Saturday, December 28, 2013

Pendaftaran TG 1 2014








Pendaftaran Tingkatan 1 2014

Tarikh : 28/12/2013 (Sabtu)
Tempat : SMK Kajang Utama
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

8.00 PAGI    :           Ibu bapa mengambil tempat di Dewan 
                                :           Ucapan Aluan Pengerusi
                                :           Bacaan Doa
                                :           Ucapan Pengetua SMK Kajang Utama
                                :           Taklimat PBS
                                :           Taklimat Pendaftaran Tingkatan 1
                                :           Pendaftaran Murid di kelas yang ditetapkan
1.00 petang  :           Pendaftaran selesai

Sunday, October 20, 2013

Sindrom Aku Tak boleh Dikritik (A.T.D)..


AWAS!! sindrom ini mudah berjangkit yang mampu merosakkan diri kita dan orang tersayang!!

 Sindrom yang terlalu dahsyat ini sedang teruk menular dalam segenap darah dan denyut nadi organisasi, institusi, pertubuhan juga jemaah.Semakin hari semakin ramai yang rebah dengan penularannya yang tak mengenal mangsa dan waktu.

Simptom-simptom mereka yang menghadapi sindrom A.T.D ini antara yang sempat oleh dilaporkan antaranya;


1) gagal memahami kritikan atau soalan atau cadangan yang diajukan
2) suka menjawab dengan emosi, hentam, taram@bantai dan jika semakin kritikal menipu fakta!
3) tidak mahu, tidak akan dan tidak pernah berbaik, bertegur sapa dan beramah mesra dengan orang yang pernah mengkritiknya
4) mempunyai kemampuan luar biasa dengan mencipta sejuta alasan terbaik juga kemampuan luar biasa dengan sejuta cara menghampakan pengkritik/penyoal/pencadang
5) suka menjawab sebelum orang yang mengkritik/menyoal/mencadang habis bercakap (suka potong cakap)
6) suka menyalahkan orang atau pihak lain atas kesalahan yang diletakkan atas dirinya, mirip2 dengan simptom Aku Takpernah Salah (A.T.S)
7) sentiasa nampak salah dan silap pengkritik/penyoal/pencadang dengan ayat cam “cakap lebih kerja taknak” “kritik tak guna saluran yang betul” dan segala yang sewaktu dengannya..


adakah simptom-simptom ini ada pada kita?? ada tak?? jika ada kita dalam masalah yang besar sebab bakal menanggung kesan yang cukup parah..
kesan-kesan penghidap  A.T.D berdasarkan pemerhatian doktor;


1) hidup  penuh keresahan dan tidak tenang bukan kerana dibenci orang sekeliling tapi kerana dibenci diri sendiri (fitrah selaku hamba bertentang dengan nafsu ego)
2) terasa seluruh dunia bermusuh dengan dirinya atau terasa nak bermusuh dengan seluruh dunia
3) sentiasa memohon, meminta, merayu untuk dihormati, dipatuhi dan ditaati tanpa banyak soal
4) sentiasa tidak pernah sedar akan kesalahan demi kesalahan yang dibuat
5) sentiasa meyakini dirinya adalah pejuang manakala orang yang selisih pendapat pada hal yang terlalu kecik dianggap pemberontak, ancaman dan ejen musuh
6) tidak pernah berani menyahut cabaran pengkritik/penyoal/pencadang
7) suka jadi stalker atau spy tak bertauliah yang mengikuti setiap inci kehidupan pengkritik/penyoal/pencadang demi mencari walau secalit kesalahan dan keaiban mereka..


