Thursday, March 24, 2011

PERASMIAN KEMPEN BUDI BAHASA 2011

Perasmian telah diadakan pada 21 Mac 2011.

TEKS UCAPAN
PELANCARAN KEMPEN BUDI BAHASA 2011

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
YANG BERUSAHA BARISAN PENOLONG KANAN, GURU-GURU KANAN MATAPELAJARAN, GURU-GURU
SETERUSNYA MURID-MURID YANG SAYA KASIHI.
MARILAH KITA BERSYUKUR KEPADA ALLAH SUBHANAHUWATAALA KERANA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK DAN SUASANA YANG TENANG UNTUK KITA MENERUSKAN AGENDA PADA HARI INI IAITU PELANCARAN KEMPEN BUDI BAHASA PERINGKAT SEKOLAH.

MURID-MURID YANG DIKASIHI,

KAIN BAJU PAKAIAN SEHARI,
BUDI BAHASA PEKERTI DIRI.

MELALUI PANTUN 2 KERAT ITU TADI, INGIN SAYA JELASKAN BAHAWA BETAPA PENTINGNYA BUDI BAHASA YANG BAIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA. SEPERTI MANA KITA PERLU SENTIASA MEMAKAI BAJU UNTUK MENUTUP AURAT KITA, BEGITU JUGALAH PENTINGNYA KITA BERBUDI BAHASA UNTUK MENUNJUKKAN SIAPA DIRI KITA. APAKAH MAKSUD BUDI BAHASA? KAMUS DEWAN MENERANGKAN, BUDI BAHASA BERMAKSUD TINGKAHLAKU DAN TUTUR KATA YANG HALUS ATAU ADAT SOPAN SANTUN. DAN LAWANNYA ADALAH BIADAP.

SEPERTIMANA YANG TELAH KITA MAKLUM MASYARAKAT MALAYSIA ADALAH MASYARAKAT YANG SANGAT BERBUDI BAHASA. DARI ZAMAN DAHULU LAGI MASYARAKAT KITA TERKENAL DENGAN SIKAP LEMAH LEMBUT, BERSOPAN – SANTUN DAN BERADAB. JADI ADALAH PENTING BAGI KAMU ANAK-ANAK GENERASI BARU UNTUK MENERUSKAN SIKAP YANG BAIK INI. MANA-MANA AGAMA YANG DIANUTI OLEH PENDUDUK MALAYSIA JUGA MENYARANKAN AGAR KITA MENJADI ORANG YANG BERBUDI BAHASA. APATAH LAGI DALAM ISLAM KITA AMAT DISURUH UNTUK MENCONTOHI SIKAP RASULULLAH YANG AMAT BERBUDI BAHASA.

MURID-MURID SEKALIAN,

SEMAJU MANA PUN KITA DAN SEBIJAK MANA PUN KITA TAPI JIKA KITA TIDAK BERBUDI BAHASA MASYARAKAT TIDAK AKAN MENGHORMATI KITA. KEBIJAKSANAAN HANYA AKAN LENGKAP DENGAN ADANYA SIKAP YANG BAIK DAN AKHLAK YANG SEMPURNA. DAN YANG MENDOKONG AKHLAK YANG SEMPURNA ADALAH BUDI BAHASA. OLEH ITU SAYA MENYERU AGAR ANAK-ANAK SEKALIAN JADILAH ANAK-ANAK YANG BERBUDI BAHASA. BERILAH SALAM KEPADA GURU-GURU, RAKAN-RAKAN, DAN SESIAPA SAHAJA YANG ADA DI SEKOLAH KITA. MULAKANLAH DENGAN MEMBERI SENYUMAN. BERKATA-KATALAH DENGAN KATA-KATA YANG BAIK DAN JAUHILAH SIKAP BIADAP DAN JANGAN GUNAKAN KATA-KATA CACIAN.

SAYA BERHARAP DAN BERDOA AGAR KEMPEN INI BERJAYA DAN MENDAPAT KERJASAMA YANG SEWAJARNYA DARI SEMUA PIHAK. KEPADA UNIT HEM DAN UNIT KAUNSELING DIUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA MENGADAKAN KEMPEN YANG SEBEGINI.
DENGAN LAFAZ BISMILLAH…. SAYA MERASMIKAN KEMPEN BUDI BAHASA PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2011.

SAYA SUDAHI DENGAN PANTUN

YANG KURIK ITU KUNDI
YANG MERAH ITU SAGA
YANG CANTIK ITU BUDI
YANG INDAH ITU BAHASA.

ASSALAMUALAIKUM.

No comments: