Sunday, July 8, 2012

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2013/2014

OKLAH ANAK2...SEMUA MURID TINGKATAN 5 DARI KELAS 5 AMANAH 

DAN 5 AMAL, SILA BERI PERHATIAN DAN AMBIL TINDAKAN SEGERA. 

SILA BERJUMPA DENGAN PN. ZURIYATI ATAU PN. NORASHIKKIN ATAU 

CIKGU (PN. HASLINDA) UNTUK BAYARN PEMBELIAN ID MATRIK.

Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 1 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012. 
Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. 
Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) 
di 03-88844083 atau layari laman sesawanghttp://www.moe.gov.my  atau http://www.moe.gov.my/bmkpm
1. Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan boleh menggunakan

    kemudahan PMI. 
2. Sekolah kategori berikut boleh menggunakan PMI: (kecuali jika bermasalah)
       A. Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi)
       B. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
       C. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
       D. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain.
       E. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
       F. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/ Tamil (SMJKC/T).

 3. Cara Permohonan.
  i.   Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang bertanggungjawab
 mengurus PMI di sekolah berkenaan.
       Kaunselor/guru mengisi borang pesanan yang dikirim oleh Bahagian Matrikulasi pada ruangan yang berkenaan dan menyediakan senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka. Borang pesanan ditunjukkan di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN).

Senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka diberikan kepada kerani kaunter di BSN untuk tujuan merekodkan nombor kad pengenalan pada resit BSN dan diambil kembali selepas urusan merekod selesai. 
  ii.  Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).

       Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM.

       Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.

       Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila  gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di kaunter BSN sahaja.
       Kaunselor/guru akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar. Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini - Contoh Resit BSN
       Kaunselor/guru pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah:

          Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM (BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya)
          Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897
          Nombor Kad Pengenalan Pelajar
          Nombor PMI 5 Digit.
       Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian  Pelajaran Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2012 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PMI.

2 comments:

priya darshini said...

Cikgu apa dah jadi dekat shoutbox??

Cikgu Linda said...

Terpaksa tutup sebab ada org godam dan buat sesuatu akibat salah faham. so buat masa ni kita tutup dulu. Benda berkaitan salah faham dan tidak puas hati ini susah untuk dirungkai. Langkah keselamatan untuk elakkan daripada perbalahan orang2 lain kita tutup dulu ok.....so now gunakan ruangan komen yang patut diaktifkan..