Tuesday, July 16, 2013

Pengurusan Relief : Terapi Fotografi...


Cuba lihat aksi rakan2 di atas......inilah realiti hidup kalau dapat bergambar tu satu yang menyeronokkan terutama bila dapat beraksi bersama rakan2. Punyalah excited dan nampak sangat gembira...Apa lagi yang akan menjadi kenangan apabila kita tamat persekolahan nanti kalau tidak kerana sekeping gambar....kerana sekeping gambar akan merakam seribu satu makna buat kita....dengan kecanggihan kamera zaman sekarang ni...banyak moment menarik boleh dirakam dengan penuh bergaya...

Namun ada juga yang malu2 untuk bergambar....kenapa ya? Malu? X suka bergambar? Rasa tak yakin? macam2 reaksi juga dilontarkan...semua sifat2 ini perlu di atasi segera...terutama isu kurang keyakinan diri...kerana ada yang anggap org yang cantik dan handsome je boleh ambil gambar....saya ni tak cantik dan handsome nanti gambar jadi buruk?....

Betul ke teori tu....sebab kalau ikut asas fotografi pun kita nak ambil gambar yg ada cerita..tak kiralah yang cantik atau buruk...cuma tengok gambar2 ahli sukan yang diambil dalam keadaan posisi mereka tidak bersedia kan ke buruk...gambar yg dipegunkan....tapi itu nilai yang sangat unik...

Jika kita tanamkan pemikiran sedemikian dalam diri kita, kita akan berterusan berada dalam keadaan tidak yakin pada diri sendiri...tiada pun tertulis hanya orang yang cantik....hot....dll je yang boleh bergambar....semua orang boleh bergambar....cuma jaga batasan adab, budaya dan agama apabila mengambil gambar....

Buat ibu bapa di luar sana pantaulah aktiviti bergambar anak2...kerana mereka sedang meneroka kehidupan dan memerlukan bimbingan. Elakkan anak2 meng upload gambar2 tidak menutup aurat dan seksi di laman sosial dan blog masing. Usaha pemantauan perlu sentiasa dilakukan kerana jika dibiarkan akan menimbulkan masalah yang lebih besar selepas ini. 

Anak2 puteri yang cikgu kasihi....jagalah maruah diri anak2. Jangan mudah untuk mempamerkan tubuh badan kita pada orang yang tidak kita kenali....apabila kita upload gambar2 yang mendedahkan aurat di laman sosial kita telah mengundang persepsi orang awam pada kita....pro atau kontra semua ada...berhati2lah jangan ikut trend kawan2....jadilah diri sendiri yang ada jati diri dan reset minda untuk menjadi role model terbaik.

No comments: