Wednesday, July 24, 2013

PANDUAN IBU BAPA ;PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

TAFSIRAN BAND

BAND 1
 TAHU Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

BAND 2 
TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

BAND 3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT 
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

BAND 4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

BAND 5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

BAND 6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

OKLAH MINGGU NI CIKGU NAK CERITA PASAL PBS PLAK...BUKAN APA NAMPAKNYA SELEPAS DARIPADA PERTEMUAN UNTUK MENGAMBIL LAPORAN PREASTASI PBS SEMESTER 1 BARU2 INI...CIKGU BERKESEMPATAN UNTUK BERJUMPA DENGAN IBU BAPA DI KELAS YANG CIKGU BERTUGAS. ALHAMDULILLAH KERANA CIKGU BERASA SANGAT SERONOK APABILA DAPAT BERKONGSI INFO PBS MURID BERSAMA IBU BAPA YANG HADIR. ANTARA PERKARA YANG DIBANGKITKAN IBU BAPA;

1. MACAM MANA NAK TENGOK PRESTASI ANAK...
2. BAND NI KALAU SISTEM LAMA MEWAKILI GRED YG MANA
3. PBS XDE NO TERTENTU DALAM KELAS KE.
4. DI RUMAH ADA ANAK2 YG KURANG BELAJAR SEBAB TIADA EXAM.
5. APA YG BOLEH SAYA BANTU UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI ANAK SAYA DENGAN SISTEM PBS?

hmmmm.....cikgu sangat tertarik dgn soalan terakhir..apa yang boleh ibu bapa buat untuk membantu anak2 yang mengambil PBS kerana rata2 risau nampak anak2 makin kurang tumpuan belajar sebab pentaksiran dinilai di sekolah. Perkara pertama mmg kita tidak nafikan PBS bukanlah exam yang dinilai dari segi markah semata2....kalau dilihat dari aspek band seperti yang dipaparkan di atas...kita dapat lihat maksud setiap band itu sendiri... dan penilaian yang dikira baik apabila anak2 tuan puan sudah mampu mencapai sehingga band 4 dan ke atas. Band 4-5 menunjukkan anak2 tuan puan sudah tahu, faham dan boleh buat setiap tugasan yang diberikan....dan apabila mereka mempunyai sikap kesungguhan yang lebih tinggi akan melayakkan mereka untuk mendapat band 5&6....biasanya band 4-6 memerlukan murid mengaplikasi pengetahuan dengan perkongsian dengan rakan2 dan perlu dibentangkan. Mungkin ada ibu bapa yang risau apabila melihat ada anak2 yang begitu tekun membuat sesuatu tugasan hingga membuat rakaman video tugasan. Ini hakikatnya yang kita hasratkan daripada PBS. Namun bukan semua murid mampu mencapai sehingga ke tahap itu kerana ia amat memerlukan kesungguhan dan keazaman yang tinggi..di sini kemahiran komunikasi, asas public speaking sangat diperlukan...untuk ibu bapa yang merasakan anak2 anda seorang yang senyap kurang keyakinan..perlu dilakukan sesuatu untuk meransang keinginan anak anda untuk berusaha mencapai band yang terbaik. 

oklah sampai sini sahaja coretan cikgu...insyaAllah akan dimurnikan lagi perbincangan PBS berkaitan psikometrik pula....Selamat berbuka semua.

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih atas info yg diberikan. Syabas...