Tuesday, March 9, 2010

Kursus Kepemimpinan Bestari Peringkat Kebangsaan






Alhamdulillah..kita telah selamat menghadiri Kursus Kepemimpinan Bestari Peringkat Kebangsaan di Port Dickson minggu lepas. Cikgu percaya semua peserta dapat merasai keseronokan dan kepenatan sepanjang melakukan aktiviti. Apapun cikgu puji sikap pemimpin yang kamu semua tunjukkan. Semangat kerjasama penting dalam sesebuah pasukan dan ini perlu diterap dalam organisasi masing-masing. Cikgu bangga kerana kamu juga tidak cepat putus asa untuk bersaing dengan murid- murid dr SMART Kuantan walaupun mereka dari sekolah Kluster...kenangan terindah...Tahniah..jgn sedih ya walaupun tak dapat buat flying fox dan kembara halangan. Kita merancang tetapi keselamatan kamun semua lebih penting. Terima Kasih kepada En.Isma Saring dari Fais Excellence kerana telah berusaha dan merancang program ini sehingga berjaya. Lepas ni jangan lupa masukkan markah koko bila hujung tahun. Ini sijil peringkat Kebangsaan....Lepas ni Program KRK akan menyusul pula, Program Kecemerlangan Akademik di UPM untuk murid PMR dan SPM. So tunggu ya...

No comments: