Tuesday, August 12, 2008

Program Sekolah untuk Bulan 8






Pada 2.8.2008 - Program Baktisiswa oleh Mahasiswa UIA telah datang ke SMKKU dan membuat aktiviti motivasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2. Seramai 40 orang mahasiswa UIA telah meluangkan masa sepanjang hari di SMKKU. Pada sebelah pagi diadakan acara senamrobik, diikuti oleh pembahagian kumpulan, jamuan, LDK dan Forum bersama mahasiswa UIA yang telah berjaya mewakili Malaysia ke Oxford University dalam pertandingan Kehakiman. Pelajar-pelajar begitu seronok sekali bersama kakak-kakak dan abang-abang yang baru mereka temui. Pada sebelah petangnya diadakan perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring di antara pelajar-pelajar SMKKU dan Mahasiswa UIA. Sesungguhnya kenangan ini amat sukar dilupakan oleh pelajar-pelajar SMKKU. Semoga ia akan menjadi azam untuk pelajar-pelajar ke menara gading suatu hari nanti. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.....untung kamu sebelum PMR dah dapat pendedahan awal bersama mahasiswa UIA. Pelajar-pelajar Tingkatan 5 janganlah marah sebab kamu semua kan dah berkampung bersama mahasiswa UPM masa Program Kecemerlangan Akademik bulan 5 yang lepas.

1 comment:

ubksmkkjgutama said...
This comment has been removed by the author.