Friday, April 29, 2011
Lawatan Pesta Buku PWTC
Sunday, April 17, 2011
MANFAAT PERGERAKAN DALAM SOLAT
1. Posisi pertama - berdiri lurus dan kedua-dua tangan di angkat ke atas
Faedah - badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bongkok serta fikiran dapat dikawal dan lebih fokus. Pandangan mata ke tempat sujud, otot atas dan bawah bahagian belakang berasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.
2. Posisi kedua - berdiri betul serta membaca al-Fatihah dan surah
Faedah - Menimbulkan konsentrasi minda serta merehatkan kaki, bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran daripada 99 nama Allah dalam keadaan terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang A,I,U merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan serta mempertingkatkan perjalanan semua anggota berkenaan.
3. Posisi ketiga - rukuk
Faedah - merenggangkan otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.
4. Posisi keempat - iktidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk
Faedah - darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa tubuh. Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskan ketegangan.
5. Posisi kelima - sujud
Faedah - lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelak perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru-paru. ‘Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah keanjalan sendi dan menghapuskan keangkuhan, meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan, malah kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.
6. Posisi keenam - duduk di antara dua sujud
Faedah - tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua-dua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan perut ke bawah.
7. Posisi ketujuh - sujud kedua
Faedah - memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf, meringankan badan, kebahagiaan emosi dan sistem urat saraf jadi lebih seimbang.
8. Posisi kelapan - bangun semula daripada sujud
Faedah - peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh, malah posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh dan memberikan rehat yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke bawah.
Sumber : Harian Metro
Saturday, April 16, 2011
Program Minggu Ini (16-23/4/2011)
21/4/2011 - LAWATAN KE SEKOLAH KLUSTER SMK KING GEORGE V SEREMBAN
- LAWATAN HARI TERBUKA MALAYSIAN FRANCE UNIVERSITY (MFI) TERAS JERNANG
- LAWATAN HARI TERBUKA MALAYSIAN FRANCE UNIVERSITY (MFI) TERAS JERNANG
Friday, April 15, 2011
Motivasi Pembangunan Insan Cemerlang SPM & STPM 2011
ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KEHADRAT ILAHI DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPATLAH MURID-MURID FORM 5 DAN FORM 6 DIPERTEMUKAN DENGAN ABANG RAJA SHAMRI SEORANG MOTIVATOR YANG HEBAT DAN SUPERB PADA CIKGU. DARI TAHUN LEPAS LAGI NAK PANGGIL TAPI KEKANGAN KEWANGAN. TAHUN INI KITA RANCANG AGAR MURID DAPAT BERSAMA-SAMA DENGAN BELIAU. SUMBANGAN RM25.00 YANG KAMU SEMUA PERLU BAYAR ITULAH YANG CIKGU GUNAKAN UNTUK MEMBAWA ABANG RAJA SHAMRI KE SINI. ALLAH MAHA BERKUASA BILA CIKGU ZU CONTACT ABANG RAJA ALHAMDULILLAH ADA PULA MASA FREE PADA 14/4/2011...DALAM KEPADATAN JADUAL YANG TAK HENTI-HENTI SAMPAI BULAN 6...BERJUMPA JUGA KAMU DENGANNYA....ALLAH MEMPERTEMUKAN CIKGU ZURIYATI DENGAN CIKGU WAN AMIZA BEKAS KAUNSELOR DR KELANTAN YANG DATANG KE SMK ABDUL JALIL DAN MEMBAWA ABANG RAJA..KEMUDIAN ALLAH TAKDIRKAN CIKGU ZURIYATI BERPINDAH KE SMK KAJANG UTAMA...DAN SYUKUR TERMAKBUL HAJAT KAMI BERTIGA DENGAN CIKGU SYIKIN NAK PERTEMUKAN KAMU SEMUA DENGAN ABANG RAJA...CIKGU HARAP KORANG SEMUA STILL KEEP IN TOUCH NGAN ABANG RAJA....JANGAN LUPA FOLLOW FB DAN BLOGNYA......MENITIS AIR MATA GURU2 SMK KAJANG UTAMA SEPANJANG PROGRAM..ANAK-ANAK CIKGU HARAP BUATLAH YANG TERBAIK..YANG PENTING UBAH SIKAP KITA JADI LEBIH POSITIF....
A free photo slideshow by Smilebox |
Thursday, April 14, 2011
Pemenang Kempen Ponteng Sifar (Jom Ke Sekolah Jom Masuk Kelas) sesi Petang Bulan Mac)
Penyampaian Sijil Budi Bahasa Bulan Mac Sesi Petang
Kembali lagi semangat dan kesempatan untuk cikgu berkongsi aktiviti sekolah. Maaflah kalau ambil masa untuk memberi maklumat memang terlalu sibuk dan kurang bahan untuk dikongsi terutama bahan bergambar. Tapi Alhamdulillah Unit Kaunseling dah beli kamera sendiri supaya mudah untuk update maklumat. So maaflah kalau ada gambar yang sebelum ini sepatutnya cikgu masukkan tidak masuk sebab ada bahan bukan dengan cikgu tapi unit Majalah sekolah so ambil masa untuk dapatkan bahan berkenaan. Ini antara koleksi gambar yang ada pada cikgu yang sempat dirakamkan pada Perhimpunan Petang 11/4/2011 untuk penyampaian sijil Kempen Budi Bahasa bagi anugerah Murid Berbudi Bahasa dan Berpakaian Kemas untuk bulan Mac Sesi Petang. Tahniah cikgu ucapkan kepada semua pemenang.
Subscribe to:
Posts (Atom)