Friday, September 26, 2014

Panduan Penggunaan Sepkm

Ehem..ehem...sakit tekak cikgu linda dua tiga hari ni sbb batuk yg agak teruk..Alhamdulillah minum.madu dengan lemon kurang sket perit...semalam berpuasa mmg terasa kering tekak. Tapi cikgu tetap seronok sebab anak2 tg 1 cgu bersemangat nak tahu tafsiran berkaitan itp dan imk masing-masing. Oklah klu nak tgk sendiri markah anak2 cikgu berikan panduan di bawah ini ya..lps ni boleh print sendiri dan boleh dtg jumpa cikgu pada bila2 masa. ok mari kita lihat satu persatu

Ok sistem ini digunakan untuk anak2 yang mengambil PT3 sahaja maknanya data kita key in untuk murid form 1,2,3 tahun 2014. Tingkatan 4&5 tidak termasuk dalam sistem ini. Memang nama murid ada namun ujian ini hanya untuk murid yang menggunakan pentaksiran berasaskan sekolah

Ok bila kita pergi google searc sila taip SEPKM...akan keluar seperti di bawah..klik Aplikasi Sistem Profil Kerjaya Murid (EPKM).


Seterusnya bila dah klik, akan keluar paparan seperti di bawah. Klik ikon murid untuk langkah yang seterusnya...

Ok, cuba tengok paparan di bawah ini....apa lagi masukkan no kad pengenalan aka IC anak2..teringat masa cikgu buat dgn sebahagian rakan2 kamu...semua suspen je...macam nak dapat result je....hikhik..x perlu risau..


Jeng...jeng...jeng....ok nanti akan keluar paparan markah yang kamu dah buat dan cikgu dah key ini...kamu boleh lihat penerangan untuk Kod Holland kamu dan dipaparkan juga markah personaliti kamu... ok yang tu mmg kena jumpa cikgu secara personal...seronok tau dapat kenal diri sendiri....


walaupun ada yang bila cikgu dah nilai ada yang nampak kurang tepat...banyak faktor yang mempengaruhi dapatan. Antaranya semasa menjawab tidak fokus dan menjawab secara sambil lewa, tidak faham soalan yang diberikan, salah tanda dan lain2 faktor termasuk sikap diri yang terlalu yakin yang kita boleh lihat dari dapatan ketelusan.

Yang penting bila kita dah tahu gambaran diri serba sedikit, apa kelebihan kelemahan kekuatan dan peluang yang kita ada untuk membongkar potensi diri masing-masing. Jangan terlalu fokus pada kekurangan diri sebaliknya cari jalan untuk memperbaiki kekurangan itu. Ok anak2 selamat muncuba dan boleh tengok keputusan anak2.

Ibu bapa yang ingin mengetahui tafsiran untuk keputusan ini juga boleh mendapatkan maklumat daripada guru bimbingan kaunseling di sekolah ini. Moga dapatan yang diperolehi membawa manfaat untuk kita bersama. Dapatan ini hanya sebagai panduan dan gambaran awal sahaja. Ibu bapa juga tidak perlu terlalu risau dengan penerangan yang diberikan kerana ini satu cara untuk kita mengenal anak2 kita.

Mood : Gembira dan lucu kerana selepas bagi penerangan kepada murid, ada yang kata macam jumpa doktor. Doktor bagi ubat penyembuh jiwa ya...suka lihat anak2 belajar nak kenal diri...dan cikgu juga masih belajar.

No comments: