1. berkebolehan merangsang dan membangkitkan semangat orang lain dalam sesuatu perkara.  
2. berkebolehan mengenal pasti kemahiran dan kebolehan yang dimiliki oleh orang lain.  
3. mudah berinteraksi dengan orang lain dan menunjukkan kemahiran sosial yang tinggi.  
4. berkebolehan mengenalpasti matlamat sesuatu perkara dan menyatakannya dengan jelas.  
5. berkebolehan menerangkan idea dengan jelas kepada pendengarnya.  
6. sangat empati terhadap perasaan orang lain seperti berkebolehan mendengar serta merasai apa yang dirasai oleh seseorang yang menghadapi masalah. 
7. berkebolehan memberi arahan dengan jelas dan berkesan terhadap orang lain.  
8. mengamalkan kepimpinan yang telus dan bertanggungjawab serta boleh mengkordinasi 
tugasan dari beberapa orang individu.  
9. berkebolehan menjana perasaan positif (mood) sesuatu kumpulan dan sangat memahami perasaan orang lain.  
10. dilihat sebagai orang yang boleh membuat keputusan  serta menyokong ahli kumpulan bila perlu sahaja.  
11. selalu diminta untuk memberi pandangan dan cadangan.  
12. seorang yang berani untuk melakukan sesuatu yang baru.  
13. ada kecenderungan untuk mengawal rakan sebaya dalam sesuatu situasi. 


Kebolehan Psikomotor  
Dalam domain psikomotor pula, kanak-kanak yang mempunyai tahap yang mengkagumkan dalam aktiviti fizikal adalah kanak-kanak yang; 
1. mampu mengikut rentak dan irama dengan mudah seperti menari. 
2. sangat suka bersukan terutama sukan yang lasak. 
3. sukakan permainan yang fizikal atau tarian yang lasak.  
4. mempunyai bentuk tubuh yang sesuai dengan aktiviti fizikal sama ada kesukanan atau tarian.  
5. sangat berkeyakinan, seimbang dan kordinasi dalam aktiviti kesukanan fizikal.  
6. sangat bijak mencipta atau mengubah sesuatu permainan atau tarian yang disertainya.  
7. sangat bertenaga apabila melakukan sesuatu aktiviti kesukanan. 
8. mampu memahami aspek intelek dalam aktiviti psikomotor yang dilakukannya.  
9. menunjukkan ketahanan, stamina dan ketekunan yang tinggi dalam aktiviti fizikal.  
10. mempamerkan kemahiran atau kebolehan yang luar biasa dalam aktiviti fizikal berbanding rakan sebayanya.  


Kesenian Visual dan Persembahan  
Dalam domain kesenian visual dan persembahan, kanak-kanak akan dilihat dari tiga sub domain iaitu muzik, drama dan seni lukisan.  


Sub Domain Muzik  
Kanak-kanak yang amat berbakat dalam bidang muzik adalah kanak-kanak yang; 
1. mempunyai kebolehan menghayati irama sesuatu lagu dengan mudah. 
2. sangat bagus dalam memahami kordinasi irama, nada dan melodi.  
3. berkebolehan membezakan muzik dengan bunyian yang lain. 
4. memahami hubung-kait yang berkaitan dengan muzik.  
5. seronok melakukan aktiviti yang berkaitan dengan muzik serta menghayati muzik sepenuh hatinya.  
6. menunjukkan ingatan kuat terhadap nada bunyi. 
7. bersedia memberikan respons terhadap irama, melodi  dan harmoni sesuatu bunyian yang didengarinya.  
8. menggunakan muzik untuk mengekspresikan perasaan atau pengalaman.  
9. mencipta nada bunyian yang asli.  
10. menggemari tarian dan aktiviti drama muzikal.  


Sub Domain Drama  
Sementara itu, kanak-kanak yang dikatakan berbakat  dalam bidang drama adalah kanak-kanak yang; 
1. menunjukkan minat yang mendalam dan sangat seronok melakukan aktiviti lakonan.  
2. berupaya menukar peranan dari satu watak ke satu watak yang lain samada sebagai manusia, binatang mahupun objek yang berbeza.  
3. menggunakan nada suaranya dengan baik untuk menggambarkan perubahan mood dalam lakonan.  
4. menunjukkan kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu  konflik bila melakonkan sesuatu adengan.  
5. berkomunikasi dengan perasaan melalui wajah dan pergerakan tubuh badan.  
6. sangat seronok dengan respons yang memberangsangkan yang diberikan oleh penonton.  
7. mempamerkan kebolehan melakonkan sesuatu perasaan atau dan peranan yang diberikan dengan mudah. 
8. mampu membawa pendengar ke klimak dengan penceritaan sesuatu cerita secara lisan sahaja. 
9. mempunyai imaginasi yang tinggi dalam membayangkan sesuatu sama ada baik atau buruk. 
10. boleh mencipta cerita yang bagus dalam menyatakan perasaan dan pengalaman yang dialaminya.  


