SALAH SATU STRATEGI YANG DIRANCANG UNTUK MENGURANGKAN KADAR PENURUNAN PONTENG SEKOLAH DAN PERGADUHAN IALAH AKTIVITI :
YANG BERTUJUAN UNTUK MENGHIDUPKAN SUASANA KEKITAAN DALAM MASYARAKAT SMKKU. PENGIKTIRAN DIBERIKAN KEPADA MURID2 YANG BERJAYA MENUNJUKKAN KECEMERLANGAN DIRI DALAM ASPEK SAHSIAH.
BAGI KESELURUHAN PULA KITA MENSASARKAN PROGRAM YANG LEBIH UNIVERSAL IAITU YANG BERKAITAN SUKAN BAGI MENYAHUT SLOGAN 1 SUKAN 1 MURID 1 MALAYSIA.
SEMALAM 30/9/2011 TELAH BERLANGSUNG PERTANDINGAN BOLA SEPAK DI KALANGAN MURID SESI PETANG. LIGA YANG DINANTIKAN OLEH SEMUA MURID INI TELAH DIJAYAKAN OLEH ORANG KUAT BOLA SEPAK IAITU CIKGU ROSMAN DAN DIBANTU OLEH CIKGU HISHAM.
YANG BERBAJU MERAH CIKGU ROSMAN DAN YANG PUTIH CIKGU HISHAM. TERIMA KASIH ATAS USAHA CIKGU WALAUPUN PROGRAM INI DI BAWAH KELAB BOLA SEPAK SEKOLAH NAMUN IA SATU USAHA YANG MURNI SEBENARNYA UNTUK MENDEKATKAN PARA PELAJAR BAGI MENCINTAI SEKOLAH.
INILAH WAJAH-WAJAH PEMAIN YANG BEGITU BERSEMANGAT SEKALI....BETUL2 MELEPASKAN GIAN SAMPAI ADA YANG SAKIT2 KAKI DAN BADAN. APA TAKNYA DAHLAH OTOT TU DAH LAMA SENYAP TETIBA TERKEJUT DIARAH BERKERJA KERAS. MELIHAT KESUNGGUHAN KAMU SEMUA BILA BERMAIN RASA SEJUK HATI CIKGU. ALANGKAH BAIKNYA KALAU DISIPLIN MASA MAIN TU DIPINDAHKAN KE DALAM KELAS. SAMA DENGAN SEMANGAT BERSUNGGUH2 UNTUK MENANG TU DIPINDAHKAN DALAM BELAJAR....MESTI GEMPAK RESULT KAMU SEMUA. APAPUN TAHNIAH KEPADA KELAS YANG MENANG. YANG KALAH TU CUBA LAGI TAHUN DEPAN KERANA ANDA ADALAH YANG TERBAIK.
No comments:
Post a Comment