1. Posisi pertama - berdiri lurus dan kedua-dua tangan di angkat ke atas
Faedah - badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bongkok serta fikiran dapat dikawal dan lebih fokus. Pandangan mata ke tempat sujud, otot atas dan bawah bahagian belakang berasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.
2. Posisi kedua - berdiri betul serta membaca al-Fatihah dan surah
Faedah - Menimbulkan konsentrasi minda serta merehatkan kaki, bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran daripada 99 nama Allah dalam keadaan terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang A,I,U merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan serta mempertingkatkan perjalanan semua anggota berkenaan.
3. Posisi ketiga - rukuk
Faedah - merenggangkan otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.
4. Posisi keempat - iktidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk
Faedah - darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa tubuh. Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskan ketegangan.
5. Posisi kelima - sujud
Faedah - lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelak perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru-paru. ‘Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah keanjalan sendi dan menghapuskan keangkuhan, meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan, malah kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.
6. Posisi keenam - duduk di antara dua sujud
Faedah - tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua-dua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan perut ke bawah.
7. Posisi ketujuh - sujud kedua
Faedah - memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf, meringankan badan, kebahagiaan emosi dan sistem urat saraf jadi lebih seimbang.
8. Posisi kelapan - bangun semula daripada sujud
Faedah - peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh, malah posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh dan memberikan rehat yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke bawah.
Sumber : Harian Metro
No comments:
Post a Comment