Sub Domain Seni Lukisan 
Satu lagi bidang dalam kesenian visual ialah seni lukisan. Kanak-kanak yang berbakat dalam 
bidang ini ialah kanak-kanak yang; 
1. berkebolehan melukis pelbagai objek dengan mudah.  
2. memberikan tumpuan yang mendalam ketika menghasilkan sesuatu karya lukisannya. 
3. mempunyai perancangan teliti dan baik dalam pembahagian ruang ketika menghasilkan sesuatu lukisan.  
4. sangat serius dan seronok dalam melakukan seni lukisan.  
5. menunjukkan keaslian dalam usaha menghasilkan sesuatu hasil karya lukisan. 
6. bersedia untuk mencuba bahan-bahan baru dan juga pengalaman dalam menghasilkan sesuatu karya.  
7. menggunakan sepenuh masa lapangnya untuk melukis. 
8. menggunakan lukisan untuk mengekpresikan perasaan dan pengalamannya.  
9. berminat terhadap hasil karya lukisan orang lain termasuklah menghargai serta mengkritiknya. 
10. suka menghasilkan karya yang berbentuk tiga dimensi seperti menggunakan tanah liat, plastersin dan mengukir sabun.  


Sosial-emosi
Sosial-emosi adalah salah satu domain yang penting  dalam melihat ciri kanak-kanak pintar 
cerdas dan berbakat ini. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan dalam sosial emosi adalah 
kanak-kanak yang didapati; 
1. sangat menitikberatkan hal-hal keadilan serta mempunyai perasaan yang mendalam terhadap keadilan dan adakalanya mungkin akan menentang dengan tegas sesuatu yang dirasanya tidak adil. 
2. berkeyakinan yang tinggi, percaya dirinya dihargai kerana kebolehannya bukan kerana siapa dia. 
3. lebih gemar berkawan dengan individu yang lebih tua dari usianya. 
4. berkecenderongan menjadi seseorang yang sangat mementingkan kesempurnaan. 
5. sentiasa mengkritik diri sendiri dan orang lain sehinggakan mungkin melakukan tugasan dengan terlalu berhati-hati sehingga lewat menyempurnakannya atau menangguhkan kerja. 
6. persahabatannya berasaskan minat yang sama dikongsinya tetapi bukan kerana umur yang sebaya dengannya. 
7. mudah menyesuaikan diri dengan situasi yang baru dihadapinya. 
8. mempunyai keperihatinan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang menarik minatnya.  
9. jujur, peramah dan suka membantu. 
10. sangat sensitif dari segi emosi dan tingkah laku. 
11. sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan dan mudah kecewa walau pun dalam hal-hal yang kecil.  
12. mudah mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu yang menyentuh hatinya.  
13. sangat simpati dan menyayangi haiwan serta sanggup untuk berhenti makan daging.  
14. sangat teliti dalam hal yang berkaitan dengan peraturan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain. 
15. tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna. 
16. gemar bertanya soalan secara kritikal terhadap perkara yang serious seperti masalahmasalah berkaitan populasi dunia dan isu-isu alam sekitar. 


Rujukan 
Bee. H. L. 2000. The developing child. 9th Edition. Allyn & Bacon : New York. 


Davis, G., & Rimm, S. 1998. Education of the gifted and talented. 4th Edition. Allyn & Bacon : New 
York  


Gargiulo, R. M. 2006.  Special Education in Contemporary Society : An Introduction to 
Exceptionality. 2nd Edition. Thompson Wadsworth : USA 


Rimm, S. 2008. Why bright kids get poor grades : And what you can do about it. 3rd Edition. Great 
Potential Press Inc. : USA 


Sousa, D. A.2003. How the gifted brain learns. Corwin Press Inc. : USA 


Talay-Ongan, A. 2004. Early Development Risk and Disability : Relational Context. Pearson Prentice 


Hall: Malaysia Willis, J. A. 2009. Inspiring middle school minds : Gifted, creative and challenging. Great Potential 


Press Inc. : USA 

Sumber: Laman Web Permata Negara

No comments: