Sunday, March 4, 2012

UJIAN PERMATA PINTAR 2012-BERITA BAIK

UJIAN PERMATA pintar UKM1. KEMPEN 1Hari 1Sekolah 1Pelajar. Sila beritahu kawan di sebelah anda mengenai PERMATA pintar!

Ujian PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.
Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.

*Nota: Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.

 Ujian UKM1 ini dibuka sehingga
30 April 2012
Masa yang tertinggal ialah
57 Hari, 02 Jam, 26 Minit, 39 Saat.

JANGAN LEPASKAN PELUANG DAN PENGALAMAN INI.


LANGKAH2 YANG PERLU DILAKUKAN:


KLIK URL DI BAWAH



http://ukm1.permatapintar.edu.my


ISI MAKLUMAT MURID:
ISI MAKLUMAT SEKOLAH


ISI MAKLUMAT IBU BAPA /PENJAGA
SELAMAT MENCUBA....
MENCABAR MINDA DAN 
DAPAT PENGALAMAN..




No comments: