Thursday, January 20, 2011

Program Motivasi Keibubapaan






Alhamdulillah tahun ini, sekali Unit Kaunseling berjaya berkerjasama menganjurkan program perjumpaan ibu bapa kelas peperiksaan. Program dah lama habis pada 15 hb yang lalu dan akan datang 22hb untuk kelas KRK pula. Biasalah sambutan yang diberikan ibu bapa tidaklah seramai anak yang terlibat. Apapun ada peningkatan untuk tahun kedua program perjumpaan seperti ini diadakan. Sekalung tahniah kepada YDP PIBG En. Rostam kerana bersama-sama menghadirkan diri sebagai tanda sokongan kepada pihak sekolah. Acara motivasi keibubaapan, taklimat untuk kelas peperiksaan merupakan acara wajib yang biasa diadakan. Pihak sekolah memohon ampun dan maaf jika ada kekurangan sepanjang perjalanan program ini. Diharapkan segala kekurangan itu akan menjadi titik mula untuk kita mempertingkatkan usaha untuk melihat anak-anak kita permata yang hendak digilap ini terus bersinar. Buat ibu bapa usah bersedih jika anak kita tidak seperti anak orang lain jaguh dalam akademik, setiap anak itu ada kelebihan yang kita tidak nampak atau mungkin sirnanya belum menyerlah lagi. Apapun doa kita perlu berterusan dan jangan kita pula yang berputus harap terhadap anak sendiri. Jika kita sudah ke tahap sedemikian amatlah sukar untuk kita melihat kejayaan anak2 kita sendiri. Manusia dicipta dengan penuh keunikan..para ibu bapa kami sentiasa berusaha untuk mendidik agar anak didik kami menjadi insan yang berjaya buka hanya dalam bidang akademik tetapi lebih kepada menjadi modal insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Saya kagum melihat masih ada ibu bapa yang gigih dan bersangka baik terhadap anaknya walaupun anak itu sudah menconteng arang ke muka mereka. Ada suatu kisah yang saya ingin kongsi, di mana seorang ibu ini begitu redha dengan ujian Allah padanya. Si Ibu tetap ingin menjaga anaknya walaupun si anak telah menconteng arang ke mukanya. Si Ibu masih berbaik sangka dengan Allah(penciptanya), kata si ibu alhamdulillah kalau tak jadi begini mungkin anaknya akan pergi lebih jauh lagi, tapi sekarang anaknya sudah menunjukkan perubahan pada dirinya. Walaupun pahit untuk ditelan, namun dia still positif dan tidak mempedulikan apa orang lain kata. Rasanya pasti ada segelintir dari kita akan menghukum anak yang telah membuat silap dengan menghalau dari rumah atau sebagainya. Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah keikhlasan si ibu dalam mendidik anak dan redha ujian Allah, bersangka baik dengan Allah (pencipta) bukan sesuatu yang mudah dilakukan mungkin mudah untuk dilafazkan. Jika kita sebagai ibu bapa tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pencipta bagaimana kita hendak mendidik anak kita. Semua ujian datangnya dari pencipta kita...so sama-samalah kita meningkatkan kemahiran kita untuk menjadi ibu bapa, penjaga yang terbaik dan diredhaiNya.

1 comment:

ubksmkkjgutama said...
This comment has been removed by the author.