tapi jangan risau, alhamdulillah ubat telah ditemui untuk penyakit ini.. 1) banyakkan meminta maaf sekalipun kita tak bersalah sikit habuk kuman pun pada kesalahan yang ditujukan kat kita sekalipun memang ternyata kita tak de kaitan dengan masalah tu pun
2) maniskan muka, senyum tigeeee atau tempeeee atau peacheesss supaya pengkritik/penyoal/pencadang rasa selesa dan ramah
3) yakin bahawa hablum minannas (hubungan dengan manusia) sangat perlu dijaga setelah hablum minallah (hubungan dengan Allah)..
4) jangan mencari dan akhirnya mencipta ayat untuk memenangi hujah tetapi cari dan cipta cara untuk memenangi hati.. kita suka menang hujah tapi kalah hati kan kan kan..
5) jangan anggap pengkritik/penyoal/pencadang itu rendah darjat atau tak layak nak kritik kita, letakkan kita yang dibawah dan mereka itu diatas.. anggap mereka lebih baik dan lebih memahami situasi walaupun kebanyakan masa pengkritik/pencadang/penyoal tu melalut tak berhenti disamping menuduh dengan kuang hajaq (kurang ajar)
6) bagi galakan dan penghargaan pada pengkritik/pencadang/penyoal, contoh “terima kasih atas kritikan kau, aku akan pertimbangkan, kritik la aku selalu ek” atau nak bagi power sikit ayat camnie.. “alhamdulillah mungkin Allah nak tegur aku melalui hamba yang dikasihiNya iaitu kau, doakan aku wei”
7) jangan campur adukkan antara masalah yang dibincang dengan masalah peribadi pengkritik/penyoal/pencadang.. ia membuatkan kita nak balas kritikan dengan kritikan lagi dahsyat bin maut


namun kena beringat, tak ramai yang sempat amek ubat-ubat nie.. ada yang ditakdirkan ke lahad sebelum sempat sembuh.. maka pencegahan penyakit kena ada..
1) jangan berkawan, berguru, bersistem dengan kawan, guru atau sistem yang jumud dan totok apatah lagi taasub
2) hentikan mempercayai, mentaati sesuatu tanpa hujah, dalil atau bukti atau bahasa kasar hentikan dari  diperbodohkan
3) banyakkan melepak dan berukhwah dengan mereka yang luar zon selesa kita, jangan terperuk sangat
4) cari guru, kawan yang mampu jujur dan ikhlas menegur kita demi redha Allah, diorang nie yang betul-betul sayang kita.. bak kata seorang yang aku hormati.. ‘kawan tu orang yang berkata benar, bukan membenarkan kata”
5) hargai semua makhluk Allah, Allah tak ciptakan sesuatu saje-saje dan sia-sia.. rasai keindahan dan kemanisan syukur pada Allah
6) halang diri dari berkata buruk dan negatif, dan ajar diri untuk sentiasa mencari kata-kata indah dan positif saat dihujani dengan kata-kata buruk dan negatif orang lain
7) insafi kekurangan diri dengan selalu bermuhasabah.. insafi kekurangan organisasi dengan mengajak anggota untuk bermuhasabah..

PENDIDIKAN KERJAYA 2 (Jom Semak Senarai IPTA)


Pendidikan Kerjaya

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Logo UPSIUPSI
  • Pendaftar
    Bahagian Akademik
    Universiti Pendidikan Sultan Idris
    35900 Tanjung Malim
    Perak
  • Tel : 05-450 6932
    Faks : 05-458 2670
    Emel : –
    Web : www.upsi.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Logo UTHMUTHM
  • Timbalan Pendaftar Kanan
    Pejabat Pengurusan Akademik
    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
    86400 Parit Raja,
    Batu Pahat Johor
  • Tel : 07-453 7681/ 7655/ 7687/ 7689/ 7694/ 7696
    Faks : 07-453 6085
    Emel : pa@uthm.edu.my
    Web : www.uthm.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Logo UTeMUTeM
  • Bahagian Pengurusan Akademik
    Pejabat Pendaftar
    Universiti Teknikal Malaysia Melaka
    Karung Berkunci 1200
    Hang Tuah Jaya
    75450 Ayer Keroh
    Melaka
  • Tel : 06-331 6086/ 6077/ 6073/ 6076
    Faks : 06-331 6079
    Emel : bpa@utem.edu.my
    Web : www.utem.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Sultan Zainal Abidin

Logo UNiSZAUNiSZA
  • Pendaftar
    Bahagian Akademik
    Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia – UDM)
    Kampus Kota,
    Jalan Sultan Mahmud,
    20400 Kuala Terengganu
    Terengganu Darul Iman
  • Tel : 09-622 0707/ 627 5514/ 666 4466
    Faks : 09-622 1785
    Emel : mdzamrie@unisza.edu.my
    Web : www.unisza.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Teknologi MARA

Logo UiTMUiTM
  • Ketua
    Bahagian Pengambilan Pelajar
    Pusat Inovasi
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
  • Tel : 03-5544 3164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175
    Faks : 03-554 43170
    Emel : bpp@salam.uitm.edu.my
    Web : www.uitm.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Malaysia Terengganu

Logo UMTUMT
  • Bahagian Akademik
    Aras 1, Bangunan Canselori dan Pentadbiran
    Universiti Malaysia Terengganu
    21030 Kuala Terengganu
    Terengganu
  • Tel : 09-668 4219/ 4532/ 4467/ 4141
    Faks : 09-668 4143
    Emel : akademik@umt.edu.my
    Web : www.umt.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Malaysia Sabah

Logo UMSUMS
  • Timbalan Pendaftar
    Bahagian Perkhidmatan Akademik
    Aras 3, Blok Utara,
    Bangunan Canselori
    Universiti Malaysia Sabah
    Beg Berkunci 2073
    88999 Kota Kinabalu
    Sabah
  • Tel : 08-832 0213/ 1259/ 0053
    Faks : 08-832 0090
    Emel : –
    Web : www.ums.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Malaysia Pahang

Logo UMPUMP
  • Bahagian Pengurusan Akademik
    Kompleks Perkhidmatan Siswa
    Universiti Malaysia Pahang
    Karung Berkunci 12
    25000 Kuantan
    Pahang Darul Makmur
  • Tel : 09-549 2550/ 2557
    Faks : 09-549 2555
    Emel : –
    Web : www.ump.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Logo UKMUKM
  • Timbalan Pendaftar
    Bahagian Pengurusan Akademik
    Jabatan Pendaftar
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 Bangi
    Selangor
  • Tel : 03-8921 4126/ 5041/ 5336
    Faks : 03-8925 0662
    Emel : akad@ukm.my
    Web : www.ukm.my dan Semakan Permohonan

Universiti Malaysia Kelantan

Logo UMKUMK
  • Pendaftar
    Bahagian Pengurusan Akademik
    Universiti Malaysia Kelantan
    Karung Berkunci 36
    16100 Kota Bharu
    Kelantan
  • Tel : 09-771 7056/ 7058
    Faks : 09-771 7052
    Emel : akademik@umk.edu.my
    Web : www.umk.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Malaya

Logo UMUM
  • Timbalan Pendaftar
    Bahagian Akademik,
    Jabatan Pendaftar
    Universiti Malaya
    50603 Kuala Lumpur
  • Tel : 03-7967 3279/ 3440/ 3441
    Faks : 03-7967 3449
    Emel : skr@um.edu.my
    Web : www.um.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Putra Malaysia

Logo UPMUPM

Universiti Sains Islam Malaysia

Logo USIMUSIM
  • Pendaftar
    Bahagian Akademik
    Universiti Sains Islam Malaysia
    Bandar Baru Nilai
    71800 Nilai
    Seremban
  • Tel : 06-798 8000/ 8325/ 8328
    Faks : 06-798 8334
    Emel : akademik@usim.edu.my
    Web : www.usim.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Malaysia Perlis

Logo UNIMAPUNIMAP
  • Pendaftar
    Jabatan Pendaftar
    Bahagian Pengurusan Akademik
    Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar
    Universiti Malaysia Perlis
    Tingkat 1, Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
    Jalan Bukit Lagi
    01000 Kangar
    Perlis
  • Tel : 04-979 8701/ 8702/ 8706/ 8008
    Faks : 04-979 8703
    Emel : –
    Web : www.unimap.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Sains Malaysia

Logo USMUSM
  • Timbalan Pendaftar
    Unit Kemasukan & Pengambilan
    Aras 2, Bahagian Pengurusan Akademik
    Jabatan Pendaftar
    Universiti Sains Malaysia
    11800 Minden
    Pulau Pinang
  • Tel : 04-653 3329/ 3059/ 3141/ 2688/ 3327/ 3478
    Hotline : 1 300 888 876
    Faks : 04-653 3328
    Emel : –
    Web : www.usm.my dan Semakan Permohonan

