Friday, April 23, 2010

Lawatan Ke Malaysian France Institute (MFI)






Tarikh : 22.4.2010
Tempat : MFI, Teras Jernang Bangi
Sasaran : Semua murid 5 Amanah, 5 Amal dan 5 Adil

Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah & Rokok

Alhamdulillah telah berlangsung ceramah PPDA pada 21.4.2010 hari Rabu yang lalu. Kelas yang terlibat ialah kelas 3 Azam, 3 Aman, 3 Akrab, 4 Aman, 4 Azam dan 4 Akrab. Diharapkan perkongsian maklumat yang disampaikan Oleh Cikgu Hisham itu dapat menjadi panduan untuk kamu semua. Ceramah ini adalah sebahagian daripada Kempen Anti Dadah yang telah dilancarkan pada tahun ini. Memandangkan kempen ini berjalan sepanjang tahun, jadi nantikan program lain yang lebih menarik selepas ini. Kita akan adakan kuiz, Program 5 minit Anti dadah yang akan disampaikan oleh murid terpilih ditapak perhimpunan. Maklumlah mic kat perhimpunan baru jer elok so minggu depan akan dimulakan. Gambar nanti ya cikgu lom dapat lagi sebab hari tu cikgu gi seminar ESQ.

Sunday, April 18, 2010

Kami Prihatin

Jom kita fikir2kan..sekarang ni semua nak jadi prihatin..wujudlah team kami prihatin..benarkah masyarakat Malaysia benar2 prihatin?…Siti kata dia tak bersetuju jika kita ambil saje anak angkat anak tidak sah taraf ini sebab nanti mak dia akan buat lagi perkara yang sama,Alya pula sanggup ambil anak ni untuk maslahat akan datang..kita plak bagaimana…saya sendiri pernah tanya suami sanggup ke nak bimbing remaja bermasalah ini atau buat mereka jadi anak angkat…tapi tiada jawapan..kita masih jauh untuk rasa apa yang mereka perlukan..hanya simpati bukan empati…mereka perlukan sokongan bila dah silap tapi kita still blamming mereka..akhirnya tekanan mendorong mereka membuang bayi tidak berdosa..cukuplah media membesar2kan isu ini..Kami Prihatin bukan sekadar gimik perlu direalisasaikan semua pihak..tapi sanggupkah kita..saya sendiri masih tertanya2 diri saya sanggupkah aku….maybe jawapan selamat sumbangan aku dengan cara lain..akhirnya semua yang tersilap langkah ini disumbat ke rumah kebajikan dan NGO’s berkenaan…Rakan kaunselor apa pandangan anda plak..Bila Pn. Noraini Ahmad lontarkaan kepada kita soalan itu..termangu seketika.. fikirkanlah…