Cuti...cuti..cuti...cuti sekolah semua murid,guru-guru pasti menantikannya. Para pelajar adalah yang paling tak sabar2 menanti waktu cuti sekolah...apa taknya berehat sekejap dari rutin harian yang padat dari pagi hingga ke petang. Guru-guru pula inilah peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Peluang untuk pulang ke kampung, bercuti dsb. Namun ada juga sebahagian pelajar yang suka cuti sekolah tapi tak suka duduk rumah sebab tak dapat jumpa rakan2. Katanya bosan duduk rumah..cikgu pun naik hairan juga macam mana boleh bosan duduk rumah. Pada cikgu waktu cutilah anak-anak nak berbakti pada ibu bapa mereka. Bantu apa yang patut dan ringankan beban kerja ibu bapa penjaga kita. Atau istilah ni tak berapa nak ada pada diri anak-anak murid cikgu sekalian? Walaubagaimanapun, jadikanlah cuti sekolah suatu yang berfaedah dengan aktiviti yang membawa manfaat terutamanya untuk para pelajar sudah tentunya bagi tujuan untuk meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar sekalian. Di sini ingin dikongsikan 3 tips untuk dijadikan panduan di dalam menjalankan rutin harian semasa cuti sekolah....ini hanya cadangan dan boleh diubah ikut kesesuaian...
1. Rancang Jadual Cuti Persekolahan
a. Sediakan catatan untuk menulis perancangan harian.Senaraikan apa yang ingin dilakukan dalam sehari maknanya secara harian.
Contohnya:
14/3/2011
- Mengemas bilik
- Buat Kerja Rumah (Ole-ole) Matematik
- Call Suhana tanya homework Sejarah
- Menonton wayang dgn Rakan-rakan cerita Hikayat Merong Mahawangsa
- Tolong mak masak
b. Selepas itu, susunkan mengikut keutamaan (1)sangat penting, (2)penting, (3)Tidak penting. ingat; Sekirannya sesuatu itu sangat penting perlulah disegerakan melakukan kerja itu dan tidak bertangguh.
Contoh:
14/3/2011
- Kemas bilik (1)
- Buat kerja rumah (ole-ole) Matematik (1)
- Call Suhana tanya homework Sejarah (2)
- Menonton wayang dgn keluarga cerita Hikayat Merong Mahawangsa (3)
- Tolong mak masak (2)
c. Tandakan ‘/’ pada aktiviti yang sudah dilakukan. (untuk aktiviti yang tidak dapat lakukan, buatlah perkara itu pada keesokan harinya. Yang penting jangan ditangguhkan tugasan itu jika berada dalam kategori penting. Jika semua perkara sangat penting telah dilakukan maka hargai diri bolehlah dilakukan aktiviti tidak penting seperti menonton wayang.
2. Menonton Televisyen, Melayari Internet
Apabila cuti sekolah bermula, sudah tertu banyak rancangan-rancangan menarik di adakan dalam television. Tidak kurang juga rangkaian-rangkaian seperti ASTRO, TV3 & RTM dan pelbagai lagi memberi hiburan yang istimewa sepanjang cuti sekolah ini. Sekirannya sekadar untuk menghilangkan bosan dan megambil masa yang sedikit sahaja menonton TV sudah pasti kita akan jadikan TV itu bukan Visi kita semasa cuti sekolah. Tetapi sekirannya pagi-petang-malam hanya duduk mengadap TV saja dan tidak melakukan perkara yang berfaedah dan manfaat, maka anda telah jadikan television itu sebagai Visi semasa cuti sekolah (Vision tele). Elakkan perkara ini daripada berlaku.
Begitu juga dengan internet, jika anda merasakan masa menggunakan internet lebih daripada separuh masa cuti harian anda maka anda perlu mendisiplinkan. Ingat masa muda untuk menuntut ilmu datang sekali sahaja..jadi jangan bazirkan masa muda yang ada ini.yang rugi kita kerana talian internet atau televisyen tidak rugi sedikitpun jika kita tidak menggunakannya. Sebaliknya kita yang rusi jika tidak mengurus masa dengan baik.
Cadangan :Menonton TV atau melayari internet boleh dijadikan sebagai hadiah kepada diri anda kerana telah menyiapkan kerja rumah atau kerja sekolah dengan jayanya. Bukannya itu agenda untuk mengisi masa lapang kita.
3. Menyertai aktiviti luaran yang berfaedah
Semasa cuti sekolah bermula tentu banyak program-program motivasi yang akan di anjurkan untuk mengisi masa harian pelajar-pelajar. Bagi yang mempunyai ibu-bapa yang berkemampuan, mintalah dengan mereka untuk menyertai mana-mana kursus/seminar/program motivasi bagi meningkatkan lagi daya motivasi luaran semasa cuti sekolah. Bagi yang tidak berkemampuan untuk hadiri kursus/seminar/program sebegini, jangan merasakan diri anda tidak bermotivasi kerana anda mampu mendapat motivasi luaran ini sekirannya adik-adik berkawan dengan orang yang bermotivasi dan inginkan motivasi.Banyak rancangan berbentuk motivasi yang boleh ditonton oleh anak-anak di rangkaian televisyen atau di internet. Sertai aktiviti riadah di sebelah petang untuk menyihatkan badan. Elakkan dengan aktiviti tidak sihat seperti melepak, merempit, membuang masa di cyber cafe, tidak pulang ke rumah, bercouple yang merosakkan diri dan melawan ibu bapa.
Rancanglah dengan apa yang ada ditangan, bukan yang kita angan2kan...
Selamat Bercuti...
No comments:
Post a Comment