Universiti Teknologi Malaysia

Logo UTMUTM
  • Pendaftar
    Bahagian Pengurusan Akademik
    Unit Kemasukan Dan Rekod
    Universiti Teknologi Malaysia
    81310 Skudai
    Johor Darul Takzim
  • Tel : 07-553 3333
    Faks : 07-558 1791
    Emel : upa@utm.my
    Web : www.utm.my dan Semakan Permohonan

Universiti Utara Malaysia

Logo UUMUUM
  • Pengarah
    Jabatan Hal Ehwal Akademik
    Universiti Utara Malaysia
    06010 Sintok
    Kedah Darul Aman
  • Tel : 04-928 3174/ 3108/ 3168/ 3103
    Faks : 04-928 3115/ 3109
    Emel : –
    Web : www.uum.edu.my dan Semakan Permohonan

Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS

Logo UNIMAS
  • Pendaftar
    Bahagian Pengajian Prasiswazah
    Aras G, Bangunan Canselori
    Universiti Malaysia Sarawak
    94300 Kota Samarahan
    Sarawak
  • Tel : 082-581000 samb 1088/ 1049/ 1050
    Faks : 082-581 048
    Emel : ukp@unimas.my
    Web : www.unimas.my dan Semakan Permohonan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Logo UIAMUIAM
  • Pengarah
    Bahagian Kemasukan dan Rekod
    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
    P.O. Box 10
    50728 Kuala Lumpur
  • Tel : 03-6196 4000/ 4040/ 3019/ 4047
    Faks : 03-6196 4724
    Emel : –
    Web : www.iiu.edu.my Semakan Permohonan

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Logo UPNMUPNM
  • Pendaftar
    Jabatan Kemasukan dan Rekod
    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
    Kem Sungai Besi
    57000 Kuala Lumpur
  • Tel : 03-90512699
    Faks : 03-90512698
    Emel : –
    Web : www.upnm.edu.my dan Semakan Permohonan

Wednesday, July 24, 2013

PANDUAN IBU BAPA ;PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

TAFSIRAN BAND

BAND 1
 TAHU Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

BAND 2 
TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

BAND 3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT 
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

BAND 4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

BAND 5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

BAND 6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

OKLAH MINGGU NI CIKGU NAK CERITA PASAL PBS PLAK...BUKAN APA NAMPAKNYA SELEPAS DARIPADA PERTEMUAN UNTUK MENGAMBIL LAPORAN PREASTASI PBS SEMESTER 1 BARU2 INI...CIKGU BERKESEMPATAN UNTUK BERJUMPA DENGAN IBU BAPA DI KELAS YANG CIKGU BERTUGAS. ALHAMDULILLAH KERANA CIKGU BERASA SANGAT SERONOK APABILA DAPAT BERKONGSI INFO PBS MURID BERSAMA IBU BAPA YANG HADIR. ANTARA PERKARA YANG DIBANGKITKAN IBU BAPA;

1. MACAM MANA NAK TENGOK PRESTASI ANAK...
2. BAND NI KALAU SISTEM LAMA MEWAKILI GRED YG MANA
3. PBS XDE NO TERTENTU DALAM KELAS KE.
4. DI RUMAH ADA ANAK2 YG KURANG BELAJAR SEBAB TIADA EXAM.
5. APA YG BOLEH SAYA BANTU UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI ANAK SAYA DENGAN SISTEM PBS?

hmmmm.....cikgu sangat tertarik dgn soalan terakhir..apa yang boleh ibu bapa buat untuk membantu anak2 yang mengambil PBS kerana rata2 risau nampak anak2 makin kurang tumpuan belajar sebab pentaksiran dinilai di sekolah. Perkara pertama mmg kita tidak nafikan PBS bukanlah exam yang dinilai dari segi markah semata2....kalau dilihat dari aspek band seperti yang dipaparkan di atas...kita dapat lihat maksud setiap band itu sendiri... dan penilaian yang dikira baik apabila anak2 tuan puan sudah mampu mencapai sehingga band 4 dan ke atas. Band 4-5 menunjukkan anak2 tuan puan sudah tahu, faham dan boleh buat setiap tugasan yang diberikan....dan apabila mereka mempunyai sikap kesungguhan yang lebih tinggi akan melayakkan mereka untuk mendapat band 5&6....biasanya band 4-6 memerlukan murid mengaplikasi pengetahuan dengan perkongsian dengan rakan2 dan perlu dibentangkan. Mungkin ada ibu bapa yang risau apabila melihat ada anak2 yang begitu tekun membuat sesuatu tugasan hingga membuat rakaman video tugasan. Ini hakikatnya yang kita hasratkan daripada PBS. Namun bukan semua murid mampu mencapai sehingga ke tahap itu kerana ia amat memerlukan kesungguhan dan keazaman yang tinggi..di sini kemahiran komunikasi, asas public speaking sangat diperlukan...untuk ibu bapa yang merasakan anak2 anda seorang yang senyap kurang keyakinan..perlu dilakukan sesuatu untuk meransang keinginan anak anda untuk berusaha mencapai band yang terbaik. 

oklah sampai sini sahaja coretan cikgu...insyaAllah akan dimurnikan lagi perbincangan PBS berkaitan psikometrik pula....Selamat berbuka semua.

Tuesday, July 16, 2013

PENGURUSAN RELIEF : MEMBINA BUBLE MAP i THINK



SALAH SATU AKTIVITI RELIEF YANG CIKGU DAH JALANKAN DENGAN MURID2 TINGKATAN 1 SMKKU IALAH MEMBUAT BUBBLE MAP SALAH SATU JENIS MAP YANG DIAJAR DALAM i THINK....APA YANG CIKGU NAK SHARE DI SINI IALAH APABILA ANAK2 INI DIBERI MARKER PELBAGAI WARNA DAN KERTAS WARNA WARNI...PELBAGAI HASIL MENARIK DAPAT DILIHAT....KREATIF SANGAT...SAMPAI BUBBLE MAP PUN DAH JADI PELBAGAI BENTUK....TAKPELAH YANG PENTING CIKGU DAPAT LIHAT ANAK2 BEGITU EXCITED MENGEKSPRESIKAN HASIL KARYA MASING2..

TAJUK DIBERI SIFAT DIRI SAYA....WALAUPUN DAH MASUK SEMESTER DUA...MASIH RAMAI YANG SUKAR UNTUK MENYENARAIKAN SIFAT DIRI SENDIRI....POSITIF ATAU NEGATIF....HASIL YANG CIKGU LIHAT ADA MURID TERLAU POSITIF LANGSUNG TIADA NEGATIF....ADA PULA SEMUA NEGATIF.....APAPUN ANAK2 SEMUA DAH BERJAYA MEMBONGKAR SEDIKIT DEMI SEDIKIT POTENSI DIRI MASING-MASING...

ADA BANYAK LAGI HASIL KARYA YANG BLOM SEMPAT CIKGU AMBIL GAMBAR....NANTI KALAU SEMPAT CIKGU MASUKKAN HASILNYA...

Pengurusan Relief : Terapi Fotografi...


Cuba lihat aksi rakan2 di atas......inilah realiti hidup kalau dapat bergambar tu satu yang menyeronokkan terutama bila dapat beraksi bersama rakan2. Punyalah excited dan nampak sangat gembira...Apa lagi yang akan menjadi kenangan apabila kita tamat persekolahan nanti kalau tidak kerana sekeping gambar....kerana sekeping gambar akan merakam seribu satu makna buat kita....dengan kecanggihan kamera zaman sekarang ni...banyak moment menarik boleh dirakam dengan penuh bergaya...

Namun ada juga yang malu2 untuk bergambar....kenapa ya? Malu? X suka bergambar? Rasa tak yakin? macam2 reaksi juga dilontarkan...semua sifat2 ini perlu di atasi segera...terutama isu kurang keyakinan diri...kerana ada yang anggap org yang cantik dan handsome je boleh ambil gambar....saya ni tak cantik dan handsome nanti gambar jadi buruk?....

Betul ke teori tu....sebab kalau ikut asas fotografi pun kita nak ambil gambar yg ada cerita..tak kiralah yang cantik atau buruk...cuma tengok gambar2 ahli sukan yang diambil dalam keadaan posisi mereka tidak bersedia kan ke buruk...gambar yg dipegunkan....tapi itu nilai yang sangat unik...

Jika kita tanamkan pemikiran sedemikian dalam diri kita, kita akan berterusan berada dalam keadaan tidak yakin pada diri sendiri...tiada pun tertulis hanya orang yang cantik....hot....dll je yang boleh bergambar....semua orang boleh bergambar....cuma jaga batasan adab, budaya dan agama apabila mengambil gambar....

Buat ibu bapa di luar sana pantaulah aktiviti bergambar anak2...kerana mereka sedang meneroka kehidupan dan memerlukan bimbingan. Elakkan anak2 meng upload gambar2 tidak menutup aurat dan seksi di laman sosial dan blog masing. Usaha pemantauan perlu sentiasa dilakukan kerana jika dibiarkan akan menimbulkan masalah yang lebih besar selepas ini. 

Anak2 puteri yang cikgu kasihi....jagalah maruah diri anak2. Jangan mudah untuk mempamerkan tubuh badan kita pada orang yang tidak kita kenali....apabila kita upload gambar2 yang mendedahkan aurat di laman sosial kita telah mengundang persepsi orang awam pada kita....pro atau kontra semua ada...berhati2lah jangan ikut trend kawan2....jadilah diri sendiri yang ada jati diri dan reset minda untuk menjadi role model terbaik.

Monday, July 15, 2013

DALAM KENANGAN : LADAP i Think



Hebat dan sporting..itulah ungkapan yang boleh cikgu share dgn anak2 SMKKU kali ni....bulan lepas salah satu aktiviti guru2 SMKKU diperkenalkan satu kaedah untuk membantu meningkatkan aktiviti PdP di dalam kelas. Sebelum nak bagi ilmu ni pada anak murid semestinya guru2 perlu cuba dulu.....apalagi begitu excited guru2 semua untuk melakukan aktiviti....Tahniah dan Syabas cikgu ucapkan kepada guru2 SMKKU...

Saturday, July 6, 2013

Selamat Datang Ramadhan.....


Moga Ramadhan kali ini akan menjadi detik untuk diri kita untuk menjadi orang yang lebih baik dari hari semalam...

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UITM


JANGAN LUPA BELI NO UNIK ID DI BSN YA DENGAN HARGA RM 17.00. CUBALAH MANA YANG MASIH LOM DAPAT MANA2 TAWARAN TU....LAYARI LAMAN WEB YANG DIBERI TU.

http://online.uitm.edu.my

Sunday, June 23, 2013

Panduan Menghadapi Masalah Jerebu



Oklah jerebu di Kajang pun dah mula terasa....dah ptg ni pun mendung je kan. Mata dah mula terasa pedih tekak rasa perit....yg penting anak2 perlu jaga kesihatan jgn dedahkan diri pada tempat terbuka kerana tahap udara di luar adalah kotor...jaga diri semua...

Saturday, May 11, 2013

MINGGU JALINAN MESRA TINGKATAN 6 BAWAH 2013


Hari pertama pendaftaran tapi cikgu lambat sket ambil gambar so x nampak lah gambar semua yang mendaftar hari tu..

Acara yang menarik pengenalan subjek MUET tg 6  & Aktiviti MUET Fashion Show tentang pakaian2 di Malaysia mengikut pelbagai budaya...


 Senior2 Tg 6 memperagakan pakaian masing-masing...


Oklah minggu depan kita sambung lagi ya....

Tuesday, April 30, 2013

Program Pemantapan Sahsiah Tingkatan 5 : Ekspresi Clay Therapy

 Hasil Clay Terapi yang menarik....

 Ada sirna pada hasil clay ni...

 Wah ini baru 1 Malaysia....semua bergabung..... Ekspresi anak muda....

 Hasil karya yang menarik..

 Inilah kerjasama yang diperlukan....

 Apa yang penting kerjasama..

 Apa saya nak buat ni cikgu...

 Cantik tak bunga ni..


cantik gabungan warnanya..

Tahniah semua anak2 kerana memberikan kerjasama yang terbaik.....hasil yang hebat