Friday, August 26, 2011

SYAWAL BAKAL MENJELMA RAMADHAN KALI INI AKAN MENINGGALKAN KITA

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sempena cuti perayaan Hari Raya. Sesi pagi telah menamatkan sesi dan mula bergembira terkenangkan persiapan Hari Raya dan pulang ke kampung halaman masing2. Sesi petang masih ada perjuangan dan saki baki masa yang perlu dihabiskan. Alhamdulillah petang ini hujan lebat dan InsyaAllah tidaklah nanti anak2 berasa panas. Sesungguhnya pokok, gunung dan bukit sentiasa berzikir kepada Allah memohon rahmat daripadanya sepanjang masa. Moga amalan baik yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan akan berkekalan juga pada bulan2 lain. Ingat ya anak2 jangan terlalu leka berhari raya hingga terlupa menjaga kesihatan diri terutama makanan yang dihidangkan. Yang nak ambil trial SPM jangan lupa ulangkaji subjek ya. Yang nak PMR juga jangan terus lupakan buku2 dan tugasan yang cikgu kamu berikan. Manfaatkan masa cuti dengan sebaiknya. Cikgu ingin menyentuh adab ziarah ketika berhari raya...kalau boleh kita berhari raya di rumah saudara mara tu jangan pula buat tak reti aje, mak sedara pak sedara tu tegur2lah jangan diam sahaja atau paling best ibu ayah sibuk berbual kamu main PSP, ipad atau games di HP...elakkan ye....Generasi Y jangan sampai lupa adab dan sopan...kita hidup biar berbudi..atau jangan nanti bila ada sedara datang rumah kitalah yang akan lari masuk bilik...malas nak jumpa dan seronok layan FB....pupuk diri kita untuk eratkan ukhuwah persaudaraan yang ada...bersyukurlah kita ada saudara yang mengingati kita.....sisa2 akhir Ramadhan ini dapatlah kita manfaatkan sepenuhnya.....Ramadhan akan datang belum tentu milik kita.....Selamat Berhari Raya Maaf Zahir dan Batin


No comments: