Wednesday, October 26, 2011

KUASA DOA


Saban hari bertemu dengan ibu bapa klien di sekolah membuatkan hati rasa gundah dan resah melihat situasi masalah yang dihadapi oleh ibu bapa yang memiliki anak2 yang bermasalah. Bukan mudah untuk kita bercakap kerana bila mengalaminya baru kita rasa apa yang mereka rasa...ada yang kecewa namun tidak kurang juga yang seperti sudah putus asa terhadap sikap anak2 mereka...."ntahlah cikgu, saya pun tak tahu apa nak buat dah dengan anak saya ni....macam tulah dia....". Ini antara dialog yang selalu saya dan rakan2 kaunselor alami....so apa yang patut kita buat..takkan nak biarkan aje macam tu....


Berhenti setakat itu sahaja.....terus bersedih dengan ujian Allah pada kita, kalau lihat pada ayat Surah Al Imran : 139 ini ada sesuatu kekuatan sebenarnya kalau ibu2 dan bapa2 mengambil ia sebagai ujian dan tanda kasih Allah pada kita untuk diangkat darjat kita....

Ayuh semua ibu2 bapa2 di luar sana kita bangkit dari kesedihan, kekesalan kita dengan satu kaedah yang Allah berikan pada kita iaitu DOA. Sebut memang mudah...bila saya ajukan kepada ibu2 klien saya 
" tolonglah puan doakan untuk anak puan jangan sesekali memaki hamun kerana doa ibu ini selalunya termakbul".....jawab siibu " dah habis doa cikgu, memang tak tahu nak cakap apa"....Ibu jangan putus asa dari terus berdoa ya...jangan sesekali putus asa.....jika kita terus berdoa mengharapkan keredhaan Allah pada anak kita samalah kita telah berfikiran positif terhadap ujian ini. Mari kita tingkatkan skill berdoa kita dan letakkan pergantungan terus pada Allah.

Ada satu kisah benar yang saya ingin kongsikan berkaitan kosep doa dan tawakal ini. Kisah ini adalah kisah benar yang saya dapat daripada sahabat baik saya mengenai kisah kakaknya sendiri yang mendapat ujian yang agak besar iaitu anak lelakinya seorang penagih dadah dan selalu menyakitkan hati ibunya. Namun ibu ini sangat tabah sekali dan tidak pernah menyumpah anaknya walaupun ahli keluarga yang lain dah give up dengan anak lelakinya. Si ibu terus berdoa siang dan malam agar Allah berikan petunjuk kepada anaknya....katanya Allah adil takkan kejam pada hambanya. Hebat sekali ibu ini....konsep Think Positif sentiasa ada dalam diri beliau. Saya menitis air mata bila kawan saya kata setelah bertahun akhirnya doa si ibu termakbul anak yang disangka akan terus jadi sampah masyarakat akhirnya kembali bertaubat dan mula insaf serta kembali pada keluarga, mula solat dan jadi anak yang rajin....Subhanallah itulah janji Allah....kita kena sabar atas setiap ujian Allah pada kita....Inilah IBU MITHALI sebenarnya menerima anak dalam keadaan susah dan senang.....SABAR akan ujian jadi rahsia keajaiban DOA termakbul jua akhirnya....


No